Dapat panggilan daripada pihak bank siang tadi. Ini adalah sedikit sebanyak perbualan saya dengan pegawai bank tersebut:
Cik F: En. Ariff nak masukkan sekali tak MRTA dalam loan ni?
– Berapa kos untuk MRTA tu ye?
Cik F: MRTA ni murah je. Untuk En. Ariff sebab muda lagi boleh dapat dalam RM1k+ Saya boleh masukkan dalam loan encik sekali kalau nak. Jadi nanti tak payahlah bayar apa-apa.
– I see. In that case, I’ll think about it first lah. Tomorrow kita jumpa saya bagitau macam mana.
Jadi langkah seterusnya adalah menghubungi mentor untuk mendapatkan pendapat tentang hal ini. Part awek bank yang belum kawin tu tak dimention. Karang tak pasal-pasal dia mintak nombor awek tadi.
Daripada penjelasan AE, ini point-point yang penting tentang MRTA:
- Untuk golongan muda remaja macam saya, premium untuk MRTA ni rendah. Jadi digalakkanlah untuk ambil.
- Kepada yang tak tahu, basically MRTA ni akan mensetelkan hutang pinjaman perumahan sekiranya saya tak panjang umur. Jadi waris nanti dapatlah rumah free. Ini basic explanation je la, ada macam-macam lagi syarat dia.
- Kalau tak ambil pun takpe, tapi sebab kita tak tau bila kita akan ‘pergi’, digalakkan untuk ambil.
Sampai rumah dapatlah buat research sikit-sikit. Ada produk lain yang sama fungsi seperti MRTA, tapi lebih menguntungkan iaitu MLTA/MLTT. Also boleh baca apa yang AE dah tulis pasal MRTA ni.
Personally, saya rasa untuk investment (terutamanya hartanah yang digunakan untuk rental yield), tak perlu sebab biasanya property macam ni akan ‘dibayar’ oleh penyewa. Jadi regardless pemilik hartanah tu hidup lagi atau tidak, selagi ianya dapat disewakan maka persoalan samada boleh bayar installment property tersebut ataupun tidak tak akan menjadi wujud.
P/s: Sebarang permintaan nombor telefon Cik F tidak akan dilayan.

Comments
18 responses to “MRTA – Nak ambil ke tak?”
mrta langsung tak tau apa-apa..macam insurans ke bro??hehe..sory ler betul2 tak tau,..
aku tak mahu tau tentang mrta tu. nak nombor telefon cik F tu aje. boleh?
Ilmu yang bermanfaat.
bagus juga perkongsian sebegini, sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan kepada mereka yang nak buat loan rumah
ada bank yg kadar interest berbeza untuk package with or without MRTA.. hati hati
Ketika saya beli rumah dahulu memang ada MRTA. Seelok-eloknya jangan masuk ke dalam loan bayar asing.
Ha’ah ye. Kalau masuk dalam loan, memang bank buat lagi banyak interest. Baru teringat pasal tu
Otai juga berkata-kalau MRTA/MRTT masuk dalam loan dan jumlah byrn sewa kita masih BANYAK lebih selepas tolak hutang. Why not kan? hehehe
f = fatin liyana ke? fuh,mengigil AE dengar tu
bro, kalau amik MRTA.. kita dah setel bayar semua duit rumah, then masih panjang umur. MRTA tu dipulangkan ke atau tak? or is it macam insurans?
Ikut yang aku baca kat link bawah tu, MRTA tak pulang. Burn itu macam je
Pembayaran MRTA tidak dikembalikan.
kalau cmtu, utk yg nk beli properties utk disewa, xperlu la nk ambil. unless kalau ambil loan nak beli rumah dok sendiri.
woahhhh… perlahan-lahan blog ni cam nak jadi blog hartanah cam blog AE… btw still menarik sebab cara penyampaian bro yang santai… thumbs up!
nama pun personal blog, jadi content lebih bebas dan berkaitan dengan apa yang aku buat currently la. hehe..
agak2nya lps ni kalau dh nak kawin, nk update psl tunang atau gf cm BroFramestone x nnt? huhu
hahahhaha. AE pasti nak nombor cik F tu..hahahha
dh siap warning permintaan tu xkn dilayan. pandai btol Ariff. hehe