Moscow Metro Kena Bom

Reading Time: 2 minutes

Pagi tadi ada dua station Metro kena bom. Katanya ada pengebom berani mati yang buat. Seram weh~ Ada kawan aku budak medik sangkut kat area tu. Bayangkan la pagi punya morning rush, lepas tu ada pengeboman macam ni. Memang havoc la kat sini. Dengar cerita ada 30+ yang mati. Harap-harap takdelah orang Malaysia Dilaporkan 2 pelajar Malaysia tercedera di tempat kejadian dan sedang dirawat di hospital.

Atas tu peta sation Metro kat Moscow ni. Yang dua petak merah adalah di mana kejadian letupan tu berlaku. Baru malam tadi aku lalu station Lubyanka tu.. ish. Yang anak panah ungu (Shchukinskaya) tu tempat aku turun kalau nak gi uni. Atas sket ada Planernaya, tu area hostel aku.

Bila dah berlaku kejadian macam ni, habis la satu battalion tentera dia deploy dalam Moscow ni. Lepas tu foreigners akan mula dibenci, macam biasa. Tak cukup dengan kebencian yang sedia ada, bertambah-tambah lagi la lepas ni. Ya, orang Russia ni memang prejudis terhadap orang asing.
Kat Malaysia sampaikan orang luar berani nak rompak rumah sana sini, sebab kita bagi muka sangat kat orang asing yang masuk ke negara kita. Polis pun rasanya tak kisah sangat kalau orang-orang asing ni ada passport/visa ke tak. Tak pernah dalam hidup aku nampak polis kat Malaysia pergi check visa/passport orang asing ni. Yang dia sibuk, kejar mat rempit dan.. entah.. Cuba cerita sikit apa kerja kau orang tiap-tiap hari. Kat sini kalau naik metro malam-malam, akan ada paling kurang 3 orang polis jaga station tu dan ya, memang diorang ronda-ronda sekeliling station tu dan tak duduk dalam ofis.

Saksi: Semua start semasa saya naik train di stesen Biblioteka Lenina. Ada pengumuman perjalanan ditunda bla bla bla
(aku tak dapat tangkap apa mamat tu cakap, vocab masih limited :P). Lepas tu sampai stesen Kropotkinskaya, stop selama 10 minit dan continue jalan. Sebelum sampai stesen Park Kulturi stop lagi 5 minit. Sampai station Park Kulturi, turun dan jalan keluar dari station. Train tadi bergerak. Tiba-tiba dua wagon terakhir meletup. Saya terasa gegaran kuat.
Reporter: Masa tu train dah berhenti ke belum?
Saksi: Masa tu train dah berhenti. Dah tak nampak apa-apa sebab debu dan terdengar orang ramai menjerit ketakutan.


Posted

in

by

Comments

45 responses to “Moscow Metro Kena Bom”

  1. nOj Avatar

    ariff, aku baru je baca paper arini pasal mende ni. terus teringatkn ko. hopefully ko ok. cpt2 la abes study. blk msia. risau plak aku neh. (tetiba je). jaga diri bebaik eh wahai anak rantau
    .-= Cerita terbaru nOj.. kurang ajar punye burung, aku jumpe ko tau la ape nasib =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks sebab teringat pasal aku. hehe~
      Takpe2. Rasanya sume ok dah

  2. Mohd Shahrul Hafizi Avatar

    Ko ok?
    .-= Cerita terbaru Mohd Shahrul Hafizi.. Sarapan ala-atlet. Jimat dan berkhasiat. =-.

  3. meera Avatar

    ariff…take care…jaga awek2 malaysia kat sane…
    .-= Cerita terbaru meera.. kenape tak de KFD ek?? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      OK =)
      mereka akan dijaga dengan baik. hehe~

  4. eiman Avatar

    wahhh.. bahaya nih.. balik mesia la ariff.. hehe (alasan2)
    .-= Cerita terbaru eiman.. Ekslusif : Shahir AF8 Bekas Penyanyi Saujana? =-.

  5. admin Avatar

    fuhhh.. dahsyat tul la.. pasni kena berjaga2 la nampaknya nih.. bahaya2..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Memang pun. Budak perempuan yang pakai tudung la kena jaga-jaga sebab keluar berita pengebom tu 2 orang perempuan yang pakai tudung..
      Entah la. Memang nak memburukkan Islam dan menyusahkan hidup orang Malaysia kat sini

  6. […] Petikan dari ariffshah.com […]

  7. Anwar Yassin Avatar

    Semoga semua pelajar Malaysia yang berada di Russia selamat. Cuma kalau kita tgk dari satu aspek lain, ada perkara yang lebih menggerunkan.

