Aku rasa infografik ni berguna untuk menceritakan sedikit sebanyak lagi tentang PageRank. Umum mengetahui bahawa PageRank yang tinggi memberikan lebih banyak pemberat kepada laman web anda supaya Google dapat memaparkannya dalam page pertama Google Search. Secara asasnya, pagerank ni dikira mengikut backlink yang kita ada. Jadi, kita boleh anggap PageRank ni sebagai pertandingan populariti antara web la. Sebab banyak sangat laman web wujud, Google percaya dengan mewujudkan sistem PageRank mereka dapat mengasingkan antara laman yang bagus dan tak bagus.
Apa yang boleh kita pelajari daripada infografik ni?
PageRank Requires The Right Votes
Blog korang ada banyak backlink tapi backlink tu semua datang daripada blog yang ada pagerank lebih rendah daripada blog korang. Pagerank boleh naik, tapi ada tahapnya. Mungkin sampai PR3 je. Itu masalah yang aku dan kebanyakan blogger lain hadapi sekarang, backlinks ada tapi pagerank tak ke mana.
127 ribu backlinks.. Data dari Google Webmaster Tools.
The Right Votes Lead to Many Followers
Contohnya macam ni, cuba kalau korang dapat satu backlink daripada laman 1Malaysia.com.my ataupun anwaribrahim.com. Bayangkan betapa punya banyak trafik boleh masuk melalui satu link tersebut. Google pun tahu yang laman tersebut sangat berpengaruh. Jadi dia bagi terus pagerank tinggi kepada kedua-dua laman web tersebut. Google sangat percaya kepada sistem pagerank mereka dan laman yang ada pagerank tinggi ni kerana potensi yang mereka ada.
Kadang-kadang, korang hanya perlu satu backlink daripada page PR5 dah boleh naikkan PageRank blog korang ke PR3.
PageRank Takes Into Account Who is Voting For You
Biasanya domain yang senang dapat PageRank tinggi adalah domain .gov dan .edu. Boleh check sendiri kalau tak percaya cuma pastikan laman yang korang check tu sentiasa diupdate. Nak dapat backlink daripada domain-domain ni memang susah. Kalau ada kawan webmaster laman web sekolah mana-mana atau laman web kerajaan kan best. hehe..
Lagi satu yang dapat membantu adalah dengan mendapat backlink daripada laman yang lebih kurang sama macam laman web korang. Contoh, kalau personal blog bahasa Malaysia boleh la dapatkan backlink dari blog personal bahasa Malaysia yang lain. Lebih baik kalau backlink tu datang daripada blog yang ada PageRank sama atau lebih tinggi.
Backlink yang tak bagus adalah daripada laman yang baru sahaja dikenakan penalti oleh Google. Kadang-kadang ada je laman yang hilang PageRank sebab nak main tipu. Kalau kita dapat banyak sangat backlink yang tak bagus ni, mungkin kita juga boleh terkena tempias kehilangan PageRank. Jadi hati-hati kalau nak cari backlink dari sumber-sumber yang kurang diyakini ni.
How People Vote You Can Affect Your Overall Score
Benda ni ada kaitan dengan entri aliran pagerank dalam blog. Katakan blog A ada PR3 tapi bagi link kat 100 blog lain. Blog B pula ada PR yang sama tapi bagi link pada 10 blog lain je. Backlink daripada blog B lebih berharga dan kita mahu backlink daripada blog B.
If You Vote for & I Vote for You, Our Vote Cancel Each Other Out
Ramai tak tau pasal benda ni, itu sebab kita dapat lihat terlalu banyak thread tukar link kat GengBlogger sampaikan macam dah takde modal lain blogger Malaysia ni nak bincang dalam forum. Katakan duit tu adalah PageRank kita dan kita bagi satu bahagian kepada orang lain. Lepas tu orang tu bagi balik bahagian yang sama besar pada kita. Berapa banyak duit yang ada sekarang? Sama macam sebelum kita bagi tadi. hahaha…
Tips aku, buat beberapa blog lain. Dengan itu, korang boleh balas link exchange ke blog utama korang menggunakan blog lain tu. Jadi backlink tu tak membatalkan satu sama lain.
