MH370 Membongkar Kebodohan Orang Melayu

Reading Time: 2 minutes

bomoh-mh370

Kita separuh mati nak pertahankan nama Allah daripada digunakan oleh penganut agama lain, akhirnya kita sendiri yang gunakan nama Allah dalam perkara-perkara syirik dan tahyul dan pamerkan ke seluruh dunia.

Saya sedih dan malu dengan beberapa orang bodoh bomoh yang berkampung di KLIA dan buat scene kononnya nak bantu cari kapal terbang yang hilang. Mereka laungkan allahuakbar seolah-olah perbuatan duduk atas tikar zam zam alakazam tu adalah amalan umat Islam.

malu-bomoh

Habis sekarang satu dunia beranggapan bahawa orang kat Malaysia ni masih hidup atas pokok dan masih percaya pada amalan karut-marut orang dulu-dulu. Kesian rakyat Malaysia yang mempunyai rakan dari luar negara yang terpaksa menerangkan bahawa perbuatan macam tu bukanlah ajaran Islam.

Saya tak kisah apa orang lain nak percaya dan amalkan, tapi biarlah kepercayaan masing-masing yang bukan mainstream ni tak dilakukan di khalayak awam, lebih-lebih lagi ketika negara sedang diperhatikan oleh seluruh dunia.

Saya tak faham kenapa Jakim dan pihak berkuasa lain yang sibuk serbu night club tak tangkap bomoh-bomoh ni sebab dah terang-terang apa yang diamalkan terpesong daripada ajaran Islam.

melayu bomoh bodoh

Sumber

Mungkin sebab badut ni dah bagi green light awal-awal. Bila orang atas dah cakap ok pada benda macam ni tak boleh buat apa dah. Memang makin rosak Islam kat Malaysia ni.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “MH370 Membongkar Kebodohan Orang Melayu”

  1. nanang Avatar

    Semoga mereka segera menyadari kekeliruannya mengenai hal tersebut dan segera bertobat.

  2. MirazSabli Avatar
    MirazSabli

    sangat memalukan,, sepatutnya mereka yg lebih expert ngn hukum hakam ,, dah tau mana baik dan buruk ,, anyway x boleh nak kata banyak ,, benda dah jadii ,, moga diberikan hidayah drpd Allah S.W.T .. Tapii sedih juga bila diorang ne x diambil tindakan .. malu deii ..

  3. Pendekar Berkuda Avatar

    Walaupun dah bodoh dan khurafat macam ni. Masih ramai yang percaya. Haishhh

  4. Dawaihati Avatar

    Sebenarnya, perkara seperti ini bukan hanya ada di Malaysia tapi di setiap negara pun selalu ada termasuk di negara saya Indonesia

  5. IQBAL Avatar
    IQBAL

    Bomoh oh bomoh….

  6. halif Avatar

    Abis semua dia nak samannya. Silakan.

  7. aishah Avatar

    memalukan islan je. haishh..tak paham la. dah la nak tampo kj.. tapi satu malaysia nak tampo dia ni

  8. Hafizul Avatar

    Sedih baca berita tentang bomoh ni..entah la..kalau fikirkan logik pun, memang tak masuk akal la..semoga akan sedar suatu hari nanti..aminnn

  9. Amran Avatar

    Yang peliknya, JAIS dari hari pertama bomoh tu nak datang asik kata nak tangkap. Sampai hari ni masih belum bertindak. Bagi penampo buaya kang baru tau..

  10. profhariz Avatar

    Sedih sangat dengan isu ini.

  11. Faizal Fredley Avatar

    serius memalukan negara…..kenapa lah bongak sangat menteri sampai benda mcam ni pom boleh lepas…

  12. Mohd Isa Avatar

    dah la bodoh, bongkak, takbur, riak pun ada. kena tegur pastu nak marah-marah pula. ugut sana sini. itukah seorang guru? haktuih!

  13. Risi Yusoff Avatar

    Melayu x bodoh…cuma segelintir Melayu membuatnya bodoh…bangsa lain yang rasa bangsa dia yang paling pandai akan mengambil kesempatan untuk memperbodohkan bangsa lain.. sabar je la dah berlaku.. Dunia ni memang racist..

  14. Juan Avatar

    benda ni kan khurafat, kenapa la pi buat

  15. Mohd Rasul Abu Hanipah Avatar

    yang tak tahannya org2 ni bongkak dan tak boleh terima teguran… apelah nak jadi…

  16. lin Avatar
    lin

    Yg buat kerja membomoh ni tak sampai 10 orang pun dah dianggap membodohkan orang melayu sedangkan separuh dari umat islam di Malaysia melakukan solat hajat dan bacaan Yassin.Adakah perbuatan itu mengambarkan orang melayu beragama islam bodoh?

  17. Azri Johan Avatar

    kalau nak cakap ia juga mencerminkan tahap pendidikan di negara kita boleh dak?

  18. Amirul Avatar

    Melayu pun tak bodoh macam bab* ni. Ada pulak sekarang ugut Khairy dan mengaku dia BN…. sampah org tua ni

  19. Que Achmad Avatar

    Ariff, Abe pun xtau nak ckp ape dah pasal ni, huhuhuhuhu. penampakan bebo**han yang terang nyata dan jelas. B*dut tupun satu, bang**g

  20. nabila biela Avatar

    malunya….memang memalukanlah….macam orang tak tahu agama….

  21. Shahrul Avatar

    kang kena tampor nanti :D

    1. Ariff Avatar

      Ampun tok

  22. saimi Avatar

    Kekadang apa yang kita lakukan menampakkan kelemahan kita sendiri.

  23. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Sgt memalukan. Ada kawan ckp officemate dia yg chinese siap ketawakan dan kutuk org melayu. Rasa nya ni tindakan plg x lawak, paling x sensitif dan plg xde akal telah terjadi.
    Apa ntah yg diorg pikir ms pgl dan biar bomoh vip ni buat amalan tu. Membuktikan depa pun dok panggil bomoh ke klu nk menang apa2..nk dpt apa2..
    Eiiiii… x phm betul!

  24. mokjadeandell Avatar

    ariff…tak tau nak cakap apa…
    masing masing gabra kot.Sat menteri ni kata lagu ni.Sat menteri tu kata lagu tu…its confusing .