Misteri di Sebalik Nahas Pesawat Malaysia Airlines MH370

Reading Time: 2 minutes

mapplane

Kenapa pesawat Boeing 777-200 MH370 hilang begitu sahaja tanpa sebarang panggilan kecemasan? Sebagai seseorang yang bekerja dalam bidang aviation, saya sangat berminat untuk mengetahui sebab sebenar kehilangan pesawat MH370 ini.

Bila sesuatu kecemasan berlaku, juruterbang memang dilatih dengan konsep fly – navigate – communicate untuk menghantar mesej kecemasan ke control tower berdekatan. Ini bermaksud sekiranya berlaku kecemasan, juruterbang hendaklah:

  1. Fly – Menerbangkan pesawat dalam apa jua keadaan sekalipun supaya ia tidak terhempas serta merta dan berada dalam keadaan yang stabil.
  2. Navigate – Mengetahui kedudukan pesawat, arah ia sedang terbang dan sebarang rintangan yang berada di haluannya seperti cuaca buruk, keadaan muka bumi seperti gunung-ganang ataupun pesawat lain.
  3. Communicate – Berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang dapat dihubungi untuk memaklumkan situasi kecemasan yang dihadapi. Sekiranya komunikasi berjaya dan search and response team (SAR) tiba kurang sejam daripada waktu kapal terbang terhempas, kebarangkalian untuk menyelamatkan nyawa penumpang masih lagi tinggi.

Dalam kes MH370, tiada control tower berdekatan yang menerima sebarang mesej kecemasan semasa kapal terbang tersebut hilang. Control tower Vietnam gagal menghubungi pesawat MH370 walaupun dilaporkan keadaan cuaca yang baik di kawasan tersebut.

Kehilangan secara tiba-tiba ini memungkinkan pesawat tersebut terlibat dalam satu insiden yang sangat ekstrim dan pantas sehingga menyebabkan juruterbang tidak sempat membuat panggilan kecemasan.

Sekiranya pesawat mengalami masalah mekanikal seperti enjin tidak berfungsi secara tiba-tiba, mereka masih lagi mempunyai masa (bergantung kepada kecekapan juruterbang mengawal pesawat) untuk membuat panggilan kecemasan sebelum kapal terbang terhampas.

Contoh kemungkinan kejadian ekstrim yang boleh dikaitkan berdasarkan keadaan ini ialah serangan pengganas, letupan besar berlaku dalam pesawat, pesawat ditembak jatuh atau MH370 bertembung dan berlanggar dengan pesawat lain.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah contoh kejadian yang mungkin berlaku kepada MH370 berdasarkan keadaan ia hilang dalam penerbangan tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan kepada control tower berdekatan. Contoh hanyalah untuk menerangkan kepada pembaca bahawa keadaan ini adalah sangat jarang berlaku.

Satu lagi yang menjadi misteri ialah kenapa tiada isyarat daripada emergency locator transmittor (ELT) pesawat? ELT sepatutnya berfungsi sekiranya pesawat terlibat dalam apa-apa nahas dengan memancarkan isyarat GPS.

Sekali lagi, contoh kejadian di mana keadaan ini boleh berlaku adalah ELT musnah dalam satu letupan besar semasa pesawat berada di udara ataupun tenggelam bersama bangkai pesawat di lautan dalam.

Semoga keluarga dan rakan mangsa nahas pesawat MH370 ini tabah menghadapi dugaan ini. Takziah diucapkan.

Sumber: Channel4TMI


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Misteri di Sebalik Nahas Pesawat Malaysia Airlines MH370”

  1. FlavaPictures Avatar

    teori2 sains ramai sudah bahaskan tetapi kekal misteri. semoga pengakhirannya baik2 belaka.

  2. nanang Avatar

    Mudah-mudahan misteri tersebut segera terungkap.

  3. Pendekar Berkuda Avatar

    Apa yang aku rasa dan tengok teori-teori yang ada. Macam kena hijack.

  4. profhariz Avatar

    Tak sabar misteri ini bakal terjawab nanti.

  5. Arieon Avatar

    Harap-harap pesawat tersebut dapat dijumpai. Selagi tak jumpa selagi tula negara kita akan mendapat pelbagai kritikan. Spekulasi pun dah banyak dah ni. Kasihan pasukan mencari kerana terpaksa bertungkus lumus menyiasat spekulasi tersebut.

