Antara Yang Menarik Dalam Idea Bajet 2014

bajet 2014
Perdana Menteri mengambil pendekatan menarik untuk Bajet 2014 dengan memberikan ruang kepada rakyat menyuarakan idea mereka. Berikut adalah antara idea menarik yang ingin saya komen/kupas dalam entri ini.

1. Pengecualian cukai kepada mereka yang berpendapatan RM5000 dan ke bawah.

Saya ingin cadangkan agar kerajaan mengecualikan cukai kepada mereka yang berpendapatan RM5000 ke bawah. Ini adalah kerana disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi. sebagai contoh, saya yang mempunyai 2 orang anak terpaksa berjimat-cermat dan kadang-kadang terpaksa mengikat perut disebabkan kos sara hidup yang tinggi. Sekian, terima kasih. – Fadil Mohd Yusof

Kalau dulu orang cakap mereka yang berpendapatan bawah RM3000 ni dikategorikan sebagai miskin bandar, sekarang dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat, saya rasa RM3000 tu dah tak tepat lagi. Mungkin RM4000 atau RM5000.

Jadi eloklah yang di bawah RM5000 ni tak kena cukai pendapatan.

2. Pengurangan kos internet/data

Kos internet di Malaysia masih tinggi dan mempunyai had data tertentu. Bagi kos internet dirumah kelajuan 2MB adalah RM80 dan kos data telefon mudah alih adalah RM50 sebulan. Kos ini perlu dikurangkan lagi kerana internet telah menjadi keperluan seperti elektrik dan air. Jumlah keseluruhan internet sebulan adalah lebih RM100 dan kadangkala melebih bil elektrik dan air. Jadi sudah sampai masanya kerajaan mengurangkan kos tersebut. – Baharil

Internet, keperluan atau kemewahan? Semua orang nak guna internet, tapi mereka guna internet untuk apa? Facebook/Twitter/Instagram? Kalau setakat guna internet untuk bersosial, itu dah dikategorikan sebagai kemewahan – benda yang tak apa kalau tak ada, masih boleh hidup seperti sedia ada.

Atau mungkin boleh potong kemewahan yang lagi satu seperti cable TV sebab biasanya bila dah ada internet kat rumah, orang jarang tengok tv.

3. Harga rumah yang tidak masuk akal dan memutuskan harapan orang muda untuk memiliki rumah sendiri

Sebenarnya terdapat ramai orang-orang muda lebih-lebih yang sudah berkeluarga impikan mempunyai rumah sendiri. Tetapi harga rumah yang melampau membantutkan niat orang muda. Tidak semua orang muda memiliki pekerjaan tetap dan mampu membayar hutang melebihi rm500 ke atas. Rumah-rumah kos rendah/PAKR/PPRT/mesra rakyat pun susah untuk dimiliki disebabkan kerenah birokrasi. Tolonglah lihat kepada mereka2 yang betul2 memerlukan. – May Liya Shahid

Personally, saya rasa solusi paling berkesan untuk mengekang kenaikan harga rumah yang melampau ini adalah dengan menaikkan kadar cukai RPGT. Walaupun langkah ni tak menyelesaikan masalah secara total, ia dapatlah mengurangkan faktor spekulasi hartanah yang sedang berleluasa sekarang.

Dan nasihat saya kepada orang muda, if you can’t stop them, join them. Korang tak boleh nak salahkan orang lain yang ambil kesempatan terhadap kenaikan harga hartanah akibat daripada pembangunan negara sekarang. Orang ada duit, mereka beli. Orang buat untung, korang melopong. Tak dapat beli rumah yang mahal, beli yang murah. Apa-apa pun, ilmu di dada perlu ada.

4. Bonus 3 bulan untuk kakitangan awam

Bonus utk kakitangan awam kerajaan yg lebih tinggi seperti 3 bulan. Sy tidak minta ‘pukul rata’ bonus kakitangan awam dgn mrk dlm GLC ttp realiti selama ini menyaksikan perbezaan bonus yg terlalu besar. Boleh bayar secara ansur-ansur, buat ketetapan bila2 masanya akan dibayar (setiap musim perayaan) – Lee Kuok Tiung

Satu benda yang saya sedar bila buka laman cadangan Bajet 2014 ini ialah majoriti cadangan adalah berkaitan dengan permintaan pekerja awam untuk menaikkan gaji/elaun/bonus dan sebagainya.

Dan pekerja awam ni agenda mereka tiap-tiap tahun sama je, minta semua kenaikan tadi. Tak cukup ke dengan bonus tahunan, duit raya dan pelbagai jenis elaun selain gaji yang mereka dapat setiap bulan?

