Memperkenalkan Innity Ads

Aku merajuk dengan Nuffnang kerana ada blog-blog lain yang lebih under perform (bukan nak cakap blog aku ni bagus sangat or apa) boleh dapat buffered ads tapi aku tak dapat. Hampeh~ Jadi aku strip semua Nuffnang ads tu supaya aku boleh simpan status Glitterati and nak try run Innity ads pulak. Jap, rasanya better start bulan Febuari nanti kan baru tukar guna Innity. Mana tau awal bulan nanti boleh dapat buffered ads Nuffnang ke.. Takpe, aku fikir masak-masak dulu malam ni. Kalau ada keperluan, aku letak balik Nuffnang sampai awal Febuari.

Bukannya apa, dah ada steady trafik, aku rasa elokla dimanfaatkan. Kalau tak membazir je trafik ribu riban masuk tiap-tiap minggu. Apa-apa pun Innity ni lebih kurang je macam Nuffnang, majoriti blogger tegar berpendapat Nuffnang kasi lagi banyak sebab Nuffnang ada lagi banyak advertiser dengan diorang. Betullah tu, tapi kalau buffered pun aku tak dapat, maka ada baiknya aku try Innity ads ni. Mana tau rezeki murah kat sini.

Kalau nak join Innity, unique visitor kena ada 3000 sebulan. Normal la tu kot. Pageview pulak dia tulis nak 15000, tapi aku tak sampai pun banyak tu, still diorang approve. Ntah. Nasib baik kot. Aku pun terkejut gak pagi semalam.

Selain daripada banner-banner tu semua, ada text link jugak. Tengok bawah cbox tu. Itu adalah text ads. Kalau berminat boleh visit. Banner ada yang CPM (atau popular dikalangan Nuffnangers sebagai buffered ads), ada yang CPC (cost per klik) dan ada yang CPE (cost per engagement). CPM ni kira ikut harga seribu views. Contohnya RM10 untuk 1000 impression (tak payah orang klik tapi kalau klik dapat la bonus kan). CPC macam biasa dan CPE pulak, macam masa TM Everyone Connect dulu ada Bunkface punya video yang boleh klik play tu. Ha, yang tu CPE. Kalau orang klik play boleh dapat duit.

Kalau tanya aku patut ke tak join Innity, aku jawab senang je. Kalau korang takde buffered lagi and nak try benda baru maka trylah. Tapi kalau ada buffered ads Nuffnang, then tak payah la kan. Buang tabiat je macam tu.


Posted

in

by

Comments

38 responses to “Memperkenalkan Innity Ads”

  1. anastasyea Avatar

    masih dalam proses apply innity (“,)

  2. Izwan Avatar

    aku 100++ visit je sehari.. UV kompom sikit r.. haha.. mesti tak approve kan nak apply..

  3. asyrafi 94 kelantan Avatar

    alo apekebendenye buffered tuh?

  4. DaHLia Avatar

    dtg sini….tgk perkembangan innity sini..hoh..

    tension gak sbb xdpt Buffered…ni nk emel INNITY laks
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. 5# Jom Relaks Minda : "Installing Husband…." =-.

  5. aried Avatar
    aried

    salam bro,
    aried nye blog da stdy ngan nuffnang,
    buffered penuh je tiap2 hari, plg kurang ade 4 dlm 1,1 masa,
    earning pun dh lepas ratus2,
    tpi bila tgok kwan2 wat bnda ni, dlm 1hari je dah dpat RM30,
    terbakar gak kepala ni pkir,
    rasa cam nk tukar je,
    cam ni la, kalau bro boleh kasi feedback positive cam testimoni ke, aried akn try innity ni gak, mane tau lagi masyuk kan,

    kalau bro leh wat testimoni, InsyaAllah aried boleh wat 1 posting dan msukkan bro dlm testimoni posting tu,hehehhe, boleh???

    kepada sahabt bloggers lain juga, boleh je kalau nak jugak, aried nk try bnda ni jugak le,hehhhe,

    Contacct aried kat http://mathsensei.blogspot.com/

  6. nOj Avatar

    patut la nmpk ijau2 je. pencen dh nuffnang ek. mmg kecewa bile kwn2 yg unique 100+ je dh dpt sampai 7 buffer. :( nk kena pindah innity plak ke ek?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Kecewa. Dah lama dah bersabar, tapi macam tu gak perangai dia.

