Mencari Rumah Idaman Mampu Milik di Shah Alam – Site Viewing No. 2

Reading Time: 3 minutes

Site viewing no. 2 ni istimewa sikit. Tempat pun bukan calang-calang punya tempat. Dikelilingi kawasan hijau, bukan tempat bangla sebaliknya bersebelahan projek rumah villa tepi padang golf harga RM2-3 juta.

Tapi yang menariknya, apartment ni masih lagi mampu milik pada harga RM350,000 RM450,000 dengan keluasan 1002 sqft.

Site Viewing No. 2 – Sri Alam Condominium, Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS)

sri alam

Macam biasa, kawasan condo ni gated community. Condo ni bukan macam condo biasa di mana kita masuk je dah sampai bangunan condo itu sendiri tetapi condo ni ada kawasan dia sendiri.

Masuk pondok jaga, belah kiri ada satu blok. Jalan terus naik bukit sikit kemudian ada persimpangan yang memisahkan laluan ke dua buah blok lagi. Setiap blok ada beberapa belas tingkat, dengan tingkat paling atas adalah penthouse.

Paling best, setiap blok ada grand entrance tersendiri dengan drop off point yang memang luas. Memang standard golf club. Setiap blok kalau tengok dari atas disusun bentuk huruf C mengelilingi kolam renang yang memang luas and ada level tersendiri untuk kolam budak-budak. Bukan kolam renang petak yang tipikal macam kebanyakan projek new launch sekarang.

Sri Alam Condominium Block A Swimming Pool

A photo posted by Ariff Shah (@shahariff) on

Kalau dapat beli pada harga RM440,000 kat sini, memang korang akan malukan orang lain yang beli projek new launch harga setengah juta bila mereka tengok sendiri environment kat sini. It should be priced much higher.

Dan itulah sebabnya jarang nak dapat unit untuk dijual kat sini, terutamanya unit yang 1000 sqft dan ke bawah. Unit yang saya tengok tu harganya RM350,000 RM440,000, 1000 sqft, 3 bilik, 2 bath. Ada yang kecil sedikit dalam 750 sqft, 2 bilik 2 bath. Harga pada masa tu RM400,000. Tapi memang jarang nak jumpa unit ni.

Kebanyakan yang tinggal di sini memang genuine owner berdasarkan kereta mewah yang keluar masuk, tak kurang juga married expat yang bekerja di sekitarnya. Unit yang saya tengok disewa kepada couple expat pada harga RM1,500.

Murah sebab orang Swiss kat company saya semua menyewa di Condo XX, Shah Alam pada harga RM5,000 sebulan (fully furnished – kita cerita pasal ni nanti ya).

Masa site viewing, memang tempat ni perfect sangat dah. Apa pakej yang ditawarkan kalau beli di sini:

  • Keluasan 1000 sqft. OK
  • Harga RM440,000, agak mahal
  • Facility. Perfect. Drop off point yang mewah di setiap blok, guarded, kolam renang besar dan luas. Cuma lif buruk sikit sebab bangunan lama.
  • Neighbourhood. Expat dan mostly some other people yang hidup senyap-senyap kat sini. Memang tenang dan aman.
  • Layout agak petak, tapi tak open / kosong sangat sebab dapur masih terasing daripada ruang lain.
  • Unit kat tingkat 1, just nice. Koridor pun open. Buka pintu depan nampak laman.
  • View balkoni menghadap rumah bungalow. Sebab tingkat 1, tak nampaklah view Shah Alam.
  • Toilet nampak lama. Owner tak buat apa sangat kat toilet. Just maintain dari dulu sampai sekarang.
  • Sekolah dan kemudahan lain agak jauh. Kena drive sikit baru sampai sekolah dan Giant Shah Alam. Saya kalau boleh nak anak jalan kaki pergi sekolah.

sri alam dropoff

Drop off yang dimaksudkan. Ada fountain, dua lorong luas, tak sempit / kedekut. Gambar pinjam dari sini

Walau apapun, saya suka sangat unit ni disebabkan oleh persekitarannya yang memang macam resort.

Takde alasan untuk saya tak beli unit ni. Tapi belum tamat lagi ya. Saya akan share beberapa episod lagi dalam kisah cari rumah idaman mampu milik ni. Stay tuned.


