Pelaburan Yang Lebih Menguntungkan Berbanding Gold & Silver 2012

Reading Time: 2 minutes

Business graph

Sebelum baca ni, take note bahawa suggested timeframe adalah medium term, di antara setahun hingga tiga tahun.

Dan ya, berdasarkan prestasi saham dalam industri barangan keperluan harian pada tahun 2012, kaunter-kaunter saham ini mempunyai prestasi yang lebih meyakinkan berbanding harga gold and silver.

Kita tengok harga gold & silver terlebih dahulu:

[table id=8 /]

Sekarang tengok pulak kenaikan harga saham keperluan harian. Saya pilih dua saham kegemaran saya iaitu Dutch Lady dan Petdag untuk dijadikan contoh.

[table id=9 /]

Kalau nak tau mana dividen ASB tu semua datang, ia datang dari keuntungan saham seperti Dutch Lady dan Petdag. Tapi kenapa kita dapat kurang daripada 10%?

Jawapan mudah, sebab nak bayar orang yang lebih pandai atas kita yang laburkan duit kita tadi pada saham-saham tu, nak bayar staf-staf dan akauntan yang menguruskan akaun kita di PNB dan macam-macam lagi orang. Pelabur ASB hanya layak 8.9% (bonus + dividen) sebab mereka tak buat apa-apa pun.

Dutch Lady – membekal makanan berasaskan hasil tenusu. Pergi tengok susu anak kat pasaraya tu berapa mahal harganya. Krimer dalam kopi anda? dan macam-macam lagilah.

Petdag – Minyak petrol dan diesel. Senang cerita, stesen Petronas. Harga minyak confirm naik dalam jangkamasa panjang disebabkan permintaan tinggi (kereta makin banyak di Malaysia) dan harga minyak dunia yang semakin meningkat (untung lagi banyak).

Saya nak ubah cara saya melabur dalam saham. Tahun lepas agak agresif tapi kalau nak jadi agresif kena luang banyak masa. Tahun ni nak relax je, just letak duit dalam saham yang bagus macam yang saya berikan atas ni. Nak pindahkan duit dalam ASB tu.

Gold & silver? Pun ada. Cuma kurang daripada 10% aset saya. Pelabur cerdik tak laburkan kesemua duitnya dalam satu tempat/bentuk pelaburan.

Walau bagaimanapun, risiko tetap ada. Mana tau tiba-tiba Malaysia kena gempa bumi, confirm harga kedua-dua saham ni tadi jatuh. Segala kerugian kalau anda ikut entri ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Simpan emas pun ada risiko orang pecah masuk rumah dan curi emas kita.


Posted

in

by

Comments

45 responses to “Pelaburan Yang Lebih Menguntungkan Berbanding Gold & Silver 2012”

  1. Amirez Avatar

    perkongsian yang menarik ni ariff

  2. Baim Avatar

    Saham Dutch Lady ?…. 1st time sy dgr ni :) .
    Ada penerangan ke macam mana nak bermula En Ariff :D

  3. shahril Avatar

    Antara saham2 yg bagus polisi dividend nya adalah seperti GasMalaysia, CBIP, Bernas. Dan website yg bagus utk dijadikan rujukan adalah http://www.i3investor.com/ dan http://www.topyields.nl/

  4. reezluv Avatar

    terbaik..tahun ni baru nak nak masuk ke pasaran saham..hehe..sedang menganalisa dan mengumpul modal dulu..nak buat loan..tak digalakkan..:D

    1. shahril Avatar

      betul tu tuan, dinasihatkan supaya melabur saham mengikut kemampuan. kalau boleh jgn sehingga membuat pinjaman. Jika baru hendak bermula boleh cuba melabur dlm IPO. Risiko yg kurang dan pulangan yg lebih baik. :)

  5. Lawrence Vision Avatar

    Pelbagaikan tempat melabur adalah strategi yang bagus namun kena kaji betul. Sy just melabur dalam ASB je

  6. Que Avatar

    Saham memang bagus. Kalau org yg malas nak pikir masuk dlm ASB. Cukup tahun tggu dividen.

    Kalau nak thrill labur dalam saham FCPO. Trade barang komoditi secara online

  7. anne Avatar
    anne

    teruja dengan tulisan saudara Ariff, tp.. x tahu mcm mana nak mula investment dalam saham..yg saya ada hanya ASB.. :(

  8. Missina Avatar

    Camne cara nk labur dlm dutchlady dan petdag tu pulak ye?tq

  9. titan Avatar

    saham masih dalam pemerhatian aku. aku lum baca betul-betul. setakat ni, gold dan silver aje. ASB memang aku campak dan lupakan. Yang lain, penuhkan dalam tabung haji. Inipun dikira campak dan tinggal. Takmo kacau. Diorang panggil, aku pergi.

    Duit harian..cover dari duit online. Duit gaji..laburlah kat memana setelah tolak duit kereta, motor dan sebagainya.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Banyak betul duit. Bila nak belanja aku cendol? hehe

      1. titan Avatar

        datang banting la wehh. haha..

  10. qadar Avatar

    main saham kena perlukan masa. risiko pun tinggi,pulangan juga tinggi.

