Musim Beli Gadget Murah

Reading Time: 2 minutes

Hari tu dapat beli Samsung Galaxy S3 dengan harga RM1500. Pemilik asal beli pada harga RM1999 dari kedai Samsung 32 hari sebelum membuat keputusan untuk menjual Samsung Galaxy S3 tersebut untuk bertukar kepada Samsung Galaxy Note 2.

Tadi baru je beli iPad 3 WiFi + 4G pada harga yang sama, RM1500. iPad ni dibeli pada penghujung Jun pada harga RM1899 (belum kira cover RM80 dan screen protector).Untitled

Bukan nak cakap kaya sebab orang kaya beli brand new je terus masa gadget-gadget ni keluar tapi tak semestinya kita kena beli pada harga tersebut. Tunggu 2-3 bulan dan akan ada gadget-gadget ni dijual pada harga diskaun. Benda macam ni kan berhantu sikit, kadang-kadang orang beli tapi tak tau nak guna untuk apa.

Kebetulan tahun ni banyak gadget keluar. Kalau Samsung tu, tau-tau jelah Note dan Galaxy S mereka akan keluar baru setiap tahun. Memang kalau salah satu keluar baru, versi sebelumnya akan jatuh harga sebab kedua-dua jenis ni lebih kurang sama je fungsinya.

iPad 3 pulak jatuh harga sebab tiba-tiba iPad 4 terpaksa dikeluarkan enam bulan lepas pelancaran iPad 3 dulu. Kalau beli lambat sikit lagi nanti (lepas iPad Mini keluar), memang susah nak cari orang jual iPad 3 second hand dah sebab harga jatuh rendah sangat sampai orang tak rasa berbaloi untuk jual.

iPad Mini? tak berminat. Perlukan sesuatu yang ada skrin besar.

So inilah dia current market price untuk Samsung Galaxy S3 dan iPad 3 second hand. Kalau dapat harga lagi murah daripada ni (gadget mestilah kurang daripada 6 bulan digunakan), anda memang hebat!


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Musim Beli Gadget Murah”

  1. TakSerius Avatar

    Fuh. Terbaek punya harga! :)

  2. Lawrence Vision Avatar

    Baru je dah jual iPhone 4 dengan member 1500 hehe..tapi masalahnya dia bayar half dulu, half lagi ntah bila la

  3. Sumijelly Avatar

    Kalu nk beli tiap kalu gadget baru kuar mmg x mampu..beli sekali jerla walaupun rasa nk beli sumer…hik3

  4. MeToYouInformation Avatar

    murah juga tu… ada duit boleh juga angkat…

  5. Pengayuh Gerek Avatar

    Untung la..hehe..x berpeluang lagi nak merasa gadget2 mahal tu..rezeki masing2 =)

  6. Hafizul Avatar

    Hehe..memang susah nak ikut perkembangan gadjet mcm ni..ditambah pula masalah kewangan tak pernah nak teratur..hehe…tak pernah jumpa lagi harga samsung 2nd murah lagi dari ariff ckp kan ni..mungkin terlepas pandang pun tak tau ler..hehe

  7. zharmin Avatar

    Salah satu cara untuk berjimat sambil pakai gadget baru. Sebelum beli gadget 2nd hand kena check bebetul kualiti gadget tu. Bandingkan juga dengan penjual yang lain. If harga yang ditawarkan terlalu murah berbanding dengan seller 2nd hand lain, sila jangan mudah terpedaya.

  8. Nizam Avatar

    Teknologi ni cepat berubah, beli yg kuar hari ni, ecok yang terbaru kuar dah. Papepun dah beli tu, gunakan semaksima mungkin. Alah membeli, menang memakai.

  9. cmratu Avatar

    belum bersedia nak naik taraf gadget sedia ada sebab tak pasti fungsi baru yang perlu digunakan, tapi utk tahun hadapan mungkin kena naik taraf juga.. rebet kerajaan tu tak tau bila boleh pakai.. hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ha’ah ye. Lupa pulak pasal rebet tu.

  10. Nurul Avatar

    Kawan Nurul macam Ariff jugak.. Beli Galaxy note harga RM800 jer.. tuan empunya baru pakai 8 bulan.. Murah gilaaaaa… siap bayar dua kali lg.. waaaaa.. menangis nurul bila dpt tahu..

