Orang Malaysia Suka Nyanyi

Reading Time: < 1 minute

Dah bulan Disember ni, nak recap balik lagu-lagu tak boleh blah yang kita dok dengar hari-hari di tv dan kadang-kadang radio.

Lagu pertama dalam senarai saya adalah lagu sempena sambutan Merdeka ke-56 hari. Paling tak boleh lupa. Memang tak popular sebab tak sedap. Tak perlu wujud.


Basically lirik dia yang korang perlu tau adalah, “mara…. halilintarr… tiada gentarrr.. halilintar..” (Ulang 10x) HA HA HA

Lagu kedua yang boleh tahan annoying adalah lagu 1Malaysia Call Centre (1MOCC). Sekali je tengok video ni sampai besok terngiang-ngiang “Hey! Hey!” dalam kepala. Tak percaya tengok video ni sampai habis.

Lagu ketiga ni lagu yang sangat redundant. Trend yang saya nampak sekarang, semua inisiatif kerajaan 1Malaysia ni dia nak buat lagu. What’s the point? Better guna bajet kerajaan tu beli iklan dalam surat khabar Utusan yang baru-baru ni dah keluarkan laporan kewangan dengan kerugian teruk sebab kena boikot dengan MNC.

Lagipun benda macam UTC ni kat luar bandar je, jadi sesuailah dengan audiencenya iaitu pakcik-pakcik kampung yang merupakan penyokong tegar akhbar Utusan.


“UTC… UTC.. pusat pelbagai perkhidmatan”

Dalam keterukan lagu-lagu atas ni, at least adalah something yang elok sikit untuk koleksi lagu orang Malaysia tahun ni.

Tanah Air, a specially-composed love song for our nation inspired by Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang’s original poem.


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Orang Malaysia Suka Nyanyi”

  1. Cikgu Norazimah Avatar

    lagu UTC cn paling suka ! siap boleh nyanyi2 lagi, anak CN yang setahun lebih tu pun suka lagu tu, tapi dia paling suka lagu 1MOCC, duk bunyi hey hey ! hehe

  2. siti hazreen Avatar

    betul3x, orang Malaysia memang suka nyanyi ;)

  3. Izwan Avatar

    lagu 1MOCC tu tak berjiwa muda.. fuhh..
    tapi entah,kebanyakan lagu2 melibatkan agensi2 kerajaan macam ada trademark dia sendiri.. macam contoh2 ni la..

  4. Akmal Aizat Avatar

    Lagu senang ingat berbanding baca paper. Zaman dah berubah =)

  5. Akuro San Avatar

    rasanya, yang suka lagu-lagu nih PM sendiri… itu sebab jadi banyak dibuat lagu-;agu begini… huhu~

  6. hazman aka species1980 Avatar

    Diorang rasa video audio visual nie lebih berikan kesan dan impak yang menyeluruh… heheheh

  7. sue Avatar

    1st time dgr semua lagu ni. Memang lawak la. hahaaa…

  8. lamanblog Avatar
    lamanblog

    lagu cukai GST dimanakah?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ada ke? Tercari-cari gak

  9. ohcikgu Avatar

    faham-faham ajelah. hehe..

  10. Fadhil Husin Avatar

    Paling tak leh blah memang lagu 1MOCC tu. Sampai jadi bahan gelak je kat media sosial. heh.

  11. pinkbubblegumprincess Avatar

    haha lagu kemerdekaan halilintar tu yang paling menang..kah2..

  12. akubiomed Avatar

    Budak-budak paling suka. :-)

  13. eridy Avatar

    paling annoying lagu halilintar tu…kalau d radio atau tv kuar..trus matikan atau pindahkan cenel.. lagu yg x jujur tu..

  14. Azman Ishak Avatar

    hahaha… lagu-lagu yang tah hape2. best lagi RAP brader Ultimet, saya anak malaysia.