Ingat tak entry pasal mega sale dalam pasaran saham minggu lepas? Entri ini adalah kesinambungan untuk kaunter saham yang saya tunjukkan tempoh hari.
Apa yang saya buat bila kaunter dah untung?
Dalam Bursa Malaysia ni, trading target yang saya letakkan mestilah melebihi apa yang diberikan oleh ASB dalam setahun. ASB berikan dividen dalam 8-9% setahun kan? Jadi target minimum keuntungan saya ialah 9-10% untuk setiap kaunter.

Dalam hal Mudajaya yang saya tunjukkan minggu lepas, pada hari Isnin pasaran dibuka, kaunter tu jatuh lagi ke paras RM2.50 (paras terendah yang sama pernah dicapai pada bulan sebelumnya) dan terus naik sehingga ke paras tertinggi minggu ini iaitu RM2.80. Target kita telah tercapai pada paras RM2.80 dengan 12% keuntungan. Not bad dalam seminggu lebih dapat semula pulangan 12%.
Personally, untuk jangka masa yang lebih panjang, Mudajaya boleh mencecah RM3.00 seperti sebelum ini. Masih banyak lagi kontrak untuk projek MRT yang belum diagihkan jadi takde masalah sebenarnya untuk capai tahap RM3.00.
Apa yang saya lakukan biasanya adalah menjual separuh daripada pegangan dalam Mudajaya buat masa ini dengan harapan separuh lagi tadi akan naik dan memberikan saya keuntungan yang lebih banyak. Duit tadi boleh dilaburkan ke dalam kaunter lain yang masih dalam fasa mega sale.

Comments
33 responses to “Mudajaya 12%”
macam mana pula potensi saham Felda tu?…
investment analysis has been one of the toughest subject for me. too bad, huh? but i believe if you have got the guts, why not right? pay me a visit at my blog k, ariff
Bila orang bercerita pasal saham jer, aku sekadar dngr dan perhati..Nak menyampuk tak pandai..hehe..
Aku memang berminat main saham ne,tapi ilmu dan pengalaman memang zero lagi,selalu nampak uncle n auntie cina jer yang selalu beli saham ..
Assalamualaikum..org kg lagi tak faham tentang saham ni..tapi minat juga klu ada sifu boleh tlg tunjukan mcm Tuan Arif ni..
kalau pandai main memang untung
Pernah try forex dulu
Tapi rugi byk
Teros taubat
Kalau tak tau, jangan buat. Cari ilmu dulu
fuh sng2 je dpt. mmg easy money. yg penting kena ada ilmu dan keberanian je.
And pengalaman. Ilmu je memang tak cukup. Kena ada hands on experience
btol. lupa plak. tu sbnrnya yg plg penting
Salam.. Tuan Ariff,
Mudajaya ni join projek apa lagi selain daripada kontrak untuk projek MRT??
Tentu ada projek besar-besarkan.. Kalau tak tuan Ariff tentu tak berani nak melaburkan wang dekat Mudajaya..
Sekarang ni projek utama diorang adalah berkaitan MRT. Projek lain adalah seperti pembinaan stesen janakuasa dan lain-lain projek pembinaan
kalau pnadai main saham ni memang boleh jadi kaya,, tak kirala ekonomi down ke tak down, ke kalau kena gayanya still boleh buat untung..dengar ipo gas malaysia over subscribed sampai 21.4%.. pergh naik kencang ni
haha… ni kalau ade tutorial cara main saham nie mesti best…
serius saya x faham pasal saham ni, nak juga belajar, tp xda resource untuk faham step by step, ariff ada cadangan x
pergh mantop la der untung 12% seminggu huhu..
Sara tak pandai sangat saham n tak berani nak main pun. Setakat ni berani main unit trust jer. :)
Tahniah. Rezeki melipat.
Blom ada keberanian untuk mencebur diri dalam saham.
menarik gak fasal saham mudahjaya ni…inbox email sy minat nk tahu lbh lanjut..tq.
fuuhh.. nk kne stdy psal saham ni.. sbb tk paham ape2.. tp bce mcm seronok.
Jupiter charge utk jual beli berapa erk? Aku rasa maybank mahal le.. Hohooo..
Jupiter 0.1% atau minimum RM10
wah! aku langsung tak paham pasal saham nih..hehe. tgk graf dia pun aku hanya ternampak graf visitor untuk blog..haha
Hoho.. semoga mendapat banyak untung tahun!
Salam.. Tuan Ariff,
Macamana nak mohon saham mudajaya ni?? Nampak menarik dia punya keuntungan tu..
Wahhhhhh.. Ada yang akan open table malam minggu ni.. hak hak hak
Kita ni ikan kecil je..
Takpe, lambat laun akan membesar.
bro Ariff ada berapa banyak unit saham untuk Mudajaya ye?
yang ni rahsia :P
hehe rahsia tetap rahsia.. bahaya klu dedahkn ni..hehe :P
kalau dedahkan kat email aku oke kan?huhu
klu dedahkan kt email aku oke la an..huhu!