Posted

in

by

Comments

23 responses to “Mencari Rumah Idaman Mampu Milik di Shah Alam – Site Viewing No. 2”

  1. hanizam Avatar

    menarik artikal tuan…rm400k?? tu rumah mampu tengok jelah kalau kerja kerani macam aku ni…

    tu belum lagi bayar maintenance..mau sebulan rm250-300..

    kalau level2 aku ni, cari rumah low cost macam kat seksyen 7 pun dah kira ok le…senang nak sewakan…maintenance rendah…value pun tinggi setiap tahun…

    Alhamdulillah, setakat ni planning aku dan isteri kira berjaya jugalah untuk dapatkan rumah low cost di seksyen 7 dan damansara perdana untuk buat sewa…

    cuma kat seksyen 13 (Perdana Apartment) tu mulanya menyesal juga beli, tapi sekarang ni dapat maintain bayar bank dak kira oklah…dapat tingkat 5 cuma untungnya ada lif…

    walaupun duduk rumah kampong je yang selesa utk kami 6 beranak, yang penting dah ada deposit tetap untuk hari tua kelak…

    ape pun, kalau ada cerita menarik pasal hartanah ni, share2 le dengan pembaca ye tuan…tak rugi beli rumah waktu umur kita bawah 40…low cost @ high cost, yang penting rumah kita sendiri…

  2. blog amir Avatar

    kalau harga rumah sekarang macam tu, tak dapat bayangkan harga bila kami dah habis graduate nanti. nak menyewa dgn arifshah lah. Hehe.

  3. ohcikgu Avatar

    tengah mencari rumah kedua gak nih.

    haha..

  4. nasslimdiet2 Avatar

    Harga hartanah sekarang meningkat terlampau mendadak. Golongan pertengahan dan bawahan di kl ni akan jadi miskin bandar satu hari nanti.

  5. emalinmohd Avatar

    Saya suka kawasan yang memang dihuni oleh genuine owner kerana ia akan lebih terjaga dan persatuan penduduk akan lebih aktif dalam menjaga kebajikan penduduk.

  6. Sani Yunus Avatar

    Moga tuan dapat jumpan rumah yang diidamkan…Banyak berjalan luas pemandangan. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan..
    Akhir sekali baru kita buat pilihan yang terbaik…

  7. siti hazreen Avatar

    uishhhh, melihatkan harganya, mampu tengok dari jauh jelah huhu

  8. EjasRahim Avatar

    bro saya orang shah alam dan biasa keluar masuk kawasan kondo sebab ramai member kat situ.

    kalau berminat dengan kondo area shah alam, situ lah yang terbaik. selamat dan exclusive

  9. AZENI AHMAD Avatar

    Berbaloi dengan harga yang dibayar tue memandangkan security , view semua tiptop.

    Tak rugi beli.
    Walaupun tak nak duduk tapi boleh sewakan nanti.

  10. bubbles182 Avatar

    umah rumah kat KL shah alam semua macam mampu tengok je sekarang… -_-”

    kene aim kawasan luar yg ada potensi nak naik pulak.

  11. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    beli rumah memang tak rugi..dulu suami mak jemah pun pernah kata, takpela pakai dulu kereta biasa-biasa, kita beli rumah dulu..sebab apa pun berlaku orang tak boleh halau kita sebab rumah sendiri. kalau rumah sewa apa-apa berlaku kat mana kita nak menumpang?

  12. fara Avatar

    Tibe2 rasa semangat nak beli property..ok cabaran 2 rumah 1 kereta bermula..

  13. finn Avatar

    baru belajar cara mencari rumah idaman, panduan utk masa depan.. ! thx

  14. claypot00 Avatar
    claypot00

    Selalu melepak kat sini zaman study dulu…..very peaceful.
    Security pun superb…..amenities during that time – just 1 café, 1 mini market …sekarang xsure plak.
    Rasanya memang berbalok dengan harga RM 440k…..compared to new development at that area.

    ~my2cents~

  15. Suriya Avatar

    Harga rumah sangat tinggi sekarang. Silap2 Malaysian boleh jadi renting society pulak.

    1. Ariff Avatar

      Sebelum jadi renting society itulah kena jadi property owner. Bila jadi renting society, property owner goyang kaki

  16. Raihanah Ahmad Avatar

    good sharing! nampak cantik je kalau tengok drop off point tu.

  17. Aida Avatar

    Murahnya kalau expat sewa 1,500?? Selalunya confirm lebih 5,000

    1. Ariff Avatar

      Itu yang peliknya. Murah sangat dia dapat sewa situ

  18. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    nak mencari rumah bukan senang. ye maksudnya yang memenuhi kriteris yang kita dah set. cotnoh nak sekolah anak tu dekat dengan rumah, nak kawasan yang tidak crowded atau pemandangan yang menarik..teringat dulu-dulu masa kami dok mencari rumah juga setiap minggu ronda kawasan sehinggalah jumpa rumah yang kami diami sekarang..

  19. Ikhwan Fahmi Avatar

    shah alam memang susah nak dapat rumah harga bawah RM200,000

  20. Afiq Avatar

    Boleh tahan rumah ni. Harga pun rasanya berpatutan sangat.

    Rumah ke-3 ke Ariff?

    1. Ariff Avatar

      Ni cerita rumah kedua laa.. haha. Ketiga nanti dulu