Sebenarnya tak boleh ambil gambar dalam universiti aku ni. Itu peraturan lama tapi sekarang orang macam tak kisah dah dan perbuatan aku merakam video ni pun sebenarnya curi-curi. Sekali seumur hidup je masuk kelas tu.
Macam biasa Aidiladha kat sini sambut awal sehari daripada Malaysia dan macam biasa aku ada kelas hari ni. Tak ke mana pun dan langsung tak terasa Aidiladha kat Moscow ni. Macam nilah hidup anak perantau, apa yang diraikan di negara sendiri memang jauh dari rasa lebih-lebih lagi bila tinggal di negara orang kafir ni.
Tiap-tiap bulan mesti nak penuhkan peti sejuk jadi bila sampai waktunya memang kena keluar pergi Mega kat sini la. Mega ni adalah sebuah shopping center yang besar, stail macam The Curve tu semua.