Merempit Bersama Juara Motocross UAE

Reading Time: 3 minutes

IMG_0386

Kepada yang minat berlumba, mempunyai daya ketahanan fizikal yang tinggi dan suka menunggang motosikal, anda memang patut try sukan motocross. Sukan ni memang sesuai untuk lelaki yang maskulin dan tahan lasak. Paling penting, anda akan mendapat score yang lebih tinggi di kalangan awek berbanding lelaki yang tak main motocross.

Semalam, saya telah dijemput oleh pihak Red Bull Blue & Silver (Eropah) untuk memeriahkan acara Red Bull Under My Wing in Malaysia bersama Mohammed Balooshi, juara UAE Motocross Championship. Program ini bertujuan untuk mengembangkan bakat pelumba muda tempatan dalan sukan motocross melalui latihan dan perkongsian pengalaman oleh pelumba profesional. Seramai 50 orang pelumba motocross tempatan telah dijemput untuk menghadiri sesi Under My Wing ini.

IMG_0421 IMG_0424
IMG_0408
IMG_0417

Sebenarnya ini kali pertama saya menunggang motosikal jenis ini. Kalau enjin mati tu biasa sangatlah. Dengan timing throttle pun agak lari dan pedal brek entah ke mana (mungkin sebab bengkok orang sebelum ni buat jatuh), keseronokan menunggang dalam litar masih lagi terasa.

Satu yang anda perlu tahu, kalau nak menunggang dirt bike ni bukan macam posmen, duduk je atas motosikal. Kena lebih agresif, kadang-kadang perlu berdiri terutamanya kalau nak ‘terbang’ dan kalau corner kena pacak kaki atas tanah supaya boleh membelok dengan cepat.

IMG_0405
Cuba posing macam model, tapi FAIL

Kalau tengok dalam video bawah ni, memang nampak senang nak terbang, tapi sebenarnya itulah yang paling susah kerana memerlukan kecekapan mengendalikan motosikal dan sedikit pengetahuan tentang keupayaan motosikal dan diri anda sendiri supaya anda tidak jatuh semasa mendarat. Safety first!

Sedikit tips kepada mereka yang ingin mencuba sendiri sukan ini buat kali pertama:

  • Pastikan anda dah belajar menggunakan motosikal yang mempunyai clutch. Kalau tak reti langsung, anda akan menghadapi masalah yang besar. Pinjam dulu motosikal sesiapa untuk belajar.
  • Jangan skip breakfast pada hari anda masuk ke litar. Sukan ini memang lasak dan anda memerlukan tenaga yang banyak. Semalam saya tak sempat breakfast tapi nasib baik sesi yang dijalankan adalah pendek, 10 minit riding, 10 minit rehat. Itupun bila dah 4-5 lap, memang rasa macam tak larat dah.
  • Pastikan equipment anda cukup. Yang diperlukan adalah body protector (biasanya boleh disewakan), glove supaya tangan anda tak melecet pegang handle, helmet (of course!) dan kasut yang tahan lasak, in my case nasib baik kasut Hush Puppies yang dipakai tahan lasak, tapi rasa macam nak menangis la tengok kasut tu.
IMG_0401
Oh my Hush Puppies
  • Jangan lakukan sesuatu di luar batas kemampuan anda. Anda tahu keupayaan anda sendiri, jadi jangan nak jadi hero. At the end, anda akan masih merasai keseronokan masuk ke dalam litar dan anda masih selamat!
  • Have fun!

IMG_0403

Walaupun tangan melecet, lengan, bahu, pinggang dan hamstring sakit, tapi pengalaman semalam memang priceless! So perancangan jangkamasa panjang, beli dirt bike sendiri. yeah!

Thanks to Red Bull Blue & Silver (Europe) for the great event! For more info, visit Red Bull at:


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Merempit Bersama Juara Motocross UAE”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    nmpak je mcm sng dan xperlukan tenaga, walhal tulang 4 kerat tu mesti rs cm cramp je, kan? huhu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      3-4 hari gak la makan masa nak recover

  2. daddydee Avatar

    Seronok dapat melakukan aktiviti lasak camni.

    Teringin juga nak release tension cara camni..

  3. eddie Avatar

    nie bru btol berjiwa kelajuan…gaya seorang model pun ada jugak nie…hahahaha

  4. hazman aka species1980 Avatar

    Stamina pun kena steady kan kalau nak layan motorcross nie… dirt bike nie kalau bawak ulang alik opis pun menarik nie… hehehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau bawak dirt bike atas jalan raya, boleh kena kejar polis

  5. KiD Avatar

    encik… boleh mintak otograph tak.. model motorcross ni.. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      nak otograf kat mana tu?

  6. Zarul Umbrella Avatar

    gambar posing model tu dah mcm Hans Isaac sekali pandang..ngeh ngeh

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahaha.. ada eh?

  7. boni Avatar

    hamboih bro.. tak ajak aku pun.. boleh jgak kita merempit sama2..hehehehe..

    p/s : aku rasa aku tak boleh naik motor ni kot, sebab aku rendah.. tak pasal2 kena cari kasut tumit tinggi..hahahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau rendah kena cari yang kecik sikit. Motocross ni ada banyak saiz

  8. titan Avatar

    tiap-tiap hari layan motor ni..memang bertambah susah la aku nak tdo malam..

  9. ProfHariz Avatar

    Kemain bergaya bro :) Tinggi bro berapa erk?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      around 175 camtu. Standard lelaki melayu

  10. Razlan Avatar

    Aiseh,aku x pernah try nek motor clutch ne . Tapi rase tertarik gak tengok ariff naek mtrcross ne ,

  11. hafiz Avatar

    macho la abang ni..mintak sign..hehe..saya pun memang dah lama minat motocross ni..kalau ada tempat yang sewakan, memang nak pergi try..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tempat yang aku pegi ni kat Denai Alam. Pergi je situ, cari Denai Alam Recreational Center. Sewa motor and equipment semua ada. Harga pun tak mahal

  12. akubiomed Avatar

    Awek mana minat jejaka naik dirt bike. Mereka suka lelaki naik motor busat tak ada lantun-lantun.:-)

  13. myvitrd Avatar

    wah lepas ni boleh masuk track lah bro.. sukan extream ni.. heheehe

  14. Nurifa Avatar

    cam best je… kalau girl nak maen boleh tak? sangat ske bila berkaitan dgn sukan lasak.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak tau pulak kalau ada perempuan main sukan ni

      1. Nurifa Avatar

        haha..ada la.. penah tengok kt tv de je girl maen sukan ni.. tp ta ramai..

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Boleh je try kalau nak kat DARC tu

  15. Pisyek Avatar

    pergh, dah jadi rempit plak skrg. hahahahaha.

    Tapi memang kena hati-hati la, aku tengok banyak video fail dalam utube, ngeri sungguh!

    :P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sekarang nak pegi mana-mana pun traffic jam. Rempit adalah jalan yang paling mudah

      1. hisham Avatar

        teringin nak beli satu… tapi ada yang cakap, harga dengan performance tak balance… banding beli superbike… kalau boleh nak guna on road jugak.. untuk jalan jauh…