Kelakar bila terbaca artis murahan cap ayam yang pernah terlibat dengan perniagaan yang ada sedikit kekaburan dan unsur penipuan dapat pangkat Dato’. Nampak macam ni kualiti pangkat dah jatuh sebab orang yang kurang/tiada kredibiliti/kuantiti menerima pangkat sebegini.
Bila pangkat ni diberi pada seseorang, sepatutnya orang tu adalah orang yang boleh dicontohi atau dijadikan tauladan. Mungkin seorang ahli perniagaan yang hebat, mungkin seorang pemimpin berjiwa rakyat. Ada alasan untuk mereka dapat anugerah.
Pernah juga terdengar pangkat sebegini boleh dibeli dengan harga murah serendah RM20,000. Patutlah tiap-tiap tahun sampai beratus kuota orang yang dapat. Sepatutnya tak perlulah banyak untuk mengekalkan eksklusiviti dan memastikan mereka yang menerimanya benar-benar layak. Mungkin sebab benda macam ni pun boleh dibuat duit yang menyebabkan kuotanya dinaikkan sehingga banyak tu.
Jadi lepas ni kenalah tengok balik latar belakang individu yang ada pangkat Dato’ ni macam mana, samada dia betul-betul layak dianugerahkan pangkat tersebut atau tidak.

Comments
23 responses to “Pangkat Murahan?”
orang dah tak heran pangkat dato’ sekarang…
ada juga yg kata dato’ di salah satu negeri di semenanjung x bernilai..byk diberi org luar..entahla :)
Raja bagi pangkat dato’. Tapi yang buat list penerima pangkat tu si penasihat. So, kalau nak dapat dato’, nak tanak kena hulur lah sikit pada si penasihat, biar nama naik sampai pada raja. Si artis tu, maju setapak lagi buat mlm seven eleven. Nak join mlm baru dia nih kena ada modal berganda besar lah, so untung ahli pun berganda banyaklah.
ada duit. macam-macam boleh beli maa. hehe..
lame jokes tp sgt true.
“kalau ada batu jatuh dr langit ke bumi Malaysia, nescaya akan jatuh ke atas kepala Dato’ sebab banyak sgt dato’ murahan skg ni”
hahahah.. tak pernah dengar. not bad.. not bad..
..frasa ‘now everyone can be Dato’ sungguh lucu! hehe..
Pemerhatian saya, rasanya…satu ‘negeri’ tu jer yg gemar beri pangkat pada golongan artis…..Walau yang lain ada, tapi tak boleh ‘challenge’ yang satu tu…Apa pun setuju dengan pandangan kat atas tu. Dengarnya dengan pangkat tu jer dah masuk elaun bulanan tak gitu? Selain dapat lain-lain manfaat…
bg derang pangkat datuk ni penting sbb bole bg banyak peluang perniagaan kot, ape pun syukur la sbb masyarakat nampk mane yg layak mane yg tak.. bg sy artis belum layak mendpt dato’ selagi tak memberi perubahan dan impak besar pd negara seperti yg arwah P. Ramlee lakukan
mungkin sebab dia dh lancarkan mface kot sebab tu dapat dato’ makan hati la dr rozmeyHAHAHA
seriously bila terbaca news tue aku rasa kelakar..keeksklusiviti tue dah hilang dah..nothing sacred about it..mengambil slogan airasia, Now everyone can be Dato’..lol
hehehe… boleh masukkan dalam perlibahasa ni
terlalu ramai sehingga tiada nilai prestij bagi gelaran tu.terlalu mudah sgt dpt.gelaran dato’/datuk ni tak prestij mcm gelaran sir di UK sana bila berlambak yg menerima.org dah mula tak pandang sbb ada yg blh belinya.
utk gelaran Datuk, kalau tak silap dianugerahkan oleh YDPA dan negeri tak beraja yg dikurniakan oleh TYT. dan Dato’ pula utk negeri beraja.
dan dalam sejarah, hanya negeri Johor sahaja yg mempunyai penerima anugerah darjah kebesaran terendah, kalau tak silap 700++ kot. yg paling ramai, rasanya Pahang, masuk paper je, individu ni dpt pingat gelaran Dato’ dr Pahang. hmm. tak tahu apa jasa, apa sumbangan, tup tup dpt je Dato’ :)
tengok sapa yg beri gelaran tu…kalau untuk artis2 biasanya mmg dari dia je yg selalu sgt bagi…konon2 nk martabatkan golongan artis…kalau yg bg sumbangan betul2 x pe la….ini yg x ketahuan hala pun dapat jg…xtau nk katala…hehehhh
semua boleh dibeli skrg, tp kepuasan hanya dpt dirasai bila dpt sesuatu dgn usaha sendiri.
betul ke, kalau title Dato’ ni dapat elaun bulanan??
Kalau yang tertulis “Datuk” biasanya memang ada elaun, tapi yang Dato’ biasanya gelaran sajalah.
ada elaun lagi? wow.
wah masyukla mcm tu, agak2 berapa sebulan?
Dekat sana nanti semuanya sama
Kebanyakan orang nak cari wang tanpa apa-apa etika. Ia adalah benar-benar sukar untuk menghapuskan budaya itu.
jngn isau..pngkat dunia je kan…boleh dijual beli & bersifat sementara…pngkt disisi Allah yg paling mulia & kekal. sama2 kite mgejar pangkat dato’ disisi Tuhan :)
itu tak termasuk lagi dengan yg bagi pangkat Dato’ kepada sorang pelakon, semata-mata Malaysia masuk filem dia. itu pun x sampai berapa saat…..
yang bagi pangkat senator kepada kaki ampu pun satu hal juga. Alahai malaysiaku :P