Dalam entri Kerana Bahasa dulu aku ada sentuh tentang perangai orang kita, bila mana orang lain nak bertutur dalam bahasa Inggeris secara terbuka, mulalah orang lain jadikan dia sebagai bahan untuk mengata. Aku tak faham orang kita yang ada sentimen terhadap berbahasa Inggeris ni, kenapa ye? Mungkinkah mereka dengki ataupun menyesal kerana kat sekolah dulu tak belajar panda-pandai, bila dah tua ataupun cukup dewasa, dah malu nak belajar bahasa Inggeris? Tak percaya lagi wujud ke tak orang macam ni? Tengok video bawah ni.
Beberapa persoalan berlegar di fikiran aku:
- Kenapa perlu buang masa untuk karang lagu dan buat video ni semata-mata nak menunjukkan kebodohan diri sendiri? Mereka ni tengok balik tak video tu sebelum upload ย mereka langsung tak sedar yang video yang mereka buat tu tidak berasas dan hanya sekadar mempamerkan pemikiran yang tidak matang serta emosi yang keterlaluan?
- Apa salah Anwar Hadi? Aku bukanlah kipas susah mati Anwar Hadi atau apa, tapi keberanian dia untuk buat vlog macam tu, kreativiti dan kebolehan dia dalam menyuarakan pendapat secara terbuka adalah apa yang orang kita kurang sekarang ni. Tak payah fikir banyak-banyak, kalau tak suka jangan tengok. Apa susah?
- Kenapa pengecut? Punyalah sampaikan nak berbalut muka tu, dengar suara sumbang je ape kes brader? Anwar Hadi takde masalah pun buat video tunjuk muka, haters yang pengecut ni nak jugak buat video tapi video tak nampak muka. Alahai..
Kalau betullah nak buat reaction video terhadap vlog Anwar Hadi kat Youtube, ni antara cadangan aku supaya korang tak dipandang rendah oleh orang lain:
- Buang segala jenis topeng tu. Barulah fair and square kan, face to face.
- Takde masalah nak cakap bahasa Malaysia kalau tak boleh berbahasa Inggeris, Anwar Hadi pun faham gak.
- Cuba kasi point yang valid atau cuba bangkang point-point dia dalam vlog yang dia dah buat. Tunjukkan sedikit mentaliti berbanding emosi.
- Kalau suara sumbang, jangan menyanyi.
Jadi mesej aku senang je, korang janganlah tergolong dalam golongan yang kurang pintar macam atas ni. Buat perabih beras je. Kalau mak bapak empat orang atas ni tahu apa yang anak mereka buat, sudah pasti mereka terasa malu habis tak tau nak letak muka kat mana. Aku kesian pada ibu bapa mereka..
Lagi satu, video atas ni juga adalah contoh terbaik haters yang anonymous dalam dunia internet ni. Bunyi je bising, sumbang dan menyakitkan telinga, tapi identiti tiada. Kadang-kadang point yang ingin disampaikan pun tiada, mereka sekadar menyuarakan kebencian terhadap peribadi seseorang dan bukan mentaliti/pemikiran mereka. Mereka ni setakat membuang masa dan tenaga je.
Teringat lagu daripada Butterfingers bertajuk Tentang Tentang. Aku rasa dalam dunia sebenar mereka yang dalam video ni ni tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Butterfingers dalam lagu Tentang Tentang tu.
Bila kawan ramai keliling kita
Cakap besar tunjuk belang
Tapi bila sorang-sorang
Pengecut pemalu
Macam semua orang
Tapi bila sorang-sorang
Pengecut pemalu
Macam semua orang

Comments
55 responses to “Mentaliti Orang Kita Yang Terkebelakang”
i admire anwar hadi. tgk cara die ckp da tau die org bijak dan pintar. n ape je die ckp ada point n bukan sekadar nk cari publisiti. org yg x puas hati ngn die obviously jeles
tak sempat nak tengok video tu, dah kene remove
biase la tu kalau hasad denggi menguasa diri
xleh tgk org lain naik..mula la sibuk nak jatuhkan org lain..
bila hati dah tak berapa sihat sebab tu pemikiran jadi kebelakang.
weh..dah takleh bukak r vids ni.. takkan dah kena condem kot.. haha..
normal,aku pun lihat situasi macam ni kat sekeliling..mereka hanya tahu mengutuk dengan penuh emosi seolah2 mereka betul,orang lain salah..kalau Vlogger ni buat video kosong takde isi itu boleh diterima org nak kutuk..tapi kalau video diorang ada ‘isi’,kenapa perlu ego dengan perkara yg bermanfaat..sesetengah org ada cara penyampaian tersendiri tapi realitinya takkan boleh puaskan hati semua orang..
Diorang dah remove sebab kena kutuk kaw kaw.
kekadang, aku tak faham betul dengan perangai orang kita nih..