  6. Mariana Musa Avatar

    bawak bersabar dengan apa yang berlaku …

  7. jamian sarif Avatar

    semakin lama makin banyak cerita dan andaian yang keluar..apapun kita tunggu keputusan dari SAR team.

  8. Hafizul Avatar

    Semoga dapat jawapan secepat mungkin…banyak dah persoalan yang bermain di fikiran ni…

  9. Sayang Hati Dot Com Avatar

    Moga-moga semuanya baik.Jauhkan Malaysia dari konspirasi-konspirasi negara jahat di luar.

    Kini Malaysia terdedah dengan kelemahan-kelemahan.Minta Malaysia Allah lindungkan.AMIN :)

  10. Bungkilan Avatar

    Saya pun tak pasti apa yang terjadi pada kapal ini. Kehilangannya sangat misteri dan belum boleh diulas sehinggalah pesawat tersebut dapat dijumpai. Setakat ini apa yang kita boleh buat ialah mendoakan agar pesawat dan penumpangnya akan ditemui.

  11. Hanim Avatar

    Moga semua penumpang dan krew penerbangan dalam keadaan baik. Kuasa Allah penentu segalanya.

  12. Bean Moreno Avatar

    satu misteri yang memang susah nak dirungkai. Even Kapten yang bawak masuk boeng 777 tak dapat nak kasi explaination tapi kat fb banyak dah pakar boleh refer diorang rip haha

  13. Juan Avatar

    saya sendiri kurang faham akan isu ini, hanya menunggu maklumat sebenar selepas ditemui barulah difahami kejadian ini

  14. Amanda Musa Avatar

    i recently tengok air crash investigation dekat youtube. Banyak kemungkinan boleh berlaku kejadian buruk.
    1) Pilot have fizikal stress macam sakit jantung? : tapi tak kan MH 370 yang besar gedabak tu hanya ada seorang pilot kan?
    2) system breakdown? still ada masa berkomunikasi.
    3) letupan? macam tak masuk akal bila kalau kapal terbang sebesar tu meletup dan tak dapat di kesan kan? even dia meletup di beribu kaki diudara sekali pon, must be ada serpihan jatuh ke bumi kan?
    4) rampasan ? ini pon boleh terjadi, tapi sampai sekarang pun takde orang minta tabusan.
    5) alat komunikasi itu sendiri boleh rosak? bole berlaku ke alat komunikasi rosak??? i’m not sure.

    Tapi ini juga yang kita cakap ” Kun Fayakun”.. Allah berkuasa lebih dari jangkaan manusia. Serius, no matter what, kapal terbang tu perlu jumpa dahulu baru boleh siasat kan?even masih dalam keadaan baik mahupun rosak… Tapi ada juga kemungkinan, kita rasa kapal terbang tu hilang, tapi bagi orang kat dalam kapal terbang takde rasa apa-apa yang pelik..macam tak logik, tapi kuasa Pencinta siapa yang boleh tolak kan?

    Ya Allah, kadang-kadang serius berat nak terima kejadian ni, tapi itu hakikat yang berlaku sekarang ni.. Semoga Allah selamat kan mereka dan kembali dengan selamat

  15. honeylizious Avatar

    semoga segera ditemukan :'(

  16. cheecanoss Avatar
    cheecanoss

    Terbaik la bro..

    Harap semua ahli keluarga yang terlibat dalam misteri MH370 bersabar & berdoa agar segala teka teki & kekeliruan ini terjawab segera. Saya juga bekerja dalam bidang aviation & seperti tuan penulis, saya juga berminat & tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi. Eloklah kita jangan berspekulasi kerana ianya akan lebih mendatangkan kerisauan kepada keluarga yang terlibat.