    Apabila kejadian letupan di Moscow berlaku, AP dan sekutu-sekutu di barat tanpa berselindung mengatakan bahawa kemungkinan besar pengeboman ini dilakukan oleh pejuang kemerdekaan Chechen dan propaganda mereka yang terbaru adalah “Wanita diperkotak-katikkan oleh pejuang chechen untuk menjadi pengebom berani mati.”

    Mungkin di Malaysia kita tak rasa benda ni. Tapi dengan satu kejadian ni sahaja, seluruh dua barat kembali dengan sentimen bahawa “Pengganas itu adalah Muslim”.

    Saya tidak pasti konsekuensi sebenar akibat daripada pengeboman ini, akan tetapi ada kebarangkalian yang Rusia tidak akan berdiam diri dan menghentam Chechen habis-habisan.

    Kita tidak tahu siapa sebenarnya dua pengebom berani mati tu, tapi angin propaganda telah melanda barat.

    Moga Allah pelihara semua umat Islam dari fitnah Kuffar.
    .-= Cerita terbaru Anwar Yassin.. Kita Kembali Kepada Asas Affiliate =-.

  8. KNizam Avatar

    alhamdulillah ko ngan msias selamat. mcm ni la aku rasa hampir setiap hari kat bumi pakistan ni. setiap kali solat jumaat paling saspens. apa2 sahaja boleh berlaku.
    .-= Cerita terbaru KNizam.. Dried Fruits Balochistan at Aabpara Mkt =-.

  9. Lord Zara Avatar

    aku tengok berita dengan sangat bersungguh2 tadi~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Legasi Cinta Alisia : Bab 8 Boleh Dilayari Sekarang. Halaman Peminat Dan Kumpulan Pembaca LCA. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha~ Ko tercari-cari mana tau ada aku kan.

  10. fana164 Avatar

    Uish memang seram..
    malang ada di mana sahaja..
    Kdg2 kalau behati2 pun kalau nak kena, kena gak
    moga dilindungi Allah hendaknya
    .-= Cerita terbaru fana164.. ~Sesungguhnya Rumah Adalah Tempat Paling Indah Di Dunia~ =-.

  11. JAI Avatar

    Wow..bahaya tuhh..update berita terkini wehh..jangan keluar rumah..maggie ada tak? Nak gua postkan kerr..hehe..apa-apa hal jaga diri wehhh
    .-= Cerita terbaru JAI.. DIGI PREPAID SO EASY TO BE FAMOUS "RUMBU" TARGET 1 JUTA HITS =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada2. Megi ada lagi. Banyak!
      Aku baru tulis entri baru siap ada ko punya link, tak publish lagi. Sekali ko datang sini pulak. haha~ Macam tau2 je

  12. Azizuan Avatar

    gila bahaya..union student kat sana tadak wat apa2 nak protect dak2 Malaysia? means after the bombing n racism etc..kowt2 nanti ada y buta2 kena gari..
    .-= Cerita terbaru Azizuan.. Contest Magnolia : Makan Aiskrim dan Menang RM 400,000 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm. Takdelah sampai tak pasal2 kena gari. Kalau buat salah tu kena la. Sekarang ni ada pergerakan nak minta MARA tempatkan sorang pegawai jaga budak-budak under scholarship MARA kat Moskow ni. Harap dapat lah~

      1. feeza Avatar

        tadi pukul 9-10 pm tak silap, pegawai MARA kat jerman tu contact. dia tanya pasal student kat sini. rasa-rasanya baru nak sibuk-sibuk buat report. tu lah, awal-awal tak nak letak pegawai kat sini, biarkan sangat student terkontang-kanting. tiba-tiba je kena jadi orang tengah dengan dia tadi. haish.
        -.-
        .-= Cerita terbaru feeza.. I Wanna Be a Project Alpha TV Star =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Oo. Tak mintak naikkan scholar? haha~ Tak pasal-pasal je..

  13. aizuddin Avatar

    bahaya gila..nasib baik kat malaysia tak de orang main bom2..huhu
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. I Wanna Be a Project Alpha TV Star! =-.

  14. khairil Avatar

    harap xde la serangan kedua ke apa dah…takut bila dengar kes2 macam ni

  15. ejam Avatar

    semoga yg terlibat akan segera kembali sihat dan mampu meneruskan jihad mencari ilmu di negara org, kwn2 yg lain hati2 yer…
    .-= Cerita terbaru ejam.. Bermain dengan ekspresi wajah kanak-kanak =-.

  16. izzat Avatar

    harap kawan2 aku kat sane x de terlibat..
    macam mana ada pengemboman lak ni? Ada konflik ke kat sana sekarang?

    apa2 pun, jaga diri di perantauan.
    .-= Cerita terbaru izzat.. Evolusi KL Drift 2 (25 March 2010): Best Malaysian Made Action Movies of 2010? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Konflik tu takdelah sangat. Tak tau. Macam tiba-tiba je. Dengar cerita pengebom berani mati tu wanita.