[…] Less of my favourite tapi memang ramai subscribers si AnwarHadi ni. Mungkin sebab dia ada rupa, cara bercakap yang unik dan pendapat yang bernas. Ramai juga yang tak suka sampai buat video pasal AnwarHadi ni. Aku pun bukanlah minat tapi takde lah sampai nak mengata macam Mentaliti Orang kita yang Terkebelakang. […]
Takkan buat vlog dalam tempoh setahun dua ni. Stalker di mana-mana. Hidup dikelilingi stalker sangat menyusahkan. Nak jumpa orang lima saat pun berfikir-fikir.
hm.. bahaya pulak kalau ada stalker semua ni..
sangat setuju !
dorang yg kutuk2 anwar hadi jeles lah tu sbb dorang tak feymes mcm dia. bgi sy, orang mcm dia tu kreatif dan ada cara penyampaian yg tersendiri. orang yg ngutuk die kabut je lebih tu
AnwarHadi..
Aku x faham ape masalah 4 orang hamba Allah tu.Kenapa dgn mereka sebenarnye? Kenapa nak kutuk Anwar Hadi sampai begitu?
Lagi 1 cermin dulu diri tu kalau nak damn orang.. Diri sendiri pun bengkok ada hati nak cantas orang.. Jgn kotorkan kalimah Allah semata-mata utk tutup salah sendiri.
video dh kena removedla plak. tak sempat nk tgk…
biasalah tu. ANon..
ok ape anwar hadi tuh…ptt nye kagum akan english anwar tuh…kalau bleh, sy pun nk fasih ckp omputih cmtu…watpe la diorg tuh susah2 nk wat video khas utk kutuk anwar hadi tuh…kalau xsuke jgn tgk,ape susah…ade lg org cm gini…pttnye kite sama2 melayu, sokong sesama sendiri, bknnye makin nk jatuhkn org lain…kalau mcm ni, smpi bile2 pun xmaju…xguna ade 1st class facilities kalau 3rd class mentality…huhu
tak sempat aku nak tengok. tapi kalau tengok pun tak ada faedah kot. buang masa je.
bila cemburu menguasai diri..
macam ni la jadinya…
bangang!!
ideo dah kena remove.
hahaha.
tapi memang bodoh laa depa tu.
orang bodoh pun tak bodoh macam depa.
yang tak boleh blah tu, siap laungkan Allahuakbar.
apa motif ntah.
tapi lepas tu mencarut-carut pulak.
hmm.
pemikiran macam ni yang kita mahu! minda tahap 5 untuk tahun 2020. :D haih.. dikata bebal marah. dikata bangang singsing lengan.
Ini tandanya Anwar Hadi sudah sangat famous…
Lagi bertambah famous lepas video ‘murahan’ macam nih muncul..
walaupun xfaham kalo tak ada keje sekali pon, kenapa mesti cari keje begini…mungkin bercita2 nak jadi reporter melodi…
Kerana nama, Islam berpecah, akhlak MUSLIM tergadai…
alamak video dh kena delete plak…baru nk tgk…
betul-setuju.kalau x suka baik x payah tengok.
mcm apa yang saya buat- saya memang x boleh terima apa yang cikgu shida buat.Tapi tahap keberanian+kehebatan beliau edit video (dgn cara yg simple tapi masih boleh dibanggakan)buatkan saya sangat kagum.Jadi untuk tidak mengurangkan rasa kagum saya tu,saya x tengok video beliau lagi kerana saya tahu,kalau saya tengok mesti saya sendiri sakit hati sebab saya tak suka aksi beliau dalam video.Jadi buat apa saya susahkan diri sakit hati+kutuk sorang2.Dan kerana saya hanya mahu terus mengagumi keberanian+kekentalan dan kehebatan beliau edit video sahaja.Hanya itu sahaja yang saya ingat tentang beliau.Yang lain,saya letak jauh-jauh.
alahai…geli telinga aku dengar lagu dia…
budak-budak macamni berhenti jadi orang lagi bagus..
aku setuju dengan point2 ini….haih..manusia ni..pantang nampak org lain naik, mulalah nak jatuhkan..tapi tak berani nak face to face…nampak sgt pengecut….
mentaliti dan moratili mereka sangat tipikal..
sedih aku tengok diorang ni..
anak sape la ni..
ishishish..
budak umur 13 tahun pun malu tengok video orang tak ada akal ni. memalukan gila. dah maki maki, boleh pulak nak sebut nama Allah segala. serius ini orang yang betul betul tak ada akal.
seriously,org2 cam ni la yg patut dipanggil tak guna.hopeless and useless~
tu namanya si pengecut…aku pun bengang giler dgn golong diatas ni…dah la pengecut, suka2 hati kate org lain VAVI…isk2…insaflah
pikiran orang melayu sekarang semakin mundur la, tak tau kenapa..sadis!