  17. Izyanti Mohd Esa Avatar
    Izyanti Mohd Esa

    Byk cerita2 dan spekulasi yg x benar tersebar.Harap dengan penemuan pesawat MH370 dpt menghentikan setiap persoalan yang terungkai tentang misteri kehilangan MH370.Pls..pls pray for MH370..sesengguhnya Allah sahaja maha mengetahui terhadap apa y berlaku

  18. ujang Avatar

    aku yang bekerja di fak kejuruteraan aeroangkasa ni best dgr sharing dari pensyarah sini…, 2 dari pada mereka turut share di awani dan RTM..=)

  19. gee azie Avatar

    berharap ada keajaiban yang berlaku… kuasa Allah melebihi segala-galanya

  20. sembangmotor Avatar

    Memang mengejutkan. Saya pun menganggap kejadian yang menimpa MH370 ni suatu misteri sebab tiada perhubungan dgn tower, tiada isyarat kecemasan ELT dan tiada tanda-tanda pesawat terhempas.

  21. paeh Avatar

    “kemungkinan kejadian ekstrim yang boleh dikaitkan berdasarkan keadaan ini ialah serangan pengganas, letupan besar berlaku dalam pesawat, pesawat ditembak jatuh atau MH370 bertembung dan berlanggar dengan pesawat lain.”

    Jika ada letupan besar di atas udara. Pasti ada beberapa view akan nampak letupan. Eg: Kapal terbang di laluan berhampiran. Ini apa yang kita boleh tengok dalam footage video yang disebarkan.

    Jika kapal terbang yang status Boeing yang besar gedabak tu terlibat dengan crash. Kebarangkalian nak jumpa dengan pantas agak tinggi.

    Ermmm

  22. yangbaik Avatar

    kehilangan MH370 memang misteri dan pelik tetapi terjadinya macam-macam spekulasi tidak pelik…
    semoga warga mh370 dalam keadaan selamat…

  23. akubiomed Avatar

    Apa yang terjadi kepada MH370 memang misteri. Saya juga mempunyai minat mengetahui teka-teki merungkai apa yang berlaku kepada penumpang dan kabin kru.

    Harap semuanya berada didalam keadaan selamat.

  24. mokjadeandell Avatar

    2 hari penuh suspens dan pengharapan.Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat.Lets pray for MH370.

  25. nabila biela Avatar

    betol-betol misteri kehilangan pesawat ni…huhu

  26. ohcikgu Avatar

    kita tunggu dan lihat sahaja la jawabnya..

  27. hafiz hafizol Avatar

    thanks bro untuk perkongsian ini. kita yg bukan dr bidang Aviation ini memang tak berapa tahu sangat pasal ELT fly navigate communicate apa semua ini..

    semoga semua penumpang MH370 selamat. InsyaAllah #PrayForMH370

  28. Faizal Fredley Avatar

    pening dengan berita pasal MH370 nih…..macam-macam spekulasi yang ada….

  29. eyjalukman Avatar

    nice explaination, atleast dpt figure berdsarkan explaination yg logik n technical :) moga mereka sume slamat n hope for miracle happens.

  30. saimi Avatar

    I like your technical explaination. Very simple and easy to understand. By the way #PrayForMH370

  31. Fizz.my Avatar

    pelik juga tiba² hilang mcm tu je.. tp dengan adanya 2 penumpang misteri, ada kemungkinan x EMP device digunakan? *bnyk sngt tngk movie aku ni..

    1. Ariff Avatar

      Banyak sangat tengok movie ni. hehe..

      Impossible nak bawa device macam tu masuk kapal. Daripada apa yang saya tengok kat airport hari-hari, security screening kita memang ketat. Susah nak seludup barang bahaya naik aircraft.

  32. misz-ella Avatar

    Too many unanswered question. Mengharap keajaiban. Moga MH 370 kembali ke pangkuan dengan selamat.

  33. Katak Comel Avatar

    semoga tiada kejadian tidak diingini berlaku pada MH370..

  34. myvitrd Avatar

    Semoga dipermudahkan semua urusan pencarian.. memang misteri sangat tuan.. teori yang org bagi pun dah beribu2.. yang bukan jurutera pun hari ni ramai jadi jurutera bidang terjun dengan membuat teori.. :-)

  35. W.R Avatar

    terlalu banyak spekulasi… aku pun masih tertanya-tanya apa yang sedang berlaku

  36. Myra Jay Avatar

    Moga ada keajaiban.. moga allah melindungi semua penumpang dalam mh370.

  37. Lal Avatar

    Nice n simple technical explanation bro!!! tq!

  38. Khairul Zamri Avatar

    Sungguh misteri lagi akan kehilangan pesawat MH370 ini sama-sama kita doakan semoga di jumpai dalam masa terdekat