Orang Perancis

Reading Time: 2 minutes

17 tahun menetap di Asia, 12 tahun di Malaysia. Mamat ni dah memang tak nak balik Perancis. Kahwin pun dengan orang Malaysia.

Tadi sempat ke pejabat perwakilan sebuah syarikat besar dari Perancis yang terletak di belakang Bangsar Shopping Centre. Buat masa ni ada sorang je pekerja kat office ni dan baru je hire lagi dua pekerja untuk support company tu. Salah seorang pekerja baru adalah graduan Electrical Engineering dari Perancis dengan pengalaman bekerja lebih kurang 2 tahun. Perempuan Melayu.

Ni bukan calang-calang punya company. Income mereka tahun lepas adalah 1.4 billion Euro. Tahun ni nak push ke 2 billion Euro. Go figure.

Untitled
Dapat daripada Airbus. Bukan beli.

Office memang cun. Board room pakai tv LED (berapa puluh inci, connected kepada Apple TV. Lupakan projektor cap ayam yang kita selalu pakai hari-hari. Pantry dia style bar, a la mini bar yang kita selalu nampak kat condo. Ofis lebih kepada open concept dengan dinding kaca, jadi tiada apa yang memisahkan pekerja dengan boss melainkan partition kecik. Pendek cerita kalau masuk ofis ni memang tak rasa macam kat Malaysia.

What am I doing here? Ikut boss membincangkan projek. How fun that can be?

Jadi kisahnya orang Perancis ni, dah berkahwin dan ada anak. Isterinya perempuan Cina. Tapi 12 tahun tinggal kat Malaysia masih tak reti nak cakap bahasa Malaysia. Kalau setakat speaking dengan ada “lah” kat hujung ayat tu retilah. Sebab dah tinggal lama kat sini, bunyi “lah” dia tu memang natural, tak pelik. Lupa nak tanya dah reti ke belum makan makanan pedas kat sini.

Lepas meeting mengopi kejap kat La Bodega, BSC. Starbucks & Coffee Bean memang tak pandang. Dia cakap kat BSC tu senang sangat nak dapat awek Malaysia. Sebut bonjour je, adalah yang datang. heheh.. Boleh try ni. Agak-agak ada muka orang Perancis tak? Ke muka ni masih lagi muka Russian?

Dia kagum bila dapat tahu yang duduk depannya adalah graduate dari Russia. Tabik!! Pada mereka, orang Russia ni hebat buat kapal terbang, terutamanya pada bahagian sayap. Sayap kapal terbang yang dibuat oleh orang Russia adalah terbaik. Itu sebabnya dari segi akrobatik, jet pejuang Sukhoi memang raja di angkasa berbanding jet pejuang lain.

Orang Perancis ni suka duduk kat Malaysia. Memang kena dengan gaya hidup dia. Kat sini relax je (tau-tau sendirilah kan betapa relaxnya kat Malaysia ni). Katanya kalau balik ke Perancis pun memang dia tak tau nak kerja macam mana kat sana sebab dah terlalu lama kat sini. Malaysia is home for him.

Not sure about Malaysians. Kalau duduk luar negara, makanan ni lah yang jadi problem utama. Nothing beats Malaysian food. Orang Perancis ni takpelah, restoren Perancis bersepah kat sini.

 That’s about it. Another interesting day for me.

 


Posted

in

by

Comments

26 responses to “Orang Perancis”

  1. Hafizul Avatar

    ooo shukoi tu org rusia buat la..baru tahu..hehe

  2. arrizz Avatar

    memang best dapat jumpa ramai orang..boleh belajar ilmu baru..12 tahun duduk malaysia masih tak boleh cakap melayu..bangla duduk tak sampai sebulan pun aku rasa dorang dah boleh cakap melayu..agaknya dia nak kekalkan identiti kot..semangat kebangsaan la katakan

  3. Iaruz Abdullah Avatar

    Hmm..lagi best kalau diaorang ni fasih berbahasa melayu macam mana Bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-dua.Bayangkan bangsa asing bercakap dalam bahasa kebangsaan.Tidak banggakah kita??

