Disebabkan keadaan pengangkutan awam di negara kita yang sangat menyedihkan, semua rakyat Malaysia nak tak nak terpaksa memiliki kenderaan sendiri, paling cikai pun adalah kapcai untuk ke mana-mana. 2020 akan tiba 8 tahun lagi, tapi public transport masih tak menyeluruh dan tak efisyen. Apa yang kerajaan kita buat selama ni?
Mungkin disebabkan Malaysia tak pernah berperang yang menyebabkan sistem pengangkutan kita teruk. Pergilah mana-mana negara yang pernah berperang dengan negara lain dan anda akan nampak betapa menyeluruh dan lengkapnya sistem pengangkutan mereka. Yelah kan, kalau sistem pengangkutan awam teruk, susah la nak mobilize askar ke sesuatu tempat. Kat Moscow, Kremlin tu pun ada stesen metro tersendiri untuk kegunaan presiden ketika kecemasan.
Katakan saya mampu untuk memiliki salah satu, apakah pilihan terbaik buat saya? Motosikal atau kereta? Jom bantu saya decide.
Kereta

Kelebihan:
- Selamat daripada bahaya persekitaran ketika memandu. Kalau eksiden pun, ada macam-macam sistem keselamatan
- Tak basah ketika hujan
- Selesa
- Boleh bawa penumpang (parents, adik beradik, awek)
Kekurangan:
- Banyak masa terbazir kalau terperangkan dalam kesesakan lalu lintas
- Kos minyak yang lebih mahal
- Kos maintenance yang lebih mahal
- Installment/harga lebih mahal
- Kena bayar tol
- Susah cari parking
- Parking kena bayar
Motosikal

Kelebihan:
- Kos minyak murah
- Maintenance murah
- Harga/installment murah
- Tak payah bayar tol
- Senang cari parking
- Parking kadang-kadang tak kena bayar
- Tak sangkut time traffic jam
- Cost/time effective
- Kalau bawak awek, mandatori kena peluk sebagai langkah-langkah keselamatan. Ni dalam ceramah KPP ada cerita. Bukan dibuat-buat.
Kekurangan:
- Hujan – boleh settle kalau dah standby dengan baju hujan
- Bahaya – semua benda ada risiko. Sebagai manusia, kena pandai manage risk
- Boleh bawa sorang penumpang je
- Senang kena curi kalau tak kena gayanya
Sebenarnya, inilah pilihan saya sekarang. Low cost. Nak bawak pergi balik kerja je.. Tak kisah sangat faktor lain.
Superbike

Kelebihan:
- Vrrroommmm vrrrooommm vrrroommmmm.. orang dengar pun semua stop dulu nak tengok
- Lebih selamat berbanding kapcai
- Lebih laju
- Awek tengok pun teruja nak naik sekali
- Menggalakkan supaya penunggangnya jaga badan. Kalau perut boroi, tak boleh bawak. Serius.
Kekurangan:
- Harga, installment, maintenance & minyak sama macam kereta
- Kena dress up macam Kamen Rider demi keselamatan diri
- Aksesori mahal
Ni long term punya plan atau silap-silap dalam masa tiga tahun terus upgrade ke superbike. hoho.. Trend sekarang makin banyak yang guna superbike ni sebab traffic jam teruk sangat.