Achieving The Best & Most Votes, Will Lead to Success
Yang ni rasanya semua orang sedia maklum dah. Tak payah kot aku explain.
***
Macam mana nak dapatkan backlink daripada orang lain?
Ikut pengalaman aku berblogging, blog content biasanya menyumbang kepada backlink. Tulis entri yang bagus dan orang suka, orang lain mungkin akan ceritakan pasal entri tu dalam blog dia dan bagi link ke blog korang. Content is king walau se-klise mana pun pernyataan tu, ianya masih lagi benar. Lainlah kalau korang ni lawa giler macam Hanis Zalikha sampaikan semua orang tak kisah langsung nak kasi backlink, tapi blog HZ pun sangkut kat PR3 gak..
Gunakan domain sendiri. Susah nak nampak domain .blogspot.com ni PR tinggi. Paling tinggi yang aku pernah jumpa PR4 (tak termasuk blog Google la..). Aku tak cakap kalau ada domain sendiri ni blogger tu lebih bagus, cuma kalau ada domain sendiri ni peluang dia lagi banyak la.
Lagi satu buat pertandingan kat blog. Yes. Itu paling senang nak dapat backlink. Kalau aku buat domain giveaway korang nak ke?

Comments
58 responses to “PageRank – Hanyalah Sebuah Pertandingan Populariti”
masa untuk aku
berkongsi PageRank.
hadiah Domain giveaway
mari kita berebut.
tercari Backlink yang masih bersih.
masih lagi belajar pasal PageRank.
Blog Faisal Tehrani dapat PR5 walaupun berblogspot. Mungkin boleh diulas untuk beri semangat kepada blogger berblogspot juga…:)
macam ni PR berfungsi, selalu tanya orang tapi macam ramai yang tak tau
Penting juga PR ni..Terima Kasih untuk info ni.
Terima kasih banyak2 Bro. Banyak maklumat baru yang aku dapat dan banyak lagi yang mesti aku pelajari.
Tak tahu nak tanya apa walaupun sebenarnya ada banyak yang ingin ditanya.
Terima kasih sekali lagi. :-)
nice sharing bro, benda nilah yg aku duk cari. bertambah lagi ilmu backlink aku…patutlah aku tak nampak page link exchange kat sini…hehe
pehh… kelas tutorial paling senang faham pernah aku jumpa.. kelas!!
Nak tambah sikit info yg tak guna
Perkataan “Page” dalam “Pagerank” itu diambil sempena nama pengasas Google, Larry Page.
Jadi ‘Page” tu adalah double meaning gitu.
Juga, andaikata pengasas Google itu namanya Larry Mamat, maka mungkin kita ada “Mamatrank” dan tajuk post Ariff akan jadi “Mamatrank – Hanyalah Sebuah Pertandingan Populariti”.
nice info & entry.. walaupun masih blur2 lagi, tapi at least dapat gak beberapa point yang penting..
fuh.. explaination terbayek dan terpaham stakat nih..hohoho
salam tuan.kenapa bila saya buka blog tuan nampak berterabur?ke pc saya yang da masalah?
tq atas info berguna.semaik banyak ilmu yang saya dapat.bleh la follow otai-otai dari belakang.hehehe
thanks for the info ariff shah!
pergh.. ariffshah berada di mana2.. cayalah.. (^__^)
Laptop aku yang snegal ke, paparan ni menampakkan blog kau berterabur? >..<
terima kasih ariffshah
klu blogger senang dpt pagerank tak?
kalau blogspot sng dapat Pagerank tak?
panjanggnyee berkalii kalii cuba phamkan..heheeeee
kalu dpt banyak backlink dari amanz.my memang syok beb…. amanz nye PR 5… LOL… :D
tp kena la sama niche baru berkesan…. ye dak?
oo macam tuh rupanya pagerank tuh. Faham jugak dari info nih. thanks sharing..
yeah. akhirnya aku dpt tmbh lagi pengetahuan sedia ada sblm ni. thanks kongsi.
thanx ariff coz share info kt sini.siyesly,sy pun pun xtau sgt pasal PR ni.but afta reading dis,dpt gak la paham skit2 even x paham smua kan.. :)
well explain..thanks bro for explanation..masih di pagerank 0 sejak tukar domain..hik3….
