Aku dah lama tak pegang handset jenama Nokia ni, yelah bila dah dapat buah epal yang separuh tu, terus lupa kat benda lain kejap. Baru-baru ni kawan aku beli handset Nokia X6 32GB ni. Harga dia RUB20000 (MYR2257) + RUB1250 (MYR140) untuk warranty setahun. Kat Malaysia of course lagi murah, around RM1700 camtu.
Kalau ada barang2 baru mahal2 ni, aku suka tengok kotak dia :) Kalau barang baik macam Nokia X6 ni marketing mesti bagus, kotak dan packaging mesti cantik
Not bad. Sleek, clean dan cun! Sesuai untuk awek dan jejaka. Ada frontal camera, so boleh buat video call, wifi, asisted GPS (A-GPS) dan benda-benda basic yang lain. Sebagai pengguna tegar touch screen, pendapat aku touch screen dia bagus, lagi bagus daripada Nokia Xpress Music 5800 (of course la kan, sepatutnya memang macam tu) Unfortunately aku tak sempat try function lain macam GPS ngan Wifi, tapi aku rasa korang tak kisah sangat pasal benda tu. Only nerds and geeks care about stuff like that, betul tak?
Nokia X6 ni ada camera 5 megapixel, ngan 2 bijik flash LED yang super terang. Also ada autofocus, maksudnya kalau nak snap picture tu, tekan button halfway and camera akan autofocus. Sesuailah kepada blogger yang suka buat live blogging, snap sana sini lepas tu terus post kat blog.
Lupa nak cakap. Aksesori dalam kotak dia.. Ada charger, USB cable ngan mini-headphones instead of earphone. Selain tu, ni aku rasa the best part la. Siapa yang beli Nokia X6 original set ni (aku tak taulah pasal set2 lain) akan dapat software Nokia Ovi. Dengan software ni boleh download lagu unlimited dan free secara legal kat music store dia selama setahun. Lepas setahun kena bayar la kan untuk subscription dia, tapi lagu yang korang dah download tu jadi korang punya lah. Jadi aku rasa this is not a bad deal terutamanya kepada penggemar barangan tulen ni. Lagu download free beb~ unlimited dan berkualiti lak tu.
Kekurangan? Kalau ikut harga Malaysia Rm1700, dapat 5 MP camera, 32GB storage, touch screen, Wifi, GPS, download lagu free selama setahun serta sebuah pemain music serba boleh, aku rasa dah cukup bagus dah. Harga pun ok, kira berbaloi dengan apa yang korang bayar. Cuma dari segi pertukaran daripada portrait view ke landscape view ada slow-slow sikit tapi itu minor la. Tak mengganggu fungsi dia langsung. Kalau siapa2 rasa ada duit terlebih atau memang nak tukar phone sekarang, aku rekemen try phone ni dulu. Mana tau berkenan ke nanti.
Sekian sahaja review kali ini =)

Comments
36 responses to “Nokia X6 Review”
mner dpt 32gb kt malaysia rm1700.
pegi tgok kedai la harga x6 rm2100
sape2 yg nak beli x6 baru zitron mmg original 32gb bleyh beli kat aku.
aku jual rm1600.jgn x caye.new set.bkn second
leyh kol aku 0133376562
aku beli X3..memang cun ! tapi hampeh…
X6 macam seronok.. tapi belum mampu…
.-= Cerita terbaru aboi.. Bila marah mesti sebut celaka..kenapa? =-.
teringin sangat nak beli, tapi tu la…kena cari duit banyak2 dulu…
.-= Cerita terbaru Meow.. Cikgu Badar – Jasa Seorang Cikgu =-.
Takpe bro, save je duit sket2. Lama-lama nanti dapatlah Nokia X6 ni
aku sekadar menggunakan nokia 3220.
sayang coz mak aku yg bagi hp ni
.-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.
Wah. Lama tu. Tapi bagus ah. Dah xbleh nuga phone tu baru tukar
Bestnye, dah lama tak beli henpon baru, huhuhuhu
.-= Cerita terbaru farenova.. Product Review – B.Liv by Cellnique =-.
Beli! Beli! Beli!
ohho kita pon baru beli henpon tp sony E la..
sebab nokia boikot kot. tp ramai je pakai nokia.
erm, sony yang mura, bukan yg latest.. mane ade duit nk beli yg latest waa..
ade kt belog saya :D
>> tp nti nak cube tgk nokia X6, sbb skng tgh usha henpon..
kalo sony sy nak yang Xperia @ aino @ Yari yeaah.. :D
.-= Cerita terbaru sha-na.szied.. Tahniah adik-adikku :D =-.
