Satu benda pasal syarikat hosting kat Malaysia ni, kebanyakan suka melibatkan diri dalam price war. Murah memang murah, tapi yang murah tu sesuai untuk blog yang masih di peringkat awal.
Bila aku terbaca blog budak ni, alahai.. teringat zaman menulis blog ketika masih di bangku sekolah dulu. Aku tulis masa tu memang bercelaru. Aku start ada blog masa tingkatan 2, itupun terikut dengan mak cik aku (yang berumur 2 tahun lebih muda daripada aku, tinggal di Singapura) yang masa tu ada blog.
Semalam dah turun salji sikit buat kesekian kalinya di Moscow ni. Sikit je jadi hari ni bila suhu naik balik, salji semalam dah cair. Macam tu la keadaan kat Moscow ni. Dan disebabkan sejuk, sejak dua tiga hari ni memang aku bangun lambat je.