Merantau Lagi Ke?

Reading Time: 2 minutes

Balik kerja lambat hari ni. Pukul 6 baru keluar daripada meeting. Meeting dengan orang Perancis. Ini adalah meeting yang entah ke berapa dalam siri meeting dengan orang Perancis.

Senang cerita, pihak daripada Perancis memang bersungguh-sungguh untuk menjadikan projek ni berjaya. Ada valid business case dan kelebihan kos operasi yang lebih murah di Malaysia serta tenaga pakar yang ada di sini adalah kelebihan utama. Kapasiti yang anda untuk menampung teknologi yang hendak dibawa masuk tu ada, jadi sekarang the actual work adalah untuk membawa teknologi tersebut masuk ke negara kita dan memulakan perniagaan tersebut di sini.

Perkara ini akan membuka peluang pekerjaan yang agak banyak dan pada masa yang sama membuka new business domain dalam bidang aviation dan MRO. Very exciting.

Untuk peringkat awal ni, beberapa engineer perlu dihantar ke negara Eropah ni untuk bekerja di sana. Belajar from scratch segala selok-belok yang ada tentang teknologi ini untuk dibawa balik dan dibangunkan di Malaysia. Ada kemungkinan besar saya dan beberapa engineer baru akan dipilih.

For me, beg saya semalam lagi dah siap packing kalau ditakdirkan esok pergi. Lepas tu tak kisah lah kalau kena ikat (bond) pun sebab bila benda ni ON, everything will change. Bisnes juta-juta masuk. Paling penting, qualification di peringkat antarabangsa sebagai seorang profesional tu dah ada.

Takpelah kalau nak kena pecah kepala untuk belajar satu atau dua bahasa baru. Takpelah kalau 18 bulan terpaksa tinggalkan tanah air dan orang tersayang. Dah memang impian saya nak merasa bekerja di negara Eropah. Mungkin inilah masanya.

Nothing confirmed yet tapi kebarangkalian untuk perkara ni menjadi kenyataan tinggi. Just excited. Doakan semuanya berjalan lancar.


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Merantau Lagi Ke?”

  1. zahar Avatar
    zahar

    Syarikat dari France,… Ermmm saya teka lah kan . pasal project Jet Pejuang baru Rafale ker,… rasa2 aku la. Mcm project utk ni jer..

  2. mohd Avatar

    All the best!
    rezeki tu… =)

  3. fmtt Avatar

    jauh perjalanan luas pengalaman

  4. ohcikgu Avatar

    okeh apa tu. muda-muda, memang elok berjalan..

  5. afif Avatar

    waa..peluang tu..jangan siakan..

  6. KNizam Avatar

    kehidupan di celah2 bandar di perancis ? hehe :)

  7. akubiomed Avatar

    Sementara bujang trang tang tang dan fresh kalau ada peluang jangan fikir-fikirkan sangat. Melainkan kalau ada mata air di Malaysia ntahlah keberatan hendak ditinggalkan kot. :-)

  8. Melastik Bintang Avatar

    gud luck bro….. jangan lupa bawa ole2 (awek) oversea..hahaha

  9. Hafizul Avatar

    Wahh seronoknya bekerja di luar negara..harap ariff terpilih nanti yer..boleh kongsikan cerita di sana pula..hehe

  10. fzan Avatar
    fzan

    I’ll be missing you..

  11. Pemikir Avatar

    Tak tau nak cakap apa. semalat merantau kalau dipilih untuk pergi

  12. Hairul Azni Avatar

    Perancis tu..jangan dilepaskan peluang bro..semoga berjaya..

  13. titan Avatar

    jangan lupa cari cendol kat sana nanti.

  14. saljuhumairah Avatar

    nanti boleh la cari calon orang rumah kat sana…
    orang-orang sana kan hidung lebih…hehe..

  15. boni kacak Avatar

    wah..best tu bro… jaga diri di rantauan tu bro

  16. Orang Kampung Avatar

    semoga berjaya bro…

  17. Zuhairi Azizi Avatar

    Steady kapten! Teruskan pengembaraan!

  18. azriMy Avatar

    semoga berjaya :D
    bestnyaaa kerja di oversea

  19. Denaihati Avatar

    dah terbayang-bayang kota Paris ni …boleh lah aku menumpang kat rumah bro nanti kat Paris.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak sampai ke Paris kot

  20. Juan Avatar

    bidang ni memang terbuka luas, grab ajer lagi lagi waktu kita masih muda nih

  21. Tho Ha Avatar

    Sekitar tahun 1960 – an, ayah saya mendapat tawaran mengajar Bahasa Melayu di England. Ayah saya memang hendak pergi dan memulakan kehidupan baru. Tetapi campur tangan jiran, menyebabkan segala-galanya berubah. Semoga saudara mendapat yang terbaik.

  22. Faris Al-Muhandisu Avatar

    INsyaAllah kalo ada rezeki. Rebut sahaja peluang yg terhidang. terbaik! :)

  23. arrizz Avatar

    waa tahniah2..dah bulat tekad dah nie..wish you all the best bro..

  24. shraqs Avatar

    Kalau dah rezeki & ada peluang,.. baik sambar je. BTW, best of luck!

  25. NoktahHitam Avatar

    Good luck bro. Yang paling penting, jangan jadi kacang lupakan kulit.

  26. ieda Avatar
    ieda

    ..jika rezeki,moga dipermudah..jika benar moga diizinkanNya.. good luck!

    http://wwwbersamaselamanya.blogspot.com/

  27. Azah Avatar

    aariff muda lagi… berbaloi sangat pergi setahun setengah je.

  28. hanep Avatar

    congrats bro. skrg ni dok kat mana2 pun boleh buat segala aktiviti sampingan, so no worries. apapun, selamat success.

  29. hatiputera Avatar

    Semoga tercapai cita-cita bro untuk bekerja diluar negara. Peluang yang datang selalunya tak banyak.