Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/themes/aden/functions.php on line 1424

Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/themes/aden/functions.php on line 1425

Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/themes/aden/functions.php on line 1426

Korban Apa Aidiladha Ni?

Di atas bukit Nur. Background – bandar Mekah

Macam biasa Aidiladha kat sini sambut awal sehari daripada Malaysia dan macam biasa aku ada kelas hari ni. Tak ke mana pun dan langsung tak terasa Aidiladha kat Moscow ni. Macam nilah hidup anak perantau, apa yang diraikan di negara sendiri memang jauh dari rasa lebih-lebih lagi bila tinggal di negara orang kafir ni. Bangun tidur pagi tadi jiwa hampir kekosongan..

Cakap pasal Aidiladha, mesti nak sentuh bab korban. Apa yang nak dikorbankan tahun ni eh? Kalau masa kecik-kecik dulu aku ingat lagi ayah aku ada buat korban aqiqah kambing seekor untuk aku. Dah besar panjang ni kenalah cari benda untuk korban sendiri. Mungkin aku aku kena korbankan sikap malas aku ni yang kadang-kadang melampau tahap gaban. Jadi malas duduk sambil duduk dalam kepompong sepanjang hari atau main game Star Craft 2 memang best, tapi hujung semester dah ni.. Jangan sampai cuti winter nanti terkorban pulak sebab banyak benda tak settle.

Lagi satu pasal Aidiladha adalah musim haji. Wow.. Bila tengok gambar diorang ni menunaikan ibadah haji, memang nampak macam best je. Aku ni solat pun tertinggal-tinggal, tapi jauh dalam sudut hati ni, nak la jugak berubah kan.. Insya Allah one fine day..

Jadi apa pula korban korang tahun ni?

Wuquf di Arafah

Tawaf

Di Masjidil Haram

Berkiblatkan kaabah

3 juta lebih umat Islam menunaikan ibadah haji tahun ni

+ Sumber gambar Boston.com – The Big Picture

2010/2011 Premium Sponsor

41 Comments