  17. Wan Perlis Avatar

    metro tu apa sebenarnya ?
    sebab tu aku suka dok Malaysia sebab xda bom2 :)
    eh bilangan org yg tgk entri kita kat bg xda ka? pas down aritu terus xda
    .-= Cerita terbaru Wan Perlis.. WanPerlis – ini blog baru saya =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      metro a.k.a subway train macam putra lrt la. Cuma kat bandar besar macam ni, lagi panjang dan lagi banyak passenger boleh naik.

  18. Amir Avatar

    bahayanya arip. nasib ko xde kat tempat kejadian..
    .-= Cerita terbaru Amir.. (GAMBAR) Adelaide Festival 2010: Northern Lights =-.

  19. blogresipi Avatar

    salam ariff, confirm tak ada rakyat Malaysia terlibat? Alhamdulillah.
    .-= Cerita terbaru blogresipi.. Moist Blueberry Muffins =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Setakat ni ada 2 injured.

  20. joegrimjow Avatar

    kalau london kena
    xley bayang camne nak hadapi olimpik nanti
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. niagakit – sistem kedai online yang terbaik! =-.

  21. FTN Avatar

    aku pun baru nak tanya keadaan kat moscow..
    terbaca pasal kes bom tu..

    hopefully semuanya selamat.
    ada orang malaysia injurt ke? boleh translate 2 nama tu?
    .-= Cerita terbaru FTN.. Blogwalking Tak Salah, Tapi Pastikan Beradap Sedikit =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Chev Elaine
      Er Chi Kent

      budak medic memang lalu lalang station tu nak pergi hospital

  22. eiyda Avatar

    uish,…seram…jg diri wes…huhuhu
    .-= Cerita terbaru eiyda.. eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

  23. Lord Zara Avatar

    Ariff!
    Jaga diri kamu baik2 wei~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Rindukan Sang Kunang-Kunang Bermesra Bersama Si Rama-Rama =-.

  24. finalcross Avatar
    finalcross

    Polis kat Malaysia? huh. tido jek. tkdenye diorg nak kisah sgt pasal foreigner ni. yg diorg tau bab tahan org,menyaman,tu je yg diorg suke. Kita ni rkyt biase asik dok nk byr saman jek. menyampah aku. Eh,ter-emosi plak. hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Aku rasa macam tu gak. Sibuk nak buli rakyat. Orang asing buat hal, relax je.

  25. Azrul Avatar

    uikk…kena bom pulak?? kat mana2 pun rasa dah tak selamat sekarang ni…
    .-= Cerita terbaru Azrul.. Duduk bergelap tu jangan meraba-raba pulak…muehehe =-.

  26. MrRollies Avatar
    MrRollies

    huhu…
    bahaya betol T.T
    .-= Cerita terbaru MrRollies.. Facebook Alternatif Membangkitkan Isu Perkauman Dan Penghinaan? =-.

  27. aboi Avatar

    kawan aku cakap ada 2 orang malaysia..
    10. Чев Элайн, граждан. Малайзии, 23 года
    11. Ер Чи Кент, граждан. Малайзии, 23 года

    skang kat hospital imeni botkina…
    harap-harap diorang selamat…
    .-= Cerita terbaru aboi.. Aku dah Gila Bayang ! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Okeh. Thanks for the info!

    2. feeza Avatar

      Alhamdulillah, dah keluar hospital dah.
      tapi tadi baru keluar berita dari dekanat kteorang pulak, esok kelas macam biasa. sebab Moscow is safe. macam wtf la jugak bila dengar, sedangkan dorang tahu yang kiteorang punya hostel bersepah-sepah, dengan orang tinggal luar lagi. ni baru 3senior 6th year spartiv yang kena. kiteorang yang memang mainly bergerak dengan metro, yang perempuan ni, apa entah nasib esok.

      dekanat M1 memang kadang-kadang tak fikir pasal student. baru haritu 2 orang boys kena pukul dekat-dekat dengan hostel. ni pasal benda ni lagi, sampai hati gila dorang buat kteorg macam ni.
      .-= Cerita terbaru feeza.. I Wanna Be a Project Alpha TV Star =-.

      1. ariff Avatar
        ariff

        Wow. Ada orang kena pukul for real? Bahaya gak.
        Jap. Metro line merah sekarang tutup kan? Macam mana pulak nak pergi kelas?
        Takkan tiap-tiap hari nak bantai naik teksi gak.

        Pasal dekanat tu.. entahla. Susah nak cakap. Macam tempat aku, fakulti aku kalau tak datang apa-apa tu pandai2 hidup la. Tak setel exam, sampai time memang kena buang.

  28. wawaa Avatar

    ariff..take care…
    .-= Cerita terbaru wawaa.. Horoskop adalah haram sama sekali. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Will do