  4. wanG Avatar

    tahan tak makan sambal nasi lemak tu? hehe..best kan keje company yang tak besar, semua org boleh bekerjasama, be it big boss or small kuli..kan? hehe

  5. akubiomed Avatar

    Seronok melihat hasil kejayaan orang lain. Sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi.

  6. azman Avatar

    Dia kena makan sambal belacan banyak sikit nih,baru leh fasih bahasa melayu.

  7. MK Syahir Avatar

    perkongsian yang baik :)

  8. amlanblogger Avatar

    Betulke orang russia pembuat sayap kapal terbang terbaik di dunia.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ni orang Perancis tu cakap la. Kalau diorang sendiri akui macam tu, maka ada kebenarannya

  9. hisham Avatar

    rasanya… bahasa melayu bahasa paling mudah dalam dunia… mungkin dia belum makan budu kelantan lagi kot?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena kasi dia teguk budu satu botol dulu baru boleh cakap Melayu

  10. Zarul Umbrella Avatar

    i like Airbus – mesra alam, mesra crew

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mungkin boleh ceritakan lagi pasal benda ni dalam blog. Nak gak tau part mesra crew tu

  11. Fely Avatar

    Yes, food is a bit of a nightmare for Malaysians living elsewhere. I’ve been in the UK for the last 11 years and I still can’t understand why mamak stalls haven’t been erected in front of my house! X

  12. Anyss Avatar

    Assalamualaikum,
    Bukan nak puji jejaka perancis ni romantik n care ke apa, tapi sebenarnya makcik2 dan pakcik2 kat perancis pun semuanya baik hati. Walaupun mereka tak tahu cakap bahasa inggeris, tapi mereka bersedia membantu walaupun kita tak mintak tolongpun. bila nampak kita dok tercangak2 tengok peta tak jugak reti2, mereka yg datang hulurkan bantuan. Jadilah macam itik & ayam…guna bahasa isyaratpun tercapai jugak matlamat. Di negara kita, sangat jarang nak jumpa.

  13. Jai Avatar

    siap bg tips nk dpt awek x than tu..sng je nk ejas org malaysia ni..lol

  14. cmratu Avatar

    perkongsian yang best.. orang biasa2 macam saya ni tak merasa la masuk office hebat2.. jadi la dpt tahu dari blogger yang sudi berkongsi.. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Pengalaman best. Tapi segan nak tangkap gambar kat ofis tadi.

  15. syazwancdm Avatar

    ikut bos tu, bakal jadi orang besar syarikat!..hehe..info baru bagi aku pasal sayap ciptaan russian tu..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ikut amik pengalaman je.. tapi balik lambat la tadi

  16. titan Avatar

    rajin berjalan..memang dapat banyak benda maa..

  17. abangensem Avatar

    Apa??? BSC senang dapat AWEK??? Esok jugak gua gi terjah.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Digalakkan pergi time lunch hour

  18. hazman aka species1980 Avatar

    Lagi satu bro kena tanya … dia suka makan DURIAN tak ? sebab ada kata omputih mengatakan durian nie SMELL LIKE HELL – TASTE LIKE HEAVEN… hehehehe

  19. Syaz Avatar

    pernah ada 1 artikel berkenaan org malaysia banyak kerja luar negara, pernah jugak kerajaan lancarkan program brain drain, sebab ramai org malaysia kerja kat luar negara nk pnggl masuk malaysia tapi tak berjaya sebab gaji dan masa kerja, tak tau la kalau btul atau tidak, ada negara yang flexible working hour dari malaysia yang kena kerja ikut time 9-6. dan lainnya pasal gaji, ada juga cakap gaji malaysia sedikit, tak tau la sbb tk kerja, tapi baca artikel je. hehe

  20. BK Avatar

    12 tahun duk sini tak reti cakap Melayu lagi, bayangkan kalau owg kita kat negara omputeh,balik Malaysia dah fluent dahh..hoho