Panduan Menulis Travel Blog

Sebulan lebih travel dan pada masa yang sama merakam perjalanan aku melalui blog, rasanya ada banyak tips yang boleh dikongsikan dengan blogger lain yang ingin membuat travel blog. Sebenarnya senang sangat sebenarnya nak buat travel blog ni, lebih-lebih lagi kalau kita dah buat persediaan awal.

Peralatan

Kalau nak travel, tak boleh bawa barang banyak-banyak tapi blogger memerlukan peralatannya untuk bekerja. Dalam hal ini, gajet yang dibawa haruslah ringan dan bersaiz kecil.

Macbook Air/Pro, Netbook, Chromebook, iPad dan yang seangkatan dengannya kerana saiz keseluruhannya (termasuk pengecas) yang kecil dan ringan. Lebih baik lagi kalau mempunyai bateri yang tahan lama. iPad mungkin boleh menjadi gajet terbaik untuk travel, mungkin juga boleh menggantikan komputer riba, tapi aku belum berpeluang untuk bekerja menggunakan iPad.

Kamera DSLR dan kamera digital yang lain. Kenapa DSLR? Supaya senang tangkap gambar. Katakan ada persembahan dan orang ramai tengah menonton, tapi kita kat belakang. Nak pergi depan senang je, angkat kamera DSLR tinggi-tinggi dan cuba untuk menyelit di celah-celah orang ramai. Biasanya, orang akan beri laluan, walaupun setakat Nikon D40 dengan lens cap ayam 35mm.

Perlu diingatkan supaya segala jenis flash dan battery grip tak perlu dibawa. Buat berat beg je. Tapi, battery spare untuk kamera adalah wajib. Paling kurang satu. Kalau ada battery spare, tak bawa charger pun takpe.

Smartphone. Ini adalah back up kepada kamera kalau battery habis, juga untuk rakam video kalau ada apa-apa yang menarik. Bawa cable USB supaya senang nak charge phone boleh guna laptop je. Smartphone juga adalah seperti notepad. Kalau nak salin apa-apa (alamat, nombor telefon, peta, nama dan sebagainya), just tangkap gambar.

Rasanya cukuplah kot bab peralatan ni. Pastikan ada cara mudah untuk transfer gambar dari kamera ke komputer dan dah cuba sendiri kat rumah. Juga pastikan storage dalam komputer cukup untuk semua gambar yang diambil. Kalau dah rasa nak penuh tu, buanglah apa yang patut dalam komputer.

Penulisan Entri

Ada beberapa format entri yang boleh dibuat untuk travel blog tapi yang terbaik adalah entri yang tidak menggunakan photo gallery. Yes, kalau letak photo gallery memang jimat masa, tapi aku rasa masa yang dapat dijimatkan tu tak berbaloi sebab entri tu dibuat dalam keadaan yang dilihat macam melepaskan batuk di tangga.

Contoh yang paling sesuai untuk melihat format ni in-action adalah entri jalan-jalan di Konstanz, Jerman. Rasanya entri tu ada lebih banyak komen berbanding entri lain. Entri begini lebih menarik sebab ada cerita untuk setiap gambar yang diletakkan.

Dalam entri jalan-jalan Konstanz tu juga boleh dilihat macam mana entri tu dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian mempunyai cerita tersendiri. Dengan storyline yang berperingkat seperti ini, cerita yang kita cuba sampaikan akan menjadi lebih menarik kepada pembaca.

Bila nak update? Secepat mungkin. Travel blogs tak perlu panjang. Ceritakan apa yang kita rasai, lihat dan pengalaman di lokasi, bukan sejarah yang panjang lebar tentang tempat tersebut. Jadi bila kita update secepat mungkin, cerita yang nak dikarang adalah fresh dan tak lapuk dalam minda kita.

Internet

Macam mana nak update blog kalau takde internet, betul tak? Apa-apa pun, lokasi tempat tinggal yang kita pilih mestilah mempunyai akses internet yang stabil dan lebih baik lagi kalau ianya adalah percuma. Kalau tinggal lebih daripada sebulan di sesuatu tempat, maka bolehlah beli prepaid berserta plan untuk mobile 3G.

Apa-apa pun, internet di Starbucks di seluruh dunia adalah percuma. Jadi kalau travel mana-mana, pastikan anda tahu lokasi Starbucks. Aku tahu ada yang agak anti dengan Starbucks ni (atas sebab-sebab mereka tersendiri), tapi tak semestinya kita perlu membeli untuk guna internet kat situ. Faham tak? Kalau tak faham rujuk gambar untuk entri Wordless Wednesday aku minggu ni.

