Pelaburan Diri Sendiri

Reading Time: < 1 minute

An investment in knowledge pays the best interest - Benjamin Franklin

An investment in knowledge pays the best interest

– Benjamin Franklin

Nak jadi pemegang saham kepada sesebuah syarikat, kita kena tau latar belakang syarikat tersebut. Apakah bisnes mereka? Untung ke tak? Management team berkaliber atau tidak? Banyak pinjam wang atau tidak dan sebagainya.

Soalan-soalan ini perlu dijawab dan proses menjawab soalan ini dikenali sebagai fundamental analysis. Dalam erti kata lain, kita tahu tentang segala apa yang berkaitan dengan syarikat itu. Kena ingat, duit daripada hasil titik peluh kita sendiri yang akan dilaburkan dalam syarikat itu, jadi kena tahu sebab kenapa kita melabur di situ.

Ramai yang tanya saya macam mana nak start main saham ni. Memang diakui kita kekurangan resource dalam bahasa Malaysia untuk pengetahuan tentang Bursa Malaysia. Laman web Bursa Malaysia pun dalam bahasa Inggeris. Yang tahu pasal pasaran saham ni gagal mendidik yang lain.

Bila cukup pengetahuan di dada dan pengalaman dalam pasaran, insya Allah saya bercadang ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Buat masa ni, belum cukup lagi apa yang ada. Kena belajar dan aplikasikan apa yang telah dipelajari.


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Pelaburan Diri Sendiri”

  1. Sharidawati Shahrudin Avatar

    apa apa pelaburan akan ada risiko………. bezanya cuma risiko yg kecik atau besar. kena tahu how to manage the risk juga…huhu

    1. Adi Avatar

      ariff shah boleh buat sesi TT kongsi ilmu ni..
      tak pn buat spesel report ringkas dalam BM ttg basic ni.

  2. Mohd Ilham Avatar

    Ade minat jugak bidang nie….tengok pakcik2 tua…nampak cam pergi goyang kaki je kat bursa saham…tapi duit riban2… risiko tu biasa kot setiap bende ade risokonya tersendiri

  3. halif Avatar

    Ada remiser ckp main saham ni untuk byk, rugi pun byk kalo tak kena cara. betul ke?

  4. Azydy Avatar

    hanya orang yang tak tahu saja akan cakap saham ni merugikan..memanglah risiko tu ada tapai kalau bijak dan sabar.. tak kemana.. tak gitu ariff

  5. Zarul Umbrella Avatar

    harap ramai anak muda berfikiran mcm bro Ariff ni..

  6. daddydee Avatar

    Semoga berjaya bro.

    Aku mmg tiada ilmu fasal saham ni.

  7. Tho Ha Avatar

    Aku anggap main saham ni mcm jemur kain je. Kena tahu kat mana nak jemur kain. Kena tahu bila nak angkat kain. (kat labur di saham mana? bila patut jual saham?)

    Jemur kain dalam rumah, risiko sedikit tapi lambat kering.
    Jemur kain luar rumah, … risiko kena curi. hujan dan sbgnya.

    1. KiD Avatar

      saya sangat tertarik dengan kata-kata Tho ha.. ia penuh dengan mesej. bagus!

  8. nurmisnan Avatar

    Memang bagus muda2 main saham.. utk masa depan.. All d bestlah utk saham2 yg tgh naik tuh..

  9. boni Avatar

    aku akan tunggu masa tu akan tiba bro… sebab aku lebih yakin bila mendengar dari mulut orang yang aku kenal..

  10. Sya Isya Avatar

    sya memang zero knowledge mengenai saham ni. ermm

  11. myvitrd Avatar

    serius aku pun minta untuk tahu pasal info saham ni.. memang betul dekat negara kita ni masih kurang penerangan pasal saham dalam bahasa melayu.. apa kata bro kongsikan ilmu yang ada dalam saham ni dekat dalam blog ni.. :-)

  12. hatiputera Avatar

    memang betul kurang resource dalam bahasa melayu,,,kalau ada pun nanti mungkin maksudnya agak janggal dan sukar difahami.

  13. Orang Kampung Avatar

    Assalamualaikum..Pelaburan dalam saham ini memang baik dan cepat dpt pulangan tapi perlukan sifu..betul tak Tuan ?

  14. ika Avatar
    ika

    You’re so old. haha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      macam apek tua pakai shorts kan..

  15. Ekspresi Ruang Avatar

    wah, mmg btol2 serius bro nk berkecimpung dlm dunia saham ni.
    dlm analisis setiap syarikat tu, kena selidik gk bagaimana aliran perjalanan setiap syarikat tu. ada bersangkutan dgn perkara2 yg haram ke x. jgn kita tgk pada syarikat induk yg didagangkan di BSKL je. kena tgk anak2 syarikat dan yg berkaitan yg beri keuntungan direct kpd syarikat induk.
    kdg2 anak2 syarikat dan syarikat2 berkaitan ni yg kita terlepas pdg, bukan apa tkt kang xpsl2 ada portfolio dlm anak syarikat tu yg cakap diorang run bisnes arak ke, judi ke, xpon dunia hiburan yg bertentangan dgn syarak ke.
    bukan apa, benda yg nk dilabur ni lama kelamaan kalau dh untung, pasti kita akan terfikir utk jadikan sbg punca pendapatan utama. pengalaman saya pernah tgk antara org terkaya di kawasan saya ni drpd ada mercedes dan rumah dlm town, skg pakai kancil dan rumah dilelong. kalau nk kata tiada ilmu luas dlm pelaburan, masakan bley dpt smo tu, tp mungkin sbb hasil tu dr sumber xberkat which is syarikat yg dilaburkan, wallahualam.

  16. akubiomed Avatar

    Wah sudah serius melibatkan diri didalam bidang pelaburan.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      benda ni potensi jangka panjang. Kena serius baru boleh buat duit

  17. Ikhtiar Shah Avatar

    ilmu baru aku dpt hari ini.trimas bro

  18. Mohd Isa Avatar

    serius teringin nak buat investment dalam perumahan, tapi xda modal lg. hari tu nak beli dah sebijik untuk jadikan investment. tapi terpaksa batalkan, sebab ada modal tak cukup. maklumlah, sekarang ni nak beli rumah pun nak kena bayar lawyer lagi. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bukan sekarang je, dulu pun sama :P

      Cuma sekarang rumah semua lagi mahal. Kena ada modal yang banyak untuk beli

      1. Ikhtiar Shah Avatar

        yup.lgi lama lgi mahal la kan.. :)
        baik amik skrg dah mampu.

  19. Myra Jay Avatar

    Kalau kita berjaya dalam pembelian saham, mmg pelaburan untuk diri demi masa depan..

    Memang kena buat kajian mendalam sebelum membuat keputusan untuk melabur

  20. Syaz Avatar

    waahh. Semoga berjaya dan dipermudahkan ye dalam saham ni. Seronok lihat orang berjaya.. Kalau Ariff dapat ajar serba sedikit pun elok juga. :)

  21. azriMy Avatar

    wah, kalau ada orang yang share ilmu saham daripada asas yang paling penting sekali mesti ramai yang berminat nak follow