Erk. Dah beli phone pun nak usha phone lagi?
leh tahan mahal..fuhh…i gn SE jek..hehehe..xmmpu mahal2..tp cantik gilew..pergghh..tingin
.-= Cerita terbaru eiyda.. eiyDa:: Adakah anda si kembar Burung Biru Itu?:: =-.
Itulah. Memang cantikkan Nokia X6 ni? Kalo aku tak tukar phone dah lama beli ni dah
huhu…bulan 12 arituh dah jumpe iklan pasal x6 nih. tapi time tuh xkuar lagi. so da terbeli nokia 5800 plak. :p
.-= Cerita terbaru aidi-safuan.. What would happen to you if you are famous in youtube and was handpicked by Usher =-.
ok apa nokia 5800..
ah..?ok aku xtau software tu bleh gne d’load lagu and aku tggalkan software dan kotak tu dgn manual2 die sume kt umah..aaa~!!!!
.-= Cerita terbaru yuyu.. begum, aku reply ko.. =-.
Software boleh download internet. Then nanti suruh sape2 kat rumah SMS code untuk activation tu and dah boleh register and guna software tu.
..berapa puntya banyak and da..
ada nampak handphone ni dalam MV ke$ha LOL :D
sony vivaz
nampak cool je
huhu
xmo review?
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. memori buah katak puru =-.
Kalo dapat sebijik aku bleh review. Nak pegang, rasa and guna dulu baru boleh kuar review. Kalo tengok and baca kat internet macam tak ori jer review tu. Hehe~
lebih kurang sama dengan nokia 5800xm je..cuma skrin lebih besar n 12mp..tu je aku tau..yg len aku tak tau..sebab tak pernah usya dalam dy..hehe
.-= Cerita terbaru aizuddin.. Kenapa Mesti Tengok Drama Tv3 Dalil Cinta? =-.
Nampak macam menarik ni. Mesti lagi baik dari 5230.
.-= Cerita terbaru Dr House.. Jaga parkir haram kat Low Yat dan Imbi Plaza =-.
Confirm ah. Series dia pun lagi tinggi
kalau rm1700 SE blh dapat SE SATIO 12 megapixel… cun jugak!
baru je buat entry pasal hp semalam…
advetorial oh!! :D
.-= Cerita terbaru Syazleen Ismail.. Tips untuk mengurangkan hasad dengki =-.
Erk. Mana tau ni advertorial?
great review. tetibe terasa nak guna nokia wlpn saya peminat sony ericcson ;)
erk..baru je tukar phone..tunggu lagi 5-6 tahun baru nk beli phone lain..
.-= Cerita terbaru iyllienaz.. aku jadi mangsa keadaan.. =-.
nice
mahal jugak harga dia ye? last tepon nokia aku pakai 3230. pastu sampai skang pakai sony ericsson je. skang ni rasa nak pakai nokia balik. hehe
.-= Cerita terbaru zaiMi.. Popularkah Aku? =-.
hehehe~
aku belum mampu lagi~
hehehe~
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bila Cinta Alisia Beralih Arah, Mungkinkah Danish Aryan Bakal Merebut Kasih Sara Liona Walaupun Hakikatnya Dia Mangsa Pencabulan Serakah? =-.
huhu, tak berani guna hp mahal.. ~selalu cuai~
.-= Cerita terbaru nursarah.. I will promise you…. =-.
tak sure dengan X6, tapi Nokia 5800 punya touch screen ada lagging sikit….itu je rasanya flaw..lain ok. pastu nokia ni memang user friendly. interface senang paham..ehehe
.-= Cerita terbaru FTN.. Antara Sebab Kenapa Aku Tak Sempat Update Blog =-.
interface dia pada ak off..dari dulu sampai ke teknologi touch screen, camtu je.. ak rasa masalah biasa pada phone nokia ialah sampai satu masa dia akan ada tempoh hang..benda yang ak x suka dengan nokia
p/s:sedang menunggu epal separuh dari M, lambat betul dorang ni hantar. kata seminggu je..huhu
nokia mmg best ah.
tp x suke sgt touch screen
innz lsk :p
wa.. boleh beli lappy sebijik atau wat pc 1 nieh… hehe
.-= Cerita terbaru Zul.. SepakuHosting Bakal Ditutup? =-.