Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 11) – Orang Russia Yang Penipu

Reading Time: 2 minutes

Ini kisah aku semalam kat pasaraya. Lepas kelas semalam aku singgah la pasaraya untuk beli susu, roti dan makanan harian untuk breakfast. Nak masak nasi lemak untuk breakfast tak dapek ah walaupun dah tau macam mana. Takpelah.. makan roti je cukup. Dah ada bini nanti kalau nasib baik dia buatkan nasi lemak untuk aku. hahah~ Semalam pun mood aku tak berapa bagus, haih.. musim exam kat sini memang susah terutamanya pada aku. Nak cerita banyak pun takde guna, macam ni gak tiap-tiap tahun. Sabar dan telan sorang-sorang dah la..

Jadi dah shopping-shopping tu pergilah ke kaunter cashier nak bayar. Sebab semalam aku baru try Formspring, sambil shopping aku sibuk gak ah belek app tu. Menarik. Sambil belek app aku dengar lagu kat iPhone, hook up ngan earphones. Bila dah mengharungi hari yang macam celaka aku sukalah dengar lagu kuat-kuat. Kurang-kurang dapatlah melupakan amarah aku tu.. Masa kat cashier tu, lepas punch semua barang aku, aku hulur la duit 1000ruble kat cashier tu.

Cashier tu pulangkan balance tak cukup lak. Mangkuk. Barang 200 lebih je, dia pulangkan 200+ gak sebab dia ingatkan aku bagi 500 padahal duit seribu sekeping tu ada lagi atas cash register tu. Bengong. Dalam resit pun dia tulis aku kasi 500. Ahhh… Aku dah panas. Orang nak balik cepat ni. Lepas tu dia suruh tunggu. Nak check CCTV. Ape $%^*&^!! Duit seribu aku tu depan mata dia, boleh lagi nak suruh aku tunggu nak check CCTV. Jadi terpaksalah tunggu store manager call security office suruh diorang check rakaman CCTV, lepas tu barulah boleh pulangkan duit aku lagi 500.

Mula-mula aku nak bersangka baik lah.. Mungkin cashier tu betul-betul silap tapi bila fikir-fikir balik, memang nampak sangat cashier tu nak songlap duit aku sebab masa aku hulur duit tu, memang dia letak dulu duit tu atas cash register sementara nak tunggu benda alah tu terbukak. Lagipun duit kertas seribu warna hijau manalah mungkin disalah pandang jadi duit kertas lima ratus warna kemerah-merahan. Tak logik langsung! Mungkin dia tengok time tu aku tengah sibuk dengan iPhone dia ingat aku leka la. Boleh tipu. Memang silap la..

Ada beza kan?

Lagipun this is Russia. Aku pernah nampak kat sini orang satu family (semua perempuan) try nak seluk poket kawan aku. Kebetulan wallet dia letak kat poket belakang dan nampak membonjol. Yang nak menyeluk tu bukan sape pun, budak perempuan umur lingkungan 10-14 tahun macam tu. Ibu & kakak dia ada kat belakang dia. ish.. Tak taulah apa nak jadi.. Datang sini, jangan sesekali percaya orang sini terutamanya orang yang ko tak kenal. Kebanyakan orang kat sini nampak orang asing sebagai bank bergerak. Jadi memang kena sentiasa berhati-hati.

Hari tu kak Jie tweet kat aku cakap anak kawan dia nak datang Moscow, belajar tempat sama ngan aku. Kira jadi junior aku kat sini la.. haha~ Aku reply balik kat dia “tak tau nak cakap apa, nak cakap tahniah pun tak boleh, nak cakap takziah pun tak boleh. haha~” Yelah, dulu aku excited nak datang sini, tapi bila dah empat tahun tinggal sini.. aahhh. Cukuplah. Dahla fakulti aku paling susah. Budak-budak fakulti lain dah relax-relax sekarang.. tapi kepada yang nak datang sini  jangan takut la sebab fakulti aku dah tak ambik pelajar asing masuk. Batch aku last.

haha.. Panjang aku membebel. Apa jadi ngan duit aku tadi? Diorang check dan confirm yang memang aku kasi seribu. Cashier tu diarahkan untuk memulangkan duit aku, masa tu muka dia dah nak nangis. Masa dia nak hulur duit tu, aku pandang dia.. dan aku senyum. Ya, aku senyum..  tak buat muka marah, bengis atau benci. Aku senyum dan berlalu pergi..