Sebenarnya, Starbucks tu kat tingkat atas (lokasi adalah Berlin Hauptbahnhof). Takde tempat duduk langsung, hanya sebuah cawangan kecil tapi masih ada wifi. Jadi melepaklah aku depan kedai jual pakaian dalam tu semata-mata untuk dapat wifi free.

Selain tu, McDonald’s adalah pilihan kedua. Bergantung kepada negara yang dikunjungi, ada McDonalds yang memerlukan pengguna meletakkan nombor telefon untuk mendapatkan kata laluan. Agak problematic kalau telco kita takde roaming kat negara tu.

Tapi kalau nak tulis entry selengkapnya, memang tak cukup masa setakat online kat Starbucks. Setiap orang ada tahap keselesaan sendiri untuk bekerja, dalam hal aku, memang tak bolehlah nak buat kerja kat Starbucks.

***

Aku rasa itu jelah yang dapat aku fikirkan sekarang. Kalau ada soalan, tanya jelah. Menulis travel blog adalah sesuatu yang mencabar dan kadang-kadang agak memenatkan tapi pada masa yang sama memang memuaskan hati. It’s all about the experience. Kita tangkap gambar ketika melancong untuk merakam pengalaman dan pemandangan yang dilihat sebagai kenangan. Menulis tentang pengalaman tersebut dalam blog sebenarnya menggunakan konsep yang sama, iaitu untuk mengabadikan pengalaman tersebut.

Panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman selama sebulan aku melancong ke Jerman. Harap panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menulis blog ketika anda melancong nanti.


Posted

in

by

Comments

36 responses to “Panduan Menulis Travel Blog”

  1. shahrul Avatar

    bagus tips ni tp aku malas menulis hihi

  2. eiela Avatar

    tips yang bagus nih untuk travel blog. suka dengar kisah orang je.

  3. salman ahmad Avatar
    salman ahmad

    tips yang baik. akan dijadikan panduan apabila travel nanti.
    saya bercadang nak pergi Berlin tahun depan naik tren dari moscow. ada sebarang tips tak bila naik tren?, spt , keperluan lain untuk travel light and easy etc… peta… tks.. Pak Man.

    1. ariff Avatar

      hari tu memang bercadang nak naik train dari berlin, tapi kosnya gak mahal berbanding naik flight. Apa yang saya boleh cadangkan adalah makanan tu pastikan ada bekalan yang cukup. Rasanya kalau beli dalam train nanti confirm memang tak banyak pilihan.

      En. Salman kat moscow, jadi rasanya memang dah tahu nak jaga keselamatan barang sendiri juga diri sendiri. Tapi bila sampai Berlin nanti ok sikitlah. Orang Jerman memang bagus. Kat Berlin ada free tour dalam bahasa Inggeris yang memang saya recommend. Nanti akan diceritakan lebih banyak lagi dalam entri seterusnya.

  4. pilotHans Avatar

    thanks for the tips bro..nnti aku cuba applikasikan….aku mmg ske tulis travel logbook…tp sayangnya aku sgt2 laa kurang masa utk menulis…akan cuba perbaiki mana kelemahan yg sedia ada…

  5. lAl Avatar

    Agak2 xdak gadjet yg mcm disenaraikan tadi, pepandai la nak idup yerk..ahahahaha

  6. el Avatar

    huhu masalahnye aku tiada macbook pro/ipad huaaa ;p;p;p

  7. Ajeyy Rawk Avatar

    bestnyee dapat pergi Jerman ..
    semoga suatu hari nanti akan dapat ke situ juga..
    Insya-Allah .. :)

  8. MaxMonic Avatar

    Kalau tulis entri guna Ipad, sedap ke.

    Ke nak kena sambung dengan external keyboard jugak…

  9. Pacifista - X Avatar

    nak buat travel blog ni tapi buat dalam malaysia je.nak buat macam bro ariffshah sampai ke jerman tak mampu lagi kot.haha…

  10. fina fento Avatar

    great tips. boleh apply bila pegi jalan. thanks

  11. aizuddin Avatar

    kalau travel, mesti kena letak gambar banyak dalam entri..baru menarik..nak letak gambar banyak2 kena pikir banyak kali jugak tu

  12. ekspresiruang Avatar

    btol tu. kt mcd ngan stabucks je yg slalu ada wifi free. bgs tips ni Ariff.

  13. Arabella Avatar

    nice entry arif..! leh wat rujukan pasni .

  14. namaakulynn Avatar

    lepas ni nak travel kena make sure tahu lokasi mcd n starbucks. ;)

  15. Wizurai Avatar

    yeah, bateri spare memang penting ~ pengalaman!