  11. sohoque Avatar

    nak main saham, kena ada masa, ilmu dan duit.. kalau tak der tu semua saya rasa pelaburan unit trust adalah terbaik.. tp kena berpada-pada lah dengan return dia

  12. Sara Avatar

    Masih belum dapat menguasai ilmu saham ni. :)

  13. syu90 Avatar

    minat jgk dgn saham2 nie..tp sbelum nak join, mmg kena kaji habisan2…tp xde msa, tu la psl..

  14. azman Avatar

    Masih kurang ilmu pelaburan,sebab tulah kena tipu jer beberapa tahun dulu.

  15. nurmisnan Avatar

    Seronok rasanya bila dapat saham kita naik menggunung..
    masa tuh ler kita akan terfikir “kenapa tidak dari dulu join benda nih..

  16. Juan Avatar

    Salam Ariff, pasal saham ni tolong la cerita, apa kena buat uk bermula dari awal, apa yang kena ada dan ilmu apa yg kena ada, so senang org faham. Orang x boleh melangkah setapak kehadapan selagi tapak pertama mereka x mampu langkah. Iaitu ilmu bagaimana nak involve dlm saham nih

  17. akubiomed Avatar

    Syukur saya mempunyai agen yang bagus menasihati untuk melabur unit-unit amanah dari mula melabur sehnggalah saya sekarang secara konsisten melabur didalam unit amanah tempatan. Saya memberi target zon selesa lagi 2 tahun.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kurang berminat dengan unit amanah. Saham all the way!

  18. anastasyea Avatar

    Kena belajar banyak tentang sesuatu saham sebelum start melabur .. ;)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yes. Tapi ikut logik pun sebenarnya dah boleh. Paling senang, beli saham barangan harian yang kita guna sebab kita tau barang tu tak kira mahal atau murah, orang tetap guna

      1. shahril Avatar

        saudara ariff, maybe boleh tgk saham Time.com pula. Management propose utk beri 6 saham Digi untuk setiap 25 saham Timecom.

  19. saljuhumairah Avatar

    Malaysia Gempa Bumi? hehe… habis semua saham2 yang lain…

    Maknanya portion untuk pelaburan kena agih betul2… Silver dan Emas kena ada jugak lah… takut apa2 yang berlaku… Tqvm for this valuable info…bro..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Your welcome. Harap dapat keuntungan yang lebih banyak 2013 ni

  20. yangbaik Avatar

    hm… boleh cuba melabur lagi dan tambah saham… nak cari modal permulaan untuk saham lain selain daripada saham untuk akhirat juga… :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Saham akhirat tu sudah pasti. Kena pandai-pandai sendiri balancekan

  21. azrijohan Avatar

    bro, tulis lah ebook saham pulak :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nak tulis tapi bahaya la. Kalau orang baca and tak belajar dengan betul pun boleh rugi. Nanti saya yang dipersalahkan

      1. azrijohan Avatar

        Hmmm ada betulnya jugak tu, bahaya kalau macam tu…

      2. faizalPj Avatar

        nak belajar sifu ariff.pelbagaikan

  22. Ekspresi Ruang Avatar

    harap2 ada modal utk buat pelaburan saham dalam syarikat2 makanan dan minyak utk tahun 2013 ni. itupon waktu terbaik melabur adalah pada waktu nak mengundi nnt ni. mesti waktu tu harga saham xmenentu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Masa jatuh kita beli especially untuk saham yang macam ni

  23. Akak tulip Avatar
    Akak tulip

    Betul kata ariff.org yg bijak x kan melabur di tmpt yg sama.pelbagaikan cabang rezeki,tp nilai dulu pro&contra. Setiap cabang pelaburan ada risiko. Pandai2 la adjust. Bila dh tersangkut dlm 1 saham ni dlm jumlah lot yg agak byk, entri ariff ni memang kena pd masanya.

  24. sweetkurma Avatar

    semuanya ada risiko, diri kita pun ada risiko sebab bencana badan boleh datang dengan tiba2…. selamat melabur ariff

  25. eyriqazz Avatar

    Bro, bila nak buat seminar pasal saham? eden nak join….

    1. Denaihati Avatar

      Buat private sesi lagi mantap bro .. sebab ada tips rahsia heee

      1. azrijohan Avatar

        wah cambest je ni :)

  26. Myvitrd Avatar

    bijak2 bro.. pelbagaikan jenis pelaburan.. kalau ada yg rugi masih ada yg boleh cover kerugian tu.. semoga terus maju dlam bidang investment..

  27. Een Avatar

    Satu satunya aku labur dalam ASB. the only money yang aku simpan dan aku lupakan. Duit yang lain aku invest dalam knowledge, marketing, product dan customer support.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau nak bigger reward, boleh try saham. Start small.

  28. Cikgu Hairul Avatar

    Nak melabur contohilai ariffshah. Belajar dan buat analisis serba sedikit supaya kita tak tertipu. Ramai yang melabur ikut-ikutan. Macam saya dulu-dulu pun camtu. Orang melabur emas kita ikut. Bila tengok keuntungan emas tak seberapa tahun lepas, barulah rasa menyesal.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul. Problem orang kita. Suka ikut benda yang popular tanpa study dulu benda tu betul-betul

  29. Adam Avatar
    Adam

    Ko nih idola aku lah Ariff. Masyuuk. Harap harap nanti aku boleh jadi macam ko