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

31 comments

  1. tertarik nak g Moscow 1 day..tp bila baca pasal ni takut plak :) niway.. superb experience

    1. Nak jalan2 mana-mana dalam dunia ni kena pandai lebih sket, buat persediaan awal, kaji macam mana perangai orang di negara2 yang kita nak pergi dan semuanya ok nanti. Internet kat ada, semua maklumat ni boleh didapati dengan mudah.

  2. bila baca entry pasal beli barang ni, teringat dgn criter sya terbeli udang yg harganya about RM 100 .. 1000 rubbles la kan? udangnya pun satu pack aje .. bukan banyak mana pun .. mmg harga dia gitu ke? atau sya pun “TIPAH TERTIPU!”, ariff? that incident happened in fact in the month of August 6 years ago.

    1. udang eh? ye kot. memang mahal macam tu. Udang yang jenis besar-besar tu la kan?

      .. tak minat sangat dengan udang ni ..

  3. memang orang rusia camtu eh..haha..aku tengah baca novel Bumi Cinta karya Habiburrahman el Shirazy, kisah pasal life @ Russia. sama la seperti yang ko citer.

  4. menakutkan..
    so kena sntiasa berhati2 la ye..
    ada lg bp lma kat sn?
    .-= Cerita terbaru fifi.. biar lawan dengan pedang,jangan lawan dengan kata-kata@ayat.. =-.

  5. mak ai banyak duit..kat mana2 mesti ada kaki penipu ni..kenapa mesti wujud orang2 camni?menyusahkan orang je..
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Oh! Dapat Surat Cinta Dari Google =-.

  6. peristiwa ni mengingatkan saya pasal satu kejadian kat safety box room waktu keja hotel dulu..hmm..
    .-= Cerita terbaru fina fento.. Perempuan, WAJIB BACA ni : Rahsia Petua Melayu Lama #2 =-.

  7. Bila aku terbaca cashier dan kau hulur 1000 roubles, aku ingatkan nak cerita pasal cashier tu marah-marah sebab tak bagi duit kecik. Sebab aku pernah jadi macam tu walaupun beli dekat pasar raya.

    Bila teringat balik, masa awal-awal aku dekat sana dulu nak deal dengan cashier ni la masalah pertama yang aku hadapi. Nak beli air ke coklat ke dekat kiosk tepi jalan, time awal sampai duit dalam wallet besar-besar je, diorang memang tak nak terima suruh aku cari duit kecik.

    Memang dulu aku anti mak cik yang jaga kioks sebab selalunya diorang muka nak kerek je, susah nak senyum dan asyik tak nak terima duit besar. Russia, oh Russia. Kenangan semua tu.

    1. Dulu pun aku fobia pergi kedai yang kena tunggu makcik ni amik barang. fedap betul. Pergi supermarket lagi senang. Masa tu nak cakap Russian pun berapa patah je tau..

      Sekarang jangankan cakap, nak sound orang pun boleh dah. haha~

      1. Oh, tiba2 aku teringat satu kejadian dekat supermarket. Aku nak beli rokok karton masa tu. Selalunya perempuan muda jaga booth cigarette dan liquor tu. Tapi hari tu mak cik tua jadi cashier dan perempuan muda dekat belakang tengah punggah barang.

        Bila aku cakap nak rokok, dia buat muka. Lepas tu tanya aku cukup umur 18 ke tak. Hahaha. Memang celaka. Dia tak percaya jugak suruh aku tunjuk passport. Aku cakap ada dalam beg, dah sealed tak kan nak ambil jugak. Aku cakap lagi, betul lah dah cukup umur.

        Last-last perempuan muda dekat belakang tu pandang dan senyum. Dia cakap dekat mak cik tu, bagi la rokok dekat dia. Apa yang tak percaya dia dah cukup umur. Dapat la jugak beli hari tu. Tapi mak cik tu tetap pandang aku pelik. Panas je aku.

        1. haha.. Aku pelik camne diorang boleh nampak muka ko macam muka budak sekolah. Tak logik langsung. Nak cakap rendah, tinggi ko ok je aku rasa..

    1. wah. nasib baik berlaku kat supermarket. bleh check cctv.
      anyway ko kat sana cakap bahasa apa?

          1. kelas yang pertama, nak tanya “berapa harga?” dalam urdu ialah “kiettnaaaa?” hehe sekian ya murid2.

Comments are closed.