Salam Tuan Rumah,
fisrt time nak cuba komen di sini. Tak berapa faham tetapi cuba nak faham…esp tentang backlink. Bagaimana pula dengan exchange links? Apa kebaikan dan keburukannya? Penali dari google tu apa? main tipu macam mana tu? Boleh tolong jelaskan…Terimakasih
owh, maknanya ada baiknya kalau siapa dapat backlink dari blog saya pasal blog saya sekarang tak ada backlink langsung. kan?
tapi kalau tak ada backlink langsung bagus tak?
Boleh kata macam tu gak la.
Kalau takde backlink? Lagi bagus sebab backlink tu pergi kat internal link yang ada dalam blog.
nak la jugak.
127k tu! aku punye baru 5k…huhu btw, nilah explanation pagerank paling senang aku jumpe! sheshe sifu!
No problem. Thanks for reading.
at last. paham jugak psal benda ni. thanks for the info. sangat sangat berguna =)
Your welcome nana!
rasanya inilah satu penerangan psl PR yang paling senang belalang paham…
terima kasih ariff
ouwh mcm tu eh..aku ye pr 0 lg..haha
giveaway sape xnak bro.. :p
hm PR aku dah jatuh …ces!
erk. camne pulak boleh jatuh ni..
Aku pun macam seram je takut jatuh ni..
sempoi gila artikel ni.memang mantap lah….huhu..tapi tak baper paham..hahaha…akan ku pahamkan dengan lebih dalam…trimas bro…memang taaaaaaarbaik.
Hanis zalika tu best sangat ke?? hehe..
Best? Biasa jer.. awek aku tulis lagi best. haha!
setuju!hahaah
PR aku bape entah. 3 kot hahaha malas amek tau
wahh
sungguh lengkpa penerangan pasal page rank ni
tq tq bro
nak share sekali kat rakan-rakan yang lain
Sila.. sila share.
Pergh..penuh dengan input dan info berguna
Terima kasih banyak2 Arif
fuhh…aku suka baca entri pasal page rank ni dari blog berbahasa melayu…klu dari blog/website mat saleh banyak yg sama je mcm kat squidoo tu (copy paste jer)…haha… thanx bro 4 info…
oooo..dah faham2 sikit2..
jadi macam mana pulak kalau kita asyik bagi dia je backlink sedangkan dari blog tadi nothing..
p/s ada exchange link tak kat sini…haha!
Page exchange link aku ada dah. hehe.. dalam proses pembuatan.
dalam proses pembuatan,..tak de lagi la tuh..adoi~~~
ha kang masuk link aku erk..hehe
ariff kalau gitu bagilah backlink dekat blog aku.. heheehe
mak datuk!!banyak sungguh info berguna kat sini..hehe..mmg btl tu..blog aku dulu dpt pagerank 1 masa guna blogspot.bila tukar ke dot com da xde page rank..maybe ambik masa ckt kot ke mcm mn bro?giveaway bgs tu..buatla..bleh gak mencuba tuah yg ada.haha
Panjang siott entri ni
Paham pon :)
Kalau blog tu ada page link exchange dimana blogger bertukar link, adakah termasuk dalam kategori “If You Vote for & I Vote for You, Our Vote Cancel Each Other Out”?
Kalau ye, maknanya kena buanglah page link exchange @ blogsphere kalau nak naik PR. Camtu ke?
Page link exchange tu ada pagerank tak? Semua internet pages boleh dapat pagerank, bukan setakat root domain je. Kalau tak ia tak dipanggil pagerank.
Dalam kes ni, sama macam yang aku cakap buat blog lain tu sebab link yang kita bagi tu pergi ke root domain, bukan page link exchange tu. Tapi itulah domain dia tetap sama. Cara lain, kalau ada domain sendiri, buat satu blog blogspot untuk link exchange sahaja. Macam ariffshah.com ada ariffshah.blogspot.com (tapi aku belum buat lagi la..)
oh, baru aku fhm, ingatkan root domain je dpt pagerank. Ye kan, nama pun pagerank. Thanks, aku faham dah :)
kiranya kena buat backlink ke pr yang lebih tinggi kalau kita nak naikkan pr kita..camtu?
asal ada giveaway..layan je..
bukan buat, tapi dapat.