
Ada orang marah kepada para pelabur hartanah dengan alasan pelabur hartanahlah yang menyebabkan harga hartanah naik mendadak.
Ini statement salah.
Pasaran hartanah ni wujud dalam keadaan willing buyer, willing seller. Kalau ada pembeli sanggup membeli pada harga yang ditawarkan, maka penjual boleh jual ikut suka hati dia.
Kalau harga yang dijual tinggi, tak boleh salahkan penjual sebab itu hak dia. Benda ni natural lah kan, siapa tak nak buat untung banyak?
Kenapa harga rumah naik? No. Bukan sebab pelabur tapi sebab pembangunan. Pembangunan dan penyediaan perkhidmatan di sesuatu kawasan menaikkan harga hartanah.
Kalau ada LRT/MRT, harga tanah di kawasan tu naik. Kalau ada shopping mall, harga naik. Ada sekolah, klinik kesihatan dan kemudahan asas yang lain pun harga hartanah naik.
Harga naik sebab permintaan meningkat. Kalau dulu kawasan tu tempat jin bertendang, bila wujud je pelbagai kemudahan, semua orang nak tinggal di situ untuk menikmati kemudahan tadi. Ada yang tinggal di sesuatu tempat sebab lifestyle di kawasan itu. Ada pula tinggal sebab dekat dengan tempat kerja.
Dan sebab sekarang makin banyak kemudahan di tempat-tempat yang dulunya dilupakan, harga kat kawasan tu naik. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan harga hartanah naik, terlalu banyak.
Pelabur hartanah hanya mengambil kesempatan terhadap trend harga hartanah yang sedang meningkat sekarang. Mereka bijak.
Bila kita suruh cari ilmu, golongan yang complain ni tak nak. Kalau tak mampu beli seorang, beli secara berjemaah. Cari partner, buat joint-venture. Tak mampu beli mahal, beli yang murah dulu.
Tapi itulah, nasihat sampai berbuih mulut pun takkan jadi kalau takde action. Yang complain boleh terus keep on complaining sambil tengok orang lain rebut peluang yang ada. Cuma janganlah marah kepada orang yang bertindak dan take action.
Dua ebook ni boleh membantu anda to get started:
- Cara Mudah Lulus Loan (untuk orang yang buat bisnes)
- Teknik Rumah Lelong
Atau pergi sendiri hadiri seminar hartanah anjuran rakan baik saya, Abang Ensem. Harga berpatutan.


Comments
12 responses to “Pelabur Hartanah Jahat”
Kalau x mampu beli rumah lagi, sewa.. kumpul duit untuk beli rumah..
Bila dah ada duit, beli rumah, sewakan pulak.. dapat duit tambahan untuk beli rumah..
Ulang lagi smpi ada cukup duit utk beli rumah idaman cash.. hehehe
Selalunya yang kata investor ni jahat, sebab dia x faham atau x sanggup untuk jadi investor.. bila dh terlepas peluang, dia salahkan orang lain..
hurmmm…memang rumah sgt mahal skrang ni… yaya n hubby terpaksa combine loan utk beli sebijik rumah kat area kl ni..huh..krjn patut ketatkan polisi berkenaan pembelian rumah.. n kecewa tgk kat sri hartamas mostly yg beli rumah adalah pak arab dan singaporean..
kalau tak mampu beli satu nama gunalah dua nama lagi bini .. makwe pakwe ke.. janji ada aset satu untuk kita duduk.. nak terus dapat banglow memang susahlah.. bermula dari rumah flat pun takpe,, :-)
Harga rumah semakin naik, risau untuk 10 tahun akan datang makin menjadi-jadi harganya..
Kekadang terfikir, nak melabur beli rumah sekarang ke atau nak melabur beli rumah bila dah stabil ekonomi. Mana lagi bagus?
Siapa takde tanah, beli tanah.. Siapa ada tanah, cuba buat bangunan baru jual.. Dapat untung 2 3 kali kali ganda..
Beli je hartanah @ rumah pertama yang mampu nak bayar dulu.
Bila dah ada modal besar, beli la yang mahal pulak, apa susah? :)
Itulah dia. Tapi ramai tak nak buat macam tu. Nak beli landed terus. Tak mampu, bising.
Solution mudah dah ada, tapi orang tak nak ikut.
jangan salahkan para pelabur yang mengambil peluang yang ada…
ingatkan jahat betul. haha
Rasa nak nangis bila lu kata gua rakan baik lu.. hehehe.
Yang dok complain tu selalunya duduk takat tu jela. Memang takkan berubah mana pun
dari diri kita sendiri aje sebenarnya. hoho..