Motivasi Yang Betul Diperlukan Untuk Berjaya

Reading Time: 2 minutes
Sedang cuba menghabiskan pembacaan buku ini. Kisah penulis ini juga boleh dijadikan motivasi untuk berjaya

Baru-baru ini saya menerima sebuah projek yang agak berlainan dan mampu memberikan impak yang besar kepada saya dalam jangka masa yang panjang. Pada awalnya saya ragu-ragu untuk menerima projek ini kerana khuatir tidak dapat menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan. Walaupun bayaran dan apa yang saya akan dapat daripadanya adalah agak signifikan, tetapi kedua-dua faktor ini tidak cukup kuat untuk saya membuat keputusan menerima tawaran projek tersebut pada masa itu.

Atas dorongan daripada seorang rakan, akhirnya saya menerima tawaran tersebut. Apa yang dilakukannya hanyalah dengan memberikan saya ‘the bigger picture’ tentang kesan sekiranya saya menerima projek tersebut dan berjaya menyiapkannya. Secara asasnya, dengan menerima projek tersebut saya akan dapat membantu orang lain untuk menimba ilmu. Terima kasih kepada rakan tersebut kerana membuka mata saya. Sesungguhnya sebab ini adalah lebih besar nilainya daripada wang dan ganjaran yang saya akan dapat melalui projek ini.

Sebab ini telah saya jadikan motivasi untuk menerima projek tersebut. Kadangkala, wang atau sesuatu yang bersifat materialistik sebenarnya bukanlah motivasi yang cukup kuat untuk kita lakukan sesuatu. Hal ini samalah juga dalam penulisan blog. Biasanya mereka yang membuat blog dengan sebab ingin menjana pendapatan daripada iklan tidak akan berjaya kerana motivasi yang mereka gunakan tidak cukup kuat untuk membuatkan mereka bertahan di dalam industri ini.

Kadangkala, apa yang kita lakukan tidak berjaya kerana motivasi dan matlamat kita untuk mencapai kejayaan tersebut adalah salah, tidak realistik atau tidak cukup bernilai buat kita untuk kita berusaha keras dalam menjayakannya. Analyze, reflect dan betulkan niat untuk menjayakan apa yang sedang anda usahakan.

Mohon perjalanan saya untuk menyiapkan projek ini berjalan lancar. Amin.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Motivasi Yang Betul Diperlukan Untuk Berjaya”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    projek apa?
    tulis buku ke?
    royalti byk kalau dpt tulis buku yg dpt sambutan hangat.
    apatah lg royalti tu sampai bila2 selagi diulang cetak dan dibeli

  2. nabel Avatar

    buku ni boleh dapat di mana-mana kedai buku ke? mana beli ni?

  3. adillaharun Avatar

    Bagus…menolong diri sambil menolong orang lain. Itu juga sudah dikatakan ‘passion’. Jadi mudah-mudahan berjaya atas usaha yang bakal dilakukan!

  4. Adi Hanif Avatar

    Sangat-sangat menarik buku ini..rugi sapa tak beli..

    Property investor WAJIB beli buku ni..

  5. Nurul Avatar

    Good luck Arif..

  6. Sya Isya Avatar

    tertanya-tanya juga apa projek tu. tapi xpelah, tunggu Ariff siapkan projek tu, nanti direvealkan. :D Good luck ya, Ariff.

  7. noorsyamsul Avatar

    semoga berjaya bro. usaha tangga kejayaan…

  8. jedi Avatar

    good luck bro…

  9. shraqs Avatar

    Motivasi setiap orang berbeza dan depends pada apa yang dilakukan, yang membezakan hanyalah apa projek yang dibuat.. :) IMHO

  10. SukaShare Avatar

    Kadang-kadang memang hidup kita memerlukan motivasi bagi meneruskan hidup. Rasanya motivasi tu ibarat makanan jiwa. Tak cukup makan, susah nak gerak =)

  11. Zarul Umbrella Avatar

    apakah projeknya tu bro

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hehe. Tak lama lagi akan diketahui

  12. boni Avatar

    betul jugak tu..niat tu yang penting dalam apa pun yang kita lakukan..barulah akan nampak hasilnya

  13. Lawrence Vision Avatar

    Semoga berjaya ariff. Kongsikan di sini perkembangannya

  14. azmanisma Avatar

    Nanti kongsi apa projek tu…kalau dah minat tak jadi masallah..teruskan!

  15. Denaihati Avatar

    Bila wang ringgit menjadi motivasi paling utama berapa banyak wanag yang dikatakan banyak? Manusi tidak pernah puas dengan wang dan semakin banyak wang bukan tiket untuk menjadi bahagia dan sihat.

    Motivasi yang paling baik adalah ALLAH SWT. Kerana apabila kita jadi ALLAH SWT sebagai motivasi utama pasti wang, kesihatan dan kebahagian akan kita dapat.

  16. hatiputera Avatar

    apa projek tu bro ariff,,,semoga sukses dan terus bersemangat…

  17. Anarm Avatar

    semoga projek berjalan lancar dan berjaya disiapkan.

  18. Bro Framestone Avatar

    moga yang terbaik buat mu….

  19. Shafina Bazilah Avatar

    Good luck, Bro Ariff! Semoga urusan menyiapkan projek itu berjalan dengan lancar :)

  20. akubiomed Avatar

    Apa yang diutarakan oleh bro betul. Kalau sudah passionate dengan sesuatu perkara duit dan kepenatan bukanlah ukuran. Macam semalam saya, bro dan beberapa rakan blogger berada di pembukaan MX World jalan Ipoh.

    Bagi saya yang meminati jentera 2 roda rasa bebesar hati dapat melihat jentera tersebut secara dekat dan menyelami perasaan pemilik kedai bersungguh-sungguh untuk berkongsi penatlah kejayaan mereka daripada bawah. Saya melihat motivasi bukan sekadar menghadiri seminar atau melalui pembacaan tetapi inspirasi daripada kejayaan orang yang berada disekeliling akan ‘makes me a postive person’.

    Untuk event semalan saya tidak kisah berpeluh kerana berkorban untuk perkara yang minat.

  21. hackerkini Avatar

    Projek apa tu?? Hehe…nice sharing…thanx :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Dah siap nanti kita reveal

  22. azriMy Avatar

    semoga segalanya baik-baik saja k..