  16. muhammad fakhruddin Avatar

    Setakat ini belum sesuai nak buat travel blog. Cuma 1 masa nanti insya Allah akan buat :)

  17. afiq aiman Avatar

    teringin tapi belum tiba masa nak buat travelblog. lagipun jarang travel… secara jujur, impian nak ada travelblog sendiri sebab suka tangkap gambar dan kongsi kepada orang ramai. dari situ, dapat tingkatkan penulisan dan skill photography (yela takkan nak ambil gambar besa2 je, mesti nak yg elok, nak tunjuk kat org)

  18. Syazwan Sarawak Avatar

    dulu aku ada buat beberapa entri travelog, cuma letak gambar dengan caption dan sedikit cerita je.
    nak ikut cara bro sarankan ni la, mana tau orang lagi berminat nak baca

    1. ariff Avatar

      Yang penting cerita tu tak terlalu panjang. Ada info, ada kaitan dengan gambar dan ada timeline.

  19. alex adriana Avatar

    mmg ada cita-cita nak travel n menulis pasal travel. nice tips. boleh wat rujukan satu hari nanti.!

  20. izwannizam Avatar

    travel blog harus jd mcm photojournalism.real time updates.more pictures and less words.orang mesti nak tgk keadaan tempat tu dan gambar sudah mampu bercerita

  21. KNizam Avatar

    aku lebih prefer liveblog sekarang ni via iP4. hehe :) terasa mcm dah hilang blogging mojo la lately ni. though berlambak2 gambar aku ada :)

  22. belog amiyo Avatar

    tengs….sangat berguna…

  23. haiqal Avatar

    Tak berpeluang lagi buat tarvelog.Bukan apa,aku takut nanti orang tak suka apa yang aku tulis.ye lah,minat lain2.Tu je aku cuak.

    +Tapi ada juga yang kata kita tulis travelog,then di cop menunjuk.Apakah?

    1. ariff Avatar

      Orang bodoh je nak label menunjuk tu semua. Tapi tengok bahasa yang kita gunakan la.. kadang2 orang boleh salah faham gak.

  24. takky Avatar

    setuju dengan entry ini lagi2 bab internet…
    masa study dulu ade subjek rekriasi…
    jadi banyak pengalaman yang saya ingin letak dalam blog saya sebagai kenangan…
    malang ye saya tak dapat kongsi dalam blog saya itu sebab line internet tak berapa bagus di tempat study saya….

    mujur lecturer ada suruh buat jurnal ttg pengalaman kami masa itu …(jurnal utk dpt mark subjek)
    jadi saya ambil kesempatan copy paste jurnal saya dan masukkan dalam blog saya itu….
    walaupun dalam entry itu tiada gambar tapi saya gembira sebab dapat letakkan salah satu kenangan saya dalam blog…^O^

    kalau bro sudi baca, boleh la jenguk dekat entry ini: Cerita Pendek XPDC

  25. Fazreen Avatar

    apesal aku view blog ni layout dia jadi cacat

    1. ariff Avatar

      eh. Pelik ni. Aku rasa ko sorang je yang ada masalah.

      1. Fazreen Avatar

        i see..layut ko cacat teruk dlm firefox 8..hahaha..lupa plk yg aku guna ff8..

        1. ariff Avatar

          oh. macam mana nak fix tu?

  26. intanberlian Avatar

    kamera dslr, kalau jalan-jalan berat juga nak bawa tu =D setakat ni aku bawa kamera compact je.hehe. tapi betul ckp kamu yang orang akan bagi laluan tu haha.

  27. Dari Kelate Ke Copenhagen Avatar
    Dari Kelate Ke Copenhagen

    Salam Bro,
    Thank for sharing the good info.
    Betul, nak post entry pasal travelkene cepat2 nanti bila dah lama sangat dah basi dan juga lupa.
    Tapi bukan ke upload gambar banyak2 nanti lambat loading?
    Rgds,
    DKKC (CPH-DK)

    1. ariff Avatar

      Kalau travel blog memang orang expect gambar banyak-banyak. Jadi diorang akan sanggup tunggu. On our side, kita resize la gambar jadi cukup lawa, tapi kecil. Size yang aku guna below 60kb bagi setiap gambar.

  28. Adib Avatar

    Travel ni memang best, tambah plak kita dapat buat entri pasal tempat yang kita travel..boleh persuade orang lain nak pergi sama

  29. azrijohan Avatar

    woww…patut la entri travel tu nampak menarik dan cool je kan…