Percaya tak kalau aku cakap orang ada duit je boleh raya? Serius! Tak tipu. Orang yang tak banyak duit, time raya nilah diorang kerja sebab gaji harian dibayar 3 kali ganda. Mungkin ada yang tak tau..
Orang Melayu paling banyak habis duit time raya. Kena ingat, tak semestinya sebab sebulan dah tahan nafsu boleh go all out semata-mata nak menyambut ‘kejayaan’ tu. Dah macam lari daripada hikmah sebulan berpuasa.
Apa-apa pun, kalau nak beraya memang poket kena tebal dan dalam. Berbelanja kena beringat. Jangan sampai lepas raya nanti pinjam ah long pulak.
Bayar cukai jalan, insurans
Kalau nak balik kampung beraya, perkara-perkara ni kena check dulu. Agak-agak kalau dah nak sampai tempoh, kena settlekan sebelum raya. Tak taulah nanti cuti raya kita atau cuti raya pejabat kerajaan ni berapa lama. Untuk memudahkan kerja, settlekan terus sebelum raya. Kos minima ~ RM400 (mengikut jenis kenderaan).
Servis kereta, insurans perjalanan
Insurans kereta lain, insurans perjalanan lain tapi servis kereta wajib! Balik kampung kalau apa-apa jadi tengah jalan sikit punya susah. Jadi kereta kena servis sebelum memulakan perjalanan. Kalau nasib tak baik kena buat full engine overhaul, memang berlubang wallet. Kos minima ~ RM1000 (mengikut jenis kenderaan & servis yang diperlukan).
Tol bahlul, minyak petrol
Kalau balik kampung memang wajib lalu lebuhraya bertol. Lagi jauh kampung, lagi banyak tol. Duit minyak tak payah cakaplah. Ingat lagi zaman aku kecik-kecik dulu, RM40 dah cukup nak isi penuh tangki kereta Proton Wira. Sekarang kurang-kurang nak RM60 nak penuhkan tangki Proton Iswara. Pergi balik kurang-kurang nak 2-3 kali isi penuh. fuhh.. Kos minima ~ RM300 (mengikut jenis kenderaan dan jarak kampung).
Baju rayaaa…
Beli siap? Tempah? Nak lagi glemer, lagi banyak la kena keluar duit. Kalau buat baju Melayu kena tempah cantik-cantik ikut ukuran badan. Biar pakai nanti nampak segak, kacak. Kain pun kena pilih yang lembut, baru sedap memakai. Bak kata orang, alah membeli menang memakai. Belum cerita berapa pasang nak buat. Seluar jeans baru lagi.. Kos minima ~ RM350 (mengikut jenis kain dan tukang jahit)
Juadah raya
Rendang memang wajib. Ayam? Daging? Atau kedua-duanya? Kuih raya tu, kalau tak cukup masa dan kakitangan kat rumah terpaksalah tempah. Ni baru juadah untuk sanak saudara dekat-dekat. Minggu depan punya open house tak kira lagi. Air? Tak main bancuh sendiri dah. Kasi air Coke Pepsi je. Kalau kat kampung, air botol Long chan menjadi pilihan. Paling-paling nak 3 pukal untuk minggu pertama raya. Kos minima ~ RM500
Langsir baru, perabot baru, karpet baru, sarung kusyen baru, semua pun baru!
Guna langsir tahun lepas karang segan pulak dengan jiran sebelah. Asyik lah langsir tu je tiap-tiap tahun. Kalau dah tukar langsir warna lain, sarung kusyen pun kena ikut warna sama tone. Nak up sikit angkat sofa baru je. Kalau sofa dah baru, karpet tu pun boleh kasi tukar sekali. Dah alang-alang kan? Kos minima ~ RM500
Open house?
Kalau semua atas ni dah buat, open house memang kena buat. Tak sah kalau tak buat. Bergantung kepada bilangan tetamu, makin ramai orang dijemput, makin tinggi kos diperlukan. Kos minima ~ RM400
Duit raya
Mereka yang faham entri ni biasanya adalah individu yang bukan di pihak yang menerima duit raya, sebaliknya di pihak yang memberi atau sekurang-kurangnya pihak yang tidak menerima. Kos duit raya adalah sangat subjektif kerana ia berkait rapat dengan pelbagai faktor seperti status pekerjaan, berkahwin atau tidak, bilangan anak buah dan mungkin bilangan adik beradik. Jadi aku letakkan kos paling minima iaitu ~ RM50
***
Bila dijumlahkan semua atas ni tadi, kos yang aku perlukan untuk beraya adalah lebih kurang RM3500. Kalau nak selesa sikit lagi, genapkan terus jadi RM5000. Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku kira benda-benda macam ni? Senang je. Tahun depan kalau rezeki bagus dan aku dah beberapa bulan bekerja, duit sebanyak inilah yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan raya 2012. Banyak dol!
Bila dah nak habis belajar, akal kena lagi panjang sikit. Duit scholar takde, mak bapak memang sah-sah tak kasi duit jadi kenalah sedar dari awal ni tanggungjawab nanti macam mana.

Comments
40 responses to “Orang Ada Duit Je Boleh Raya”
Semua benda yang tersebut di atas harus ditanggung secara terpaksa rela.. hahha..
Kadang2 ada yang belanja melebihi pendapatan. Camane tu??