  11. Ekspresi Ruang Avatar

    kalau sesiapa ada nak jual iMac lama (dlm 6 bulan umur) atas sebab nak tkr ke iMac br, sila bgtau saya ye. dh lama ngidam iMac yg seksi tu. nk beli iMac yg br launch tu, rsnya nk kena kawteam ngan bini dulu, minta share sket. lgpon dia yg byk nk pakai desktop nnt. saya? still ngan mba. hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Not sure about that. Benda besar macam iMac ni biasa orag jual after 1 year+

  12. Fazrol Avatar
    Fazrol

    Aku kalau beli gadget pun camni gak…
    Tapi skrg target ipad mini..
    Nak galaxy note 10, cam mahal lagi..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tapi note 10 skrin besar

  13. halif Avatar

    Ada kawan jual gajet2 tu dgn harga ‘kastam’. Tak pasti mana sumbernya. Tapi confirm bukan yang dari kes curi tu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau dapat yang daripada kes curi tu pun untung gak. hahah

      Not sure about barangan kastam. Hati-hati sikit.

  14. boni kacak Avatar

    tunggu ada rezeki lebih baru dapat nak berkira2 sambar salah satu gadget2 ni.hehehe

  15. hisham Avatar

    wah untung lah…
    htc one x yang saya guna sekarang dapat harga RM1200 jer… harga pasaran masa tu masih lagi RM18++. Warranty masih ada dan kelihatan seperti baru.

    baru-baru ni ada office mate nak jual iPad 3 + wifi only dengan harga RM900.00 berbaloi tak? dia jual sebab nak cari yang ada 3G @ 4G.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Murah. Sebab paling rendah yang saya pernah nampak adalah dalam linkungan RM1000-1200.

      Tanya bila dia beli. Tapi kalau setakat iPad 3, mungkin semuanya kebanyakannya kurang daripada 6 bulan lagi?

      Kalau semua ok & memang perlu iPad tu, beli jelah.

  16. fana164 Avatar

    Mana yg better? S3 atau iPhone 4S?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nak feature banyak dan harga hardware yang berbaloi, S3 better. Nak guna iOS, Apple better.

  17. NoktahHitam Avatar

    Sakan shopping na?

    Aku baru bagi iPad2 lame kt mak aku. Rasanya sbb jarang dah pakai. Lebih sedap kalau pakai laptop.

    Mule2 macam minat tgk iPad Mini, tp sebab tade retina display, terus cancel. Not going to fall for that !

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Initially memang nak iPad mini, tapi bila tengok balik price range dia (iPad Mini Wifi + 4G mesti around RM1300), jadi terus buat keputusan cari iPad 3 second hand

    2. Juan Avatar

      sama la ngan aku, bila lama lama pakai, aku lebih sukakan guna laptop lagi berbanding tablet nih

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Memang laptop lagi best. Tapi ada time memang tak terbawak laptop ni

  18. azriMy Avatar

    belum terpanggil untuk gunakan produk Apple, insyallah dalam beberapa bulan akan datang nak cuba pakai iPad pulak

  19. akubiomed Avatar

    Kalau ada keluaran model baharu gajet terdahulu akan jatuh harga.

  20. amirnawawi Avatar

    Gadget memang tak dapat nak ikut. Yang ni baru jer keluar, lepas tu keluar plak yang lain. Tapi harga benda cannih cepat jer jatuh.. Tunggu jer 2 3 bulan, mesti dpt beli dengan harga yang lagi murah

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Memang akan jatuh, tapi ada sebab kenapa kita target gadget yang digunakan kurang daripada 6 bulan. Biasanya bila baru beli, orang sayang gadget. Jatuh atas lantai dah macam gugur jantung. Tapi makin lama guna, makin tak reti jaga.

      6 bulan tu kira lama dah untuk orang bersikap cermat terhadap gadget yang diorang baru beli

      1. hatiputera Avatar

        6 bulan tu dah cukup lama bagi pencinta gadget..mesti diaorang trade-in untuk dapatkan gadget baru.

  21. aslam Avatar

    ada lagi tak samsung s3 tu. Nak beli yg warna merah la utk ‘awek’..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      rajin-rajin la cari kat forum Lowyat

      1. aslam Avatar

        apa pasal ada org jual 1400. june 2012. murah banget.

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Entah. Tapi memang jarang la nak jumpa harga macam tu.

  22. ProfHariz Avatar

    Rezeki hang ! Bukan mudah nak dapat macam tu punya harga~

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ada terjumpa iPad sama tapi harga RM1400. Lagi untung kalau siapa dapat tu

  23. faizalPj Avatar

    ada lagi tak ipad 3 yang tahu sapa nak jual

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Boleh cari kat forum Lowyat, thread garage sales