Pelabur Hartanah Instant

Reading Time: < 1 minute

sembang-hartanah-fbcover

Ada yang beranggapan mereka yang pergi seminar hartanah ni semuanya dah ada sekurang-kurangnya beberapa buah rumah sebagai pelaburan. Mereka ingat yang pergi semuanya hebat-hebat!

Jadi saya nak betulkan tanggapan tu. Satu ketika dulu, saya pernah beranggapan demikian, tapi lepas menghadiri beberapa seminar hartanah, baru sedar tanggapan tersebut salah.

Pergi seminar untuk belajar. Pergi seminar untuk dengar perkongsian pengalaman mereka yang dah berjaya. Tanpa ilmu, apa yang kita buat takkan jadi. Nak jual burger pun kena ada ilmu buat burger yang sedap. Sama je konsep dia dalam pelaburan hartanah.

Tiada istilah pelabur hartanah instant. Saya mula menimba ilmu sejak tahun 2010. Minat punya pasal. 2011 hadir ke seminar AE. Dua tahun lepas tu, baru dapat rumah pertama saya.

Untuk yang baru terutamanya yang sebaya macam saya atau lebih muda, mana ada tahun ni pergi seminar, tahun ni beli rumah.

Jadi nasihat saya mudah kepada budak-budak student sekarang. Pergi timba ilmu dulu sebab bila kita start timba ilmu, masa itulah kita benar-benar ‘mula’ dalam bidang ini. Sama macam bidang kerjaya, kita mula nak jadi engineer/pilot/doktor/arkitek/akauntan dsb. masa hari pertama kita ambil course tu di universiti.

Belajar dulu. Lepas ni pun nak pergi seminar lagi sebab kena paksa dengan AE. haha.. Asalnya memang saya ada plan lain. Tapi terpaksa tangguh. Takpelah. Demi ilmu.


Posted

in

by

Comments

6 responses to “Pelabur Hartanah Instant”

  1. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Ariff, ada beberapa soalan & tanggapan yg saya berminat nk tahu.

    1.saya & suami telah mempunyai hartanah pertama ( digunakan sbg tmpt tgl sendiri) bernilai rm 169k.benarkah sekiranya kami ingin memiliki hartanah kedua nilainya mesti lah lebih tinggi dr hartanah pertama?
    2. Apabila kami menyuarakan hasrat memiliki hartanah ke 2, org menyatakan kami sebagai tidak bijak krn kata penganalisis kewangan ( melalui seminar kewangan yg mereka hadiri) bahawa pasaran hartanah di johor tidak berbaloi dan merugikan. Benarkah?

    1. azrijohan Avatar

      wah, dari Johor ni :D

  2. Shahrul Avatar

    semakin ramai member join bidang nih…mungkin satu hari nanti akan join jgk

  3. akubiomed Avatar

    Apa pun perlu ada ilmu dan lebih bagu kalau ada mentor lebih pantas dan cepat matang.

  4. Fyzal Avatar

    Bisnes hartanah ni memang banyak manfaatnya. Tapi macam penulis kata ilmu tu kena ada. Sama macam lawyer yang buat conveyancing matters, nk handle transaction, ilmu kena ada. Satu hari nanti nak kena join juga seminar hartanah ni sebab ilmu sebagai lawyer yang handle transaction jual beli dengan ilmu sebagai “player” dalam bidang hartanah ni totally dua ilmu yang berbeza.

  5. azrijohan Avatar

    Berminat dengan bidang hartanah, insyallah satu hari nanti akan join juga.. berminat dengan seminar AE. Cam best gitu :)