sikap dan mentaliti menampakkan akan kebodohan diri sendiri..maki memaki sesama sendiri,saling mendengki dan membenci..pantang tengok orang lain lebih dari sendiri,sepatutnya perbaiki kelemahan diri untuk lebih maju lagi..lepas tu takbir pulak,mencarut2..nampak sangat kebodohan kat situ..
haa tahu tak pa
aku tengok depa ni macam orang tak berpendidikan dah
ingat guitar ditangan boleh cari makan ke dengan lagu tu.haha
haish! inilah anak melayu sekarang.. dahlah mencarut. pastu ada hati nak mentakbir pulak..
Hmm.. aku rasa hancurlah negara kalau banyak sangat budak-budak nakal macam ni..
Aku tengok video ni di blog Abang Azrul. Memang aku gelak sakan sebab aku pun setju dengan point2 kau Ariff.
Ni contoh Anonymous dalam Vlogger. Boleh pula dalam sebut kalimah AllahuAkbar, dia menyanyi mencarut-carut? >.<"
Moraliti takde.
mentaliti kosong.
Poser – ya!
Loser – ya.
ejaannya adalah poseur.
kenape perlu dikutuk??
anwar hadi buat vlog untuk kongsi pengalaman n pendapat dia saja…
plus at the same time he give courage to other people speak english….
knape org skunk x leh nk pk ke depan??
kalo aku jadi mak anwar hadi..mau aku nangis anak aku kena kutuk camni..sabar je la anwar hadi..doa orang teraniaya akan dimakmulkan :)
mereka bangga sebab mereka orang bangang…
anwar hadi…
langsung tak pernah tgk vlog2 dia…
bukan tak suka cuma agak mls nak tengok…
sepatutnya kalau tak suka kat dia pun, x perlu la sampai buat video youtube kutuk2…
nak cari publisiti murahan budak2 4 org tuh…
ceh~ takat nie Anwar Hadi dah keluar, tunggu yang Matluthfi jea skang..
yeah!butterfingers!!
wartawan hiburan ………….. hehe
1.2 milligrams-kembali
grunge aint dead just taking a nap
motif video benci anwar hadi..i’m a big fan of anwar hadi ok.err..salah ke klw buat vlong dlm English..even we use broken english..mereka yg benci ni semua org yg dah x ada idea nk buat apa.Apa yg anwar hadi said in his videos mostly are correct..lps ni apa pula nk buat, video benci matluthfi90 pulak ka..haha they are very stupid and narrow minded people.
betul tuh!!
aku tau la anonymous tu jeles bebeno kat anwar hadi tu kan,so x yah la buat kerja mcm tu.adoi,act,aku adore the way anwar hadi speak eng ok.vocabolary kita sbg org yg x brapa nak cemerlang dlm bi pun bertambah apa!!hishh,geram betol lah!
tu lah tu..bila tgok vid ni rasa,
‘oh,ada lagi manusia pendek akal macam ni’..kesiaaannnn..
tade point langsung buat vid cikai mcm ni..dah berani nak mengata org bagai,tapi penakut tutup muka dgn towel,topi..grr~
aku macam cukup yakin dorang sume ni member-member anwar hadi kat asrama dulu yang takleh fly. serius.
haaah!tpikir cmtu gak!hahhaa..geng2 skola die dolu2 yg xpuas hati kt dia sbb pemes skrg kot..hhahah..who knowsss~~
kesia dieorg ni memperdohkan diri sendiri..sdgkan aku bangga tgk org malaysia ckp english fluent mcm anwar hadi ni..
buat malu je ada jenis manusia camgini….ntah pape kutuk org lain…dah la guna “takbir” pulak tu…rasa kasihan pulak tengok budak2 malang ni…
Ni kalau aku tau muka kau macam mana siap la…Entri terbaik aku karang khas utk korang..Tapi yg pasti,aku tak akan guna bahasa yg macam korang guna tu..
haters akan muncul apabila seseorang itu telah berada pada kelasnya yang tinggi..video di atas sudah cukup membuktikan Anwar Hadi telah pun mencapai kelasnya..dek kerana ketinggian kelas beliaulah, ada manusia-manusia yang panas punggung, cuba nak jatuhkan dia..to Anwar Hadi, relax-relax sudah..
mencari populariti murahan…
perangai serupa anonymous dekat blog jugak mamat2 dalam video tu….spesies takde telur.. :)
video paling terhodoh pernah aku tengok. sungguh kasihan.
Anwar Hadi tu even cakap english. dia tak mencarut. Lolz
Dah mencarut ada hati nak takbir lagi. Buat malu Islam ja!
orang mcm ni takkan hilang dalam dunia. jangan risau