Menangi Tiket Percuma ke MTV World Stage Live in Malaysia #worldstagemy

Reading Time: < 1 minute

Tahun lepas aku ada dapat gak beberapa tiket MTV World Stage Malaysia ni, tapi tak dapat pergi pun atas sebab-sebab tertentu. Tahun ni rasanya macam best je kalau dapat pergi. Line up artis yang dah confirm setakat ni Bunkface, Katy Perry, Tokio Hotel ngan Wonder Girls. Yang aku rasa minat nak tengok Bunkface ngan Katy Perry je la. Tokio Hotel ngan Wonder Girls tak kenal langsung. Rasanya MTV World Stage tahun lepas lagi best kot sebab ada All American Rejects.

Tiket MTV tu aku dapat dari Youthsays tahun lepas, lagi 2 aku redeem ngan Celcom Xpax. Untuk MTV World Stage tahun ni macam takde je redeem ngan Xpax tu tapi Celcom Xpax still sponsor jadi sponsor lagi la. Mungkin lambat lagi kot Xpax punya promotion tu. Untuk tiket free MTV World Stage Live in Malaysia tahun ni diorang buat giveaway kat website MTV World Stage Malaysia. Senang je nak dapatkan dia, kena cari orang minyak yang bogel atau seekor lebah kat website diorang. Masing-masing ada bawak papan tanda win tickets kot. Aku tak pernah nampak lagi.

brought to you by


Diorang buat giveaways ni tiap-tiap jam dan kadang-kadang selang 2-3 jam. Sakit hati gak sebab susah gile nak dapat. Entah berapa ribu orang lagi yang tercongok depan screen komputer menunggu benda ni. Aku lain la, aku kena jaga blog. haha~ Ada gak aku terbaca blogger-blogger lain menang. ish..

Kalau menang dapat 2 tiket. Orang minyak yang bogel tu kasi tiket biasa je, kalau lebah tu kasi express ticket. Tak payah beratur panjang-panjang. So bolehla masuk dengan gayanya. haha~ Tapi melihat kepada persaingan, aku nasihat tak payah mengharap sangat lah. Benda ni memang ikut nasib. Kalau time korang refresh tu keluar makhluk tu, memang nasib baik la. So, good luck!

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

14 comments

  1. MTV WORLD STAGE tickets for sale (: If interested, contact me by smsing to 012 688 2356. XZONE and NORMAL tickets

  2. Hi,
    Agak susah lah nak spot Junior or Bee dekat website die. I’ve waited for like 5 giveaways then I give up. Junior and Bee is pretty small actually. You have to be a keen observer to spot them at the top or bottom of the page. But you are lucky if you get to spot one. I’ve been waiting for too long. Also, there are some lucky winners yang jual their tickets on the website from time to time. Just go check dekat MTV punye website. Good luck :]

  3. It’s sure best! I baru je menang 2 passes (byk percubaan utk cari Junior)!! Memang kena ada sikit luck baru senang untuk menang….

    1. Katy Perry unik kot. Aku suka tengok dia dalam video If We Ever Meet Again ngan Timbaland tu.

      1. Sama la, aku suka giler tengok dia dalam video If We Ever Meet Again. Download video tu dan asyik ulang banyak kali je. Dia memang unik. Muka ada iras Zooey Deschanel yg comel tapi versi yg lebih hot.

  4. cara nak menang nyer sungguh menyakitkan hati dan mata… punya la bukan main lama mata tercongok dpn skrin last2 bila refresh dah ada pemenang. siot tul.

    1. Itulah. Nak nak musim World Cup ni, lagi gila. Tengah-tengah malam ngan awal pagi pun ramai menunggu. Fedap.

      1. tak try ke ariff? alang2 dah tercongok depan blog.
        hihihi.. ramai gile tak puas hati ngan mtv.
        takde cara lain ke eh nak beli?
        dah la dapat 2 je. nak bawak orang laen pun takbley

        1. Try la jugak. Tapi itulah. Memang buat sakit hati je..
          Rasanya nanti XPax buat macam tahun lepas gak. Kene register pastu dapat tiket free

Comments are closed.