Aku bayar cukai jalan untuk raya ni (termasuk insurans) = RM 1.6k. >.<"
Jangan tanya aku baju raya, Ada sehelai beli masa balik sekolah. Paling minima je aku beli. Duit raya wajib bagi semua orang.
#pitam
Seram dengar camni. Aku start keje nnti xnak guna kereta ah. haha~
selagi tak kahwin..aku balik kg naik bas.. kasi duit raya sikit2 je..takde pikir perabut,baju raya lauk bagai..hahaha..
selamat hari raya bro…
bersederhanalah dlm berbelanja..jgn membazir yg xperlu
ariff, selamat hari raya. Allah blessed :)
banyaknya duit yang kena pakai
=..=
Saya setuju. Sekarang ni semua benda tu dah jadi macam wajib pulak. Kalau tak, macam tak sah raya. Patutnya ikut kemampuan dan keperluan.
Kita kena ubah menyambut Aidil Fitri sebagai IBADAT bukan BUDAYA seperti yg disebut berjela kat atas tu.
tahun ni takde rezeki nak balik beraya di kampung… sedihnya… =(
dan atas sebab-sebab berikut, aku tak beraya. huhu.
so far, keluarga Sya takdelah rabak sakan kalau beraya. Langsir guna je langsir2 yang sedia ada. xlah bertukar setiap tahun raya. sofa x bertukar walau dah beberapa kali berendam dengan air bah, baju raya Sya tak beli tiap2 tahun. Pakai je baju raya lepas2. tol x banyak sebab kampung dekat je. Hehe… Alhamdulillah. Gitu lah Sya beraya. Yang penting ziarah menziarahi, bermaaf-maafan. :) Selamat hari raya, Ariff.
aku dah bertahun rabak tiap-tiap tahun. Even dah save sana-sini..tapi still sakit gak. aduhh..
raya untuk orang puasa je..
P/s
hai ariff shah,saya ada tengook trffic 500 k awak,tffic stat tu dari stat press ke,saya pun ada pakai stat press. visitor 500 lebih, pageviews 5k lebih, betul ke trffic stat press ni .
Statpress kira semua benda yang lalu lalang masuk server. Semua pageviews. Terpulang kalau nak terima ke tak data tu.
asal raya je rabak .
Tunggulah jadi warga emas tidak perlu bergerak tunggu anak-anak dan sedara mara kunjung :-)
aduhai…
bile pikir2 balik…
best ye jadi student…
x yah susah2 nk fikir byk2 psal duet nie…
btul tu ariff
tu kalau raya ikut persepsi orang melayu punya rayala.
aidilfitri yang sebenarnya tak menyusahkan manusia.adat melayu yang banyak menyusahkan.
islam itu indah.tapi kejahilan menyebabkan islam nampak menyusahkan.walhal hakikatnya tidak.carilah ilmu wahai manusia sekalian.
tol bahlul.. haha
yeah. benci tol.
kalau ada anak bini esok.. lagi besar belanjanya kan? kan? hehe
Tahun lepas aku kerja… abis beribu jugak nak raya..
tahun nie jadi student balik… so ta terasa la..
tapi tahun depan… $$$$$$$
Waah… dah kira awal2 ek ariff.. :D
tu xcampor dengan anak bini lagi tu kan?? agak2 tahun dpn jugak ke naik pelamin?? :D
banyak belanja..itu baru planning belum betul2..kalo betul agaknya lagi banyak yang kena keluar
dah kena fikir dari sekarang, senang nak bajet later.
Time raya ni kita kena jimat sikit.
hehe.. semua tu betul.. saya bujet lepas ja.. walaupun dah kahwin dan ada anak, tapi mak ayah masih keja so ok la sikit..
Sama la kita Ariff. Dah nak habis belajar ni, kena mula dah fikir pasal benda macam ni. Even patut fikir awal-awal lagi, barulah tak payah sangat nak hadapinya nanti.
Sekarang ni pun aku dah mula merasa kos perjalanan tu semua, sejak pakai kereta. Memang banyak jugak la.
Cuma dalam sesetengah perkara tu, boleh jimat lagi, macam baju raya, langsir semua tu.
bila kos hidup yang semakin meningkat..mana yang masih boleh dipakai, kena manfaatkan jugak
huhu…bila ko bagitau baru aku sedar semua tu.tak perasan pun duit tu keluar sikit2 dari poket ni.huhu…nangis ni :p
nasib baiklah aku masih ditanggung ..hehehe
mujurlah family aku ngan mertua sama negeri dgn rumah aku. dah jimat minima at least RM1300 ikut budget ko. hehe
aku pulak duduk tengah2.ke kanan rumah mak ayah aku,ke kiri rumah mertua aku pulak.tapi yang best jarak lebih kurang je.haha… :D
Tul gak kan…
Tulah aku kalau nak sangat balik kg, kena menumpang keta ayah. Ni dah kawen~
Kalau adek2 semua cuti x muat so x balik la…
Jauhhhh tu nak balik utara. Tol out of mind~
Dr kemaman balik kl ok jer toll rm29.
Boleh kiok kalau macam ni woi!semua nak baru,tapi kita jadi tak insan yang serba baru?keh keh.
selamat hari raya Ariff.:)
Raya dah jadi hanya untuk orang kaya hehehehe….apa leh buat….
tarak duit tarak raya. kehkehkeh