Dengan rupa baru blog.ariff, saya mula memandang dengan lebih serius lagi faktor rekabentuk sesebuah blog. Sampai bila nak bagi alasan tak tahu dan tak reti nak design blog?
Nuffnang Asia-Pacific blog awards adalah event public relation (PR) besar-besaran Nuffnang untuk meletakkan brand mereka sebagai syarikat pengiklanan utama di Asia Pasifik. Nuffnang yang juga merupakan sebuah komuniti blog ingin mengetengahkan bintang-bintang mereka dalam event gilang gemilang ini.
Tapi siapa yang boleh tipu kalau bab design? Ada design nampak cantik dan kemas, tapi tak bersesuaian dengan perkataan “original” untuk award ini. Ini adalah analisis saya terhadap finalis untuk kategori Most Original Blog Design.
1. eatshowandtell – eatshowandtell.com – WordPress

Blog kemas, design minimalis, warna putih dan secara keseluruhannya, bersih. Apa yang kurang? Tak sesuai dengan tajuk ‘original’ sebab tak banyak customization yang dilakukan daripada theme asal yang mereka gunakan (Suburbia).
Meaning to say, kalau blog ni menang, kemenangan tu milik pencipta theme percuma tersebut yang boleh diperolehi oleh sesiapa. Original ke tu?
2. Another Epic Battle – cheechingy.com – Blogger

Blog ni gunakan banyak space kosong. Konsep imej besar dan font yang kecil menyebabkan kedua elemen tadi nampak jauh beza, sekaligus membuatkan ruang kosong lebih nyata.
Kalau tengok pada link bawah entri dalam single post, nampak macam berterabur sebab ruang kosong yang banyak disebabkan link yang tidak diatur. Juga spacing pada archive dalam sidebar patut dikurangkan.
Design adalah original, selari dengan content yang ada dalam blog, tone warna yang ceria dan senang mata memandang.
3. Helga Weber (blog.ditz-revolution.net) – WordPress
First time impression, original. Sidebar icons sesuai dengan theme dan sidebar yang tersusun. Layout keseluruhan yang tak terlalu panjang. Ada sesetengah blog suka buat layout panjang sehingga ke hujung dunia. Sila hadkan panjang blog anda sebab kebanyakan pembaca nak baca entri terbaru je sebenarnya.
Masuk ke single page, one thing yang tak kena adalah scrolling sharebar. Scrolling sharebar memang bagus, tapi dari segi design, kena berhati-hati bila menggunakannya sebab warna social buttons (hijau, biru) dan background buttons (putih) tu boleh mengganggu rupa keseluruhan. Try social button yang statik dan sebaris seperti yang digunakan di sini pada awal atau hujung entri.
4. Zhuxiaomei (zhuxiaomei.cn) – WordPress

Blog ni sememangnya original dari segi layout. No doubt. Tapi adakah ia calon yang terbaik untuk menang? Tak semestinya. 50% markah adalah daripada pengundian orang ramai (populariti) dan pada pandangan saya, blog ini akan menghadapi masalah dari segi populariti.
5. Lizosaurus (lizosaurus.com) – WordPress

Kemas dan original. Cuma apa yang tak kena dari segi design adalah pada sidebar, Recent Comments dan subscribe box. Subscribe box default tu sangat awkward dan merosakkan theme. Sesuatu perlu dilakukan untuk buat subscribe box tu menarik dan sesuai dengan theme.
Social button pada single page tu boleh diperbaiki lagi. Kalau dah guna Shareholic, kenapa letak like button dan Google +1 secara manual? Lagi sekali, something should be done there.
Apa-apa pun, semoga berjaya kepada calon NAPBAS. Nak tanya something, kalau blog.ariff tercalon untuk kategori design tahun hadapan, adakah anda akan mengundi saya?
Tolong klik Like bawah ni:

Comments
22 responses to “Analisis Nuffnang Blog Awards – Most Original Blog Design”
nice review!! btol jugak pandangan u tu.. i setuju,…
aku sebenarnya agak skeptikal pada calon calon yg terpilih sebab bila tgk blog mereka macam ada banyak kekuranga, tp x tau lah maybe ader kategori yg pihak juri gunakan yg kita x tahu
kak emila ada calonkan bog sendiri untuk kategori ni tapi tak ada rezeki, tak terpilih langsung. maybe next time.
erkkk.. kakyong x kenal langsung semua pemilik blog nih… hahaha.. & rasanya ada lagi blog lain yg lebih layak kot.. huhuuu.. mungkin owner blog yg layak tu tak tahu pasal pencalonan Nuff nih…
perlu kah nak undi jika kita rasa x kenal & rasa cam tak best jer nak support.. hahah.. boleh tak gini..
blog aku original x weh? hahah.. :p
kdg2 aku pelik ngan award nih.. yg tercalon x menepati ciri² yg sepatutnya.. huhu…
Design blog?
Boleh kalau kau jadi calon next year.
Mana tahu dalam setahun ni tetiba kau jadi blog gosip ke? Eh.
=p
belum sampai tahap tu lagi…
lama lagi ni..
sekarang tengh belajau PR ini pun merangkak-rangkak…hehehe.
Tapi one day aku mesti kena belajau jugak..sebab itu namanya improvement..
Betul tak Blogger Ariiff…
Untuk aku blog ini simple and nice… ini blog otai2….
aku minat minimalis. hoho. tapi memang aku tak reti design, edit sikit2 boleh la. kalau sapa betul2 serius + ada duit, elok la tempah custom theme, puas hati kalau bab nak branding blog ni :) insha Allah suatu hari nanti kalau ada rezeki nak jugak pakai custom theme. baru style haha
kalau saye punye belog yg didesign sndiri layak tak masuk original design? tak kot kan..maklum le bukan blogger glemer..hoho..
tak follow sangat contest2 macam ni.. kalau takde kategori,aku suka yang minimalist tu.. senang..byk2 design ni macam serabut..
agak2 ada lagi tak isu macam digi award hari tu.. :lol:
kalo ariffshah.com msuk next year, confirm sy vote!
wow! siap buat analysis lagi. so, ariff ada vote siapa2 ke?. Kalau Ariff masuk, akan diberi sokongan :D
Inilah payah apabila pengundian diberikan kepada awam kerana ia boleh dimanipulasi seperti bro komen terutama blog nampak cantik tetapi keaslian tidak ada.
xbyk sgt originality yg aku nampak.
xpyh la masuk bro contest Nuff. ko dah kira problogger dah. tunggu Innity buat world contest, ko masuk. hehe
https://ariffshah.com yang terbaik n_n kapan saya boleh ikut? hmmmm
Blog ariff masuk contest ape pun konfem ramai org vote punye lahh.
huhu, bleh jadik pengadil plak… susah gak nak menang kontest nie sebab kebanyakan yang masuk bertanding bukan codewriter.. kalo ada codewriter punye blog yang masuk kontest, gerenti leh menang.. huhu
terbaik semua camtu…bila laa aku nie nak jadi cam mereka huhu
yang ni bukan ke awards yang di taja oleh tiger bear?
Blog lizosaurus tu aku ingatkan lizarazak yang punya. keke
eh samala. haha
Kompom saya akan undi blog ariffshah.com selagi ianya tidak berentap dengan blog abangensem.com.. hehehe