Comments
31 responses to “Motosikal Atau Kereta?”
Hye there..
pekate u bawak moto..
I dulu stay kat penang. traffic ok aje. memang berkereta kemana-mana. tahun lpas. kawin dgn org dari kl (actually dari german tapi dah bertahun di KL)
agak tension dgn kondisi trafik kat kl ni. belum lagi public transport. penuh pati n byk buang masa.malas nk drive kdg2 naik teksi.rimas. so tak penah2nye bwk moto, blaja lah. dipendekkan cerita. now I ada lesen Bfull n cik kawasaki versys650.
n now slalu guna moto rather than drive my car.
bagi i la kan, moto sgt praktikal. kalau nk kedai runcit, bawak fz150cc. kalau nk g shopping ke apa, bawak superbike. pasang side boxes and top box. balik kampung pun ber superbike. tapi kan kalau dah ada boxes,susah sket lah nk celah2 traffic jammed. nak harung jem berjela-jela, berkilo-kilometrico setiap hari better pakai moto biasa. kang berpeluh kaki dek panas enjin.
I suggest kat u, beli kereta compact. mcm viva or myvi.fuel consumption n maintenance tak byk sgt kot? i guna neo so lbh kurang kot.tak banyk lari.
nk cakap psl kereta2 ni kureng sket. so i nk ‘lobby’ bab moto ni.
kalau nk beli moto / superbike, teruskan.. kelebihan pun banyak. pasang boxes n boleh letak bag, kasut, baju hujan or bekal sarapan,lunch.kalau hujan, amik baju hujan n simpan beg, hp dalam box, teruskan perjalanan hidup mu. n moto pun u suka jenis mcmana,racing bike ke, jenis tonggek ke, (kangkang)santai or sports etc. kalau nk daily use tak sesuai kot racing. lenguh.
maintenance pun boleh tahan lah utk superbike ni. belum lagi nk beli protection gears.simple2 pun kena ada fullface helmet, gloves and armor jacket. haruslah pakai jaket, tapi bila dah pakai jaket, peluh tau.. kalau tak kesah berpeluh dan berbau, ok lah.
hurm byk lak type.lenguh dah. senang cite. pe kata u try bawak superbike moto (i suggest fz150) n feel the difference (mcm iklan lak)
Moto memang menjimatkan En.Arif, tapi saya sekarang takut dah nak bawa moto, pasai kalau accident, memang teruk, kalau kete terjamin sikit
nampak macam selalu gerak area KL kan?nak senang gerak,moto je la.dah ada family nnt baru pikir kereta. ;p
Ikut kemampuan bro. Jgn sebab terikut2 org.
superbike je terus..haha..tapi kena ada dua2 la..motor dan kereta..
moto je ariff.. hampir semua kos murah pakai moto. kalau pakai kereta, sakit skit ar.. kena ar tunggu gaji betul2 dah sedap, baru pakai kereta
ntah, saya walaupun pi keje asik jem tetap naik kereta, hehe, untuk elak jem pastikan kita balik lebih awal atau balik lebih lewat untuk elak jem, itu sahaja, hehe
kalau yang perut boroi tu sesuai harley davidson.. hee.. tapi bagi aku, aku pilih kereta.. kalau yg bujang dan asyik pergi tempat yg dekat2 je, motor lebih sesuai.. senang..
Saya sudah bebelas tahun mengunakan motorsikal ke tempat kerja yang sejauh 55km sehala. Biarlah orang lain hendak kata apa. :-)
sekarang kan musim basikal naik basikal je la nmpaknya =)
Untuk kereta pertama dengan duit gaji sendiri, 2nd hand je.. duit lebih tu boleh simpan untuk kereta kedua atau kumpul bayar muka rumah 10%.
Aku pompuan. Tapi hati besow..nak motor superbike. Kalau aku, aku pilih motor jer. Tapi bro kena pk, bro ni selalu outstation ker tak. Selalu jalan jauh2 ker tak? Kalau perjalanan setiap hari memakan masa sejam, pakai motor. Kalau dua jam, pakai motor. Kalau dua jam lebih, pakai superbike atau kereta. Tengok cuaca kat Malaysia ni. Hujung2 tahun, baru jadi hujan lebat Katrina. Dan bro kena pk jugak, bila bro nak start ada family (lau jodoh awal), baik beli kete terus. Anak2 nak campak mana? HAHAHA. Senang2, beli smart car. Kecik, save minyak…traffic? Alah, tu biasa. Bro duduk area mana? Agak saya bro ni tinggal kat area Selangor/KL. Peluang kerja mmg dah sah dah banyak. So, nak pakai motor pon okey jah. Lau bro nak ada famili sendiri cepat dalam jangka masa tiga tahun ni….baik beli kereta lah senang. Semuanya bergantung pada bro… lagi jauh dan lama nak travel, pakai kereta. Lagi jauh dan x lama nak travel, superbike. Lagi dekat dan sekejap, motor sudah.
like u comment…
angkat superbike je bro..!! baru leh angkut AE.. eh silap, angkut awek.. kui3
abang aku kan, dia ada superbike tapi awek dia sorang je, hahahaa
ko tak penah try ke superbike dia?
Kalau single, bersoarangan, motor dah cukup, lagipun untuk pergi sesetengah tempat boleh je guna pengankutan awam, jadi motor senang nak letak mana-mana, pastikan selamat jelah.
Kalau berniaga, walaupun tiada anak lagi, kalau mampu memang patut dapatkan kereta lah, lebih selesa.
motor aje dulu. lebih murah, lebih mudah.
Kalau tempat kerja accessible dengan public transport, naik public dan simpan duit. rapidkl (lrt) is not that bad, and ktm is getting better to with new trains coming this june.
kalau tak, naik motor, install kotak givi kat belakang tuh, letak baju hujan dalam tuh. hahahaha
lrt no problem. for now, tempat aku memang takde lrt. coming soon.
and yes. itulah plan aku. letak monorack je.
ariff lelaki, naik motor memang sesuai bagi lelaki tapi kalau nak nampak hebat belilah motor yang hebat baru ada kepuasan dalam pemanduan…
ikut tujuan utama. nak elak trafik jam memang motor lah. tapi cuaca sekarang selalu je hujan, adik Sya yang guna motor pun, last2 beli kereta juga. huhu
masing-masing ada kelebihannya kan…
sekarang ni fokus nak elak daripada traffic jam je.. tak sanggup.
Boleh beli motor dahulu atas faktor efiensi untuk pergi ke sekitar kawasan Kuala Lumpur. Walaupun banyak kelemahan dan risiko apabila membeli motor, ia dapat membantu kita mengumpul duit untuk beli kereta yang lebih baik di masa akan datang.
Dalam masa sama, membantu meningkatkan peluang kita untuk membayar wang pendahuluan kereta dengan amaun yang lebih tinggi.
Semoga jawapan ini membantu. :)
Abangensem fobia naik motor..hik3…
kalau nak pakai lama atau dah nak kahwin, kereta lah. kalau nak hidup bujang lama lagi, motor. tapi i wish, satu hari nanti nak beli superbike. minat . leather jacket dah ada..tinggal motor je belum lagi. haha
honda cbr macam dlm gambar tu still cheaper than most car that people with stable career bawak.
tak susah pun nak bawak sebenarnya…
kereta:ambil persona.byk advantages banding dgn myvi.advantage lain sama mcm dkt atas.
motosikal:ambil yamaha fz150.laju and bergaya jgkla..kalau ada bajet lebih,angkat je honda cbr1100 or trend sekarang ducati monster.
fz150 macam tak sesuai utk daily use sebab takleh letak monorack.
cbr600 sudah. powerful sangat banyak pulak pulak bajet yang perlu
Aku zaman bujang, memang motorsikal menjadi pilihan, waktu tu tak mampu pakai superbike, so amek 150cc jer. Sebab kalau yang cc rendah lagi, macam tak cukup laju jer nak bawa aku ni.
Sejak dah kahwin, banyak menggunakan kereta daripada motorsikal, tapi sebab minat masih mendalam, mungkin akan upgrade jadi superbike gak bila berkemampuan nanti. Selamat memilih bro