5. Jangan umumkan bonus

1. Jangan umumkan bonus. 2. Beri sahaja bonus seperti biasa dalam akaun PA. 3. Peniaga2 suka ambik kesempatan time bajet. Umum bonus je, barang naik harga. Tak umum pun, harga barang tetap naik. Tidak adil bg rakyat 1Malaysia. Semua orang marah pada PA kerana gara2 pemberian bonus, harga barang naik dan yang tidak dapat bonus (bukan PA) pun dapat tempias kenaikan harga barangan. – Abu Salehek

hahaha… yang ni kelakar tapi ada jugak betulnya. Cuma pengumuman macam ni biasanya untuk survival ahli politik, kalau tak umum, orang tak tau. Macam mana nak undi nanti?

6. EPF Account 2 to reduce credit card debt

Please allow EPF contributors who have adequate balances in their account 2 to pay off their credit card balances. Credit card interest rates are typically between 11 and 18 percent per annum where as EPF only pays up to 8 percent max.It does not make sense to hold that amount in savings when the first everyone does after they have received their EPF is payoff the credit card companies. – Jaclynn Toh

Pengeluaran untuk akaun 2 KWSP dibenarkan untuk beberapa sebab sahaja:

  • Mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Membina/membeli rumah
  • Menunaikan haji
  • Pembiayaan kos perubatan

Manakala hutang kad kredit yang terkumpul dengan banyak pula adalah disebabkan hidup di luar kemampuan sendiri. Adalah sangat membahayakan jika pengeluaran KWSP boleh dilakukan untuk menyelesaikan hutang kad kredit kerana orang ramai akan lebih cuai terhadap perbelanjaan mereka.

Apa pula idea anda untuk Bajet 2014?

15 Comments

  • ira

    9 September, 2013 at 10:18 am

    setuju dgn point 1 tu… x sesuai lgi Rm3K di gelar miskin bndar sbb 5K pun dah trcungap2… apa kata pengecualian brmula dr 6K?

    dan point 2 pun sama, intenet msia mmg mahal brbeza sgt dgn spore.. sana murah & sgt laju!

    apa kata kasi rebet pd kosmetik?
    akibat minyak naik 20 sen, kena tukar brand make-up skang… huhuuuu

  • rich

    8 September, 2013 at 5:54 pm

    Bagi aku,bajet 2014 ni elok lah di fokus kan kepada pengguna pengangkutan awam,seperti bas,Lrt,Tren komuter dan teksi.Mungkin kerajaan boleh salurkan subsidi minyak ini kepada pengangkutan awam ni sebagai contoh rebet 10% kepada semua rakyat malaysia yang menggunakan tren bas dan lrt/monorel. Tapi kerajaan kena lah ada inisiatif untuk meningkat kan taraf perkhidmatan ni Bagi aku la kan,bahang kenaikan minyak ni lebih terasa pada pengguna kenderaan persendirian.
    Tak lupa juga nasib2 nelayan yang perlu di bela.
    Aku faham mengenai kenaikan harga minyak dunia dan kerajaan mungkin tak mampu untuk menanggung subsidi yang banyak,tapi aku bersyukur kerana harga minyak ini masih lagi di bawah kemampuan.,Macam mana pulak dengan cukai internet,astro dan bil talifon?Adakah ianya mengikut harga kenaikan dunia juga?Fikir lah..
    Kalau tak dapat turun banyak,turun sikit pun jadilah.,atau mungkin kerajaan perlu mengkaji semula mengenai gaji asas RM1200 di naikkan kepada RM1600.Atau kerajaan perlu mengkaji semula pemberian BRIM di berikan kepada mereka yang berpendapatan sekeluarga RM4500.

  • saljuhumairah

    8 September, 2013 at 12:32 pm

    kehendak rakyat memang tak kan pernah habis, kalau bagi yang ini mahukan yang itu pula. yang penting keperluan asas diperkukuhkan bukannya menambah perbelanjaan baru sedangkan yang penting lain dibiarkan terbengkalai. kaji semula projek yang menyebabkan perbelanjaan negara meningkat sehingga membebankan rakyat untuk cover balik dengan pelbagai cukai. contohnya minyak yang merupakan keperluan. kesan minyak adalah kepada kenaikan barang – barang keperluan lain. makcik yang naik basikal pun bimbang kalau minyak niak sebabnya bawang di pasar juga akan naik dan tak turun dah kalau minyak diturunkan semula.