MIG-29N Akan Ditamatkan Perkhidmatan

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) 2009 yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan pertunjukan terakhir skuadron MIG-29N RMAF. Cerita sikit pasal LIMA nih, kalau tahun-tahun lepas aku dapat pergi tengok LIMA, memang confirm boleh dapat tiket VIP. Tapi, apakan daya.. terkandas di bumi yang maha sejuk ni.

Bermula tahun hadapan, RMAF akan menghentikan penggunaan MIG-29N yang mempunyai kekuatan sebanyak 16 buah pesawat. Cuma yang membuatkan aku terfikir, apa yang mereka akan buat dengan pesawat-pesawat MIG-29N tu? Jual atau kitar semula besi-besi buruk tu? Mungkin ada baiknya kalau kita buat reverse engineering untuk pesawat MIG-29N tu.

Reverse engineering ni lebih kurang macam kita disemble seseuatu dan cuba memahami macam mana benda tu berfungsi. Lepas tu kita cuba buat objek tersebut berfungsi  dengan lebih baik tanpa menggunakan parts asal objek tersebut. Senang cerita, kita ‘cilok’ idea cara objek tu berfungsi dan buat yang lebih baik. Orang Melayu ni bagus, sampaikan ada perkataan khas untuk reverse engineering ni tapi selama ni perkataan cilok tu selalu dikaitkan dengan impresi yang kurang baiknya (sama juga seperti tiru). Itu yang ironiknya orang Melayu ni, pandai bercakap tapi tak pernah buat.

Sedar tak sedar, kerja projek musim panas aku kat sini pun semuanya berkaitan reverse engineering. Aku diberi tugasan untuk mencari satu paten yang berkaitan dengan tajuk yang diberi (tak kisah paten dari negara mana) dan dikehendaki untuk membuat satu mekanisma baru supaya objek itu akan tetap berfungsi tetapi melalui cara yang lain. Yang aku pelik sampai sekarang ni, kenapa Proton tak buat macam tu? Proton ni dah lebih 10 tahun dalam industri tapi pada pandangan aku masih lagi belum matang dalam industri pembuatan kereta. Ataupun mereka dah cuba buat reverse engineering tapi gagal. Ada engineer Proton tak? Cuba explain sikit, dan bagi tau berapa banyak gaji korang dapat. Mana tau aku nak/terpaksa kerja kat Proton nanti ke.

Berbalik kepada cerita MIG-29N ni, ceritanya macam ni la. Jangka hayat enjin pesawat tu adalah 10 tahun. Kita beli pada tahun 1995 (dah 10 tahun la kan). Lepas tu ada maintenance dan segala jenis benda yang orang Russia ni cakap kena buat, dan kita buat. Masalahnya ialah orang Russia ni xkan nak punya train orang luar buat kerja-kerja overhaul ni. Setakat kerja juruteknik-juruteknik biasa tu boleh la dia ajar. Tapi kalau overhaul enjin ni kena hantar ke Russia. Ade la juga RM17 juta setahun untuk tampung kos overhaul enjin ni (tak tahu sama ada untuk satu pesawat atau kesemua 16). Ya. Mereka memang pandai buat duit. Lain kali kalau nak kaya, buat jet fighter sendiri dan jual kat negara lain.

Sekarang ni tak tahu lagi nak beli jet fighter baru ke tak. Kita dah ada Sukhoi-30MKM so aku rasa cukup la tu kan. Malaysia bukannya nak pergi berperang pun nak simpan jet fighter banyak-banyak.

Haha. Harap korang faham la. Dah nak dekat exam ni, bahasa kena intellektual sikit. Tu belum lagi aku bantai cakap bahasa Russia dengan grammar yang tunggang langgang..

Google masih belum index Hidup Berani Untuk Gagal aku nih. Adeh. Angan-angan nak beli lens Nikon 35mm F/1.8 G mungkin terpaksa dilupakan..


Posted

in

by