Modal Banyak, Saham Mana Yang Patut Dibeli?

Reading Time: 2 minutes

Sejak menulis tentang pelaburan saham, saya mendapat banyak permintaan daripada mereka yang ingin belajar dengan lebih lanjut. Ya, saya ingin mengajar kerana saya tahu bidang ini memang lumayan kalau kita tahu menggunakannya dengan betul. Tapi saya sendiri seorang pelajar dan pengalaman dalam Bursa Malaysia belum pun sampai setahun, jadi agak susah sebenarnya untuk saya bercakap dalam kapasiti seorang pengajar. Semua yang saya tuliskan sebelum ini hanyalah perkongsian pengalaman yang sedikit ini dan sebagai catatan prestasi peribadi saya.

Kali ini saya ajar satu perkara je, tempoh pelaburan atau timeframe. Apa kaitan timeframe dalam pelaburan saham?

Hipotesis mudah, semakin panjang tempoh masa pelaburan kita, semakin kurang risiko yang dihadapi (bergantung pada keadaan semasa dan syarikat yang dilaburkan).

Simbol loceng tu adalah waktu dividen diberikan

Contoh untuk membuktikan hipotesis ini, saham Petronas Gas. Pada tahun 2010, didagangkan pada lingkungan harga RM8-RM9. Hari ini (selepas dua tahun), harga saham Petronas Gas (PETGAS) hampir mencecah harga RM18. Kadar kenaikan tahunan adalah 62.5% dan ini belum termasuk dividen yang diberikan.

Akan sampai satu tahap nanti bila hasil dividen menyamai modal yang telah dikeluarkan dahulu dan kita boleh biarkan sahaja duit di dalam saham tersebut, makan dividen je tiap-tiap tahun.

Strategi Pelaburan Jangkamasa Panjang

Anda mempunyai sejumlah wang. Katakan wang ini adalah dana pendidikan peringkat tinggi anak-anak. Anak pun baru bersekolah rendah. Jadi ada sekurang-kurangnya 10 tahun untuk melaburkan saham tersebut.

Bila sampai masanya, bergantung kepada prestasi syarikat yang dilaburkan, insya allah pulangannya lebih banyak berbanding kalau anda letakkan duit tersebut dalam ASB ataupun unit trust. ASB dan unit trust ni kena gajikan pekerja mereka, sebab tu apa yang mereka berikan adalah terhad walaupun apa yang mereka lakukan dengan wang anda adalah sama (melaburkannya dalam saham).

Biasanya untuk pelaburan jangkamasa panjang, anda perlu tahu samada dalam jangkamasa panjang syarikat tersebut akan wujud lagi ke tak? Adakah mereka akan masih menjana keuntungan? Kena buat research sikit-sikit.

Orang yang pandai cari ilmu lebih sikit dan buat sendiri untuk buat mendapatkan keuntungan yang lebih banyak.

*****

Apa-apa pun entri ini hanyalah sekadar contoh, tiada ajakan/galakan/suruhan untuk membeli saham yang dinyatakan. Saya hanya memberikan idea, keputusan masih terletak di dalam tangan anda. Segala kerugian adalah tanggungjawab sendiri dan kalau untung tu nak open table, memang dialu-alukan.


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Modal Banyak, Saham Mana Yang Patut Dibeli?”

  1. pinkbubblegumprincess Avatar

    untungla kalau pandai main saham….

  2. Oh! budu Avatar

    alamak.. banyaknya modal yang kena ada.. takcukup lagi la..

  3. shahril Avatar

    beli IHH Healthcare. Berpotensi seperti IPO terdahulu (Gas dgn Felda)

  4. cspi Avatar

    agak2 brape modal pling ckit utk melabur dlm syrikat2 dan bagaimn caranya??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Modal RM1000 pun cukup dah. Caranya, buka akaun dengan broker dulu. Nanti baru boleh cerita lebih panjang

      1. nizam Avatar

        mcm mana nk cari broker

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Jupiter Online, OSK dan macam-macam lagi yang ada

  5. Juan Avatar

    ariff ko boleh x cadangkan mana mana blog untuk kami yg baru nak belajar ni mulakan langkah pertama, supaya ada ilmu dan tahu apa perkara pertama kami nak kena lakukan

  6. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Tq ariff. Tgu ihh 4/7 ni. Maybe lepas tu,make a move.kdg2 kita kena cuba dan cr pengalaman.pengalaman ni x dtg dgn sendiri kan?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul. Pengalaman memang kena cari sendiri. IHH pun bagus katanya. Saya tak pernah lagi main IPO sebab tak pernah successful masa apply.

      1. shahril Avatar

        ariff try apply thru MITI, maybe senang sikit. cuba beri sebanyak yg boleh bukti kewangan.

  7. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Ariff boleh buat seminar saham lg 2 @ 3 tahun. Setelah menimbang tara,membaling dadu, membaca beberapa blog, berkedai kopi dgn beberapa kaki saham, akak dah jumpa jwpn la jg. ->main IPO je dulu. Yg dah listing,jgn tgk2 lg. Dh phm ilmu IPO,br gali ilmu yg dah listing.hehe. Btw ariff, your words inspiring me. Tqvm

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      IPO is one of the ways. Paling mudah, apply harga IPO, hari pertama penyenaraian, jual at 10% profit. Tu paling senang. As time goes you will learn more. Cuma kenalah trade sikit-sikit. Selagi tak trade, selagi tu kita takkan belajar. Dalam trading ni pengalamanlah yang memberi pengajaran paling berkesan

  8. myvitrd Avatar

    belum ada kemahiran nak main saham ni bro.. ada pun beli ASB sikit2 je

  9. Sara Avatar

    Nak main saham kene berani amik risiko dan kene ada modal yg banyak. Dua-dua Sara takde.. :)

  10. eyriqazz Avatar

    Kalau modal takde,boleh buat pinjaman modal dengan Abang Ensem…Dengan syarat gadis jelita sahaja…Hik3…..

  11. Kak Long Mawar Merah Avatar

    Melaburkan wang untuk saham perlu kajian dan ilmu juga supaya damat keluar dan masuk dalam urusan jual beli pada masa yang tepat, kan!

  12. ReM Avatar

    Saham tengah naik sekarang, KLCI cecah 1,600 lagi…Main saham ni kena hati-hati dan tunggu la peluang dan masa yang baik untuk masuk..

    Jangan masuk sebarang je..

  13. azrijohan Avatar

    pernah terfikir nak membeli saham, tapi takut pula sebab ilmu masih belum cukup… lagipun umur masih muda untuk semua ni

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      time muda ni la digalakkan join. Orang muda kalau rugi setakat 1000-2000 je. Dah tua nanti, kalau rugi 10k-20k. Jadi lagi baik belajar dari sekarang