      Last-last kita tukar je. Yang baru ni pun alhamdulillah la =)

      Kalau nampak-nampak nanti jenguk-jenguk la mana yang minat ye =)

  7. lizz Avatar

    macam menarik. tp, kat blog aku ade buffered. huhuu

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takpe2, manfaatkan buffered tu sebaik-baiknya.

  8. iamsura Avatar

    saya tak pernah wat ads pun,
    mak saya je wat, pastu letak kat blog saya..
    eheheh, bagus tak :D
    .-= iamsura´s last blog ..Iamsura Portfolio dah dibuka :) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. mak awak? siapa mak awak? dia ada blog ke?

      1. iamsura Avatar

        ada..
        kalau nak tengok klik sini :D
        muzik-10[dot]blogspot[dot]com..
        blog pasal penerbitan dia :)
        .-= iamsura´s last blog ..Iamsura Portfolio dah dibuka :) =-.

  9. L Avatar

    uhuhu.. nuff kite pun xde.. 10 hengget jer dari bukan lepas .. pelik gak .. nnt try la innity pulak.. tq for info

  10. tED| Avatar

    arif..

    samalah kes kau dgn aku. sedikit lebih kurang! buff 3 kerat jek. ha ha ha ha..
    dulu kencang gak sampai 10. skang hidup segan mati x mahu. harap yang klik yg biasa2 jek. seminggu nak dapat rm20 pun payah.

    syarat2 innit tu macam aku dah cukup. InsyaAllah. tgklah nanti macam mana,
    TQ bagi info pasal innit. aku mmg x pernah berkenalan sblm ni!

  11. x-po Avatar

    so stakat ko gne bnda ni, cmne bro? masyuk x?
    .-= x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haish. Awal lagi nak cakap apa-apa. huhu..

  12. mr superman Avatar

    bro, aku pun cam ko..tgh dok pk2.,.traffic byk tp buffrd nuffnang xde cam nk beralih arah.cume ak nk tau innity ne dh ade yg dpt check blm?
    .-= mr superman´s last blog ..!!..Contest: Kamera Digital untuk Dimenangi..!! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada2. Tengok spblogger.com. Cuma lambat sket la dia dapat. admax tak nak try?

      eh. admax nak domain sendiri. So tak boleh.

  13. ohmalaysia Avatar

    tadi nak komen x dpt. ni baru dpt. aku dah 9 hari pasang innity. setakat ni alhamdulillahlah. nampak hasilnya. dulu ms guna nuffnang, nak dekat sbulan baru dpt RM3. tp kalo psg innity 1st day dah dpt RM10++. Kalo trafik bagus boleh dpt RM30++ sehari.

    1. ariff Avatar
      ariff

      banyak beza tu.

      Nuffnang ni pelik sikit. So kalau ada trafik tapi takde buffered, memang lupakan jelah Nuffnang tu. Diorang memang pilih blog untuk buffered ads. Kalau tak suka, memang tak dapat ah.

  14. enydiamond Avatar

    taktaw la apa menda ni :(

    1. ariff Avatar
      ariff

      sama je macam Nuffnang, cuma company lain ;)

  15. nursarah Avatar

    yang penting ko bahagia dengan pilihan yg ko buat..hehe
    .-= nursarah´s last blog ..beer & tapai ada persamaan. =-.

  16. fina fento Avatar

    selamat berjaya ye encik ariff..
    .-= fina fento´s last blog ..Sehari di Pasir TENGKORAK =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thank you =)

      Harap ok lah

  17. Nazz Avatar

    Ait bro.. merajuk ker..? hi hi
    Takpe aku tengok innity ni pun dah mula mendapat tempat.. so maknanya advertiser diorang tentu akan bertambanh .. kan kan..

  18. Mr.Bintang Avatar

    aku nk try x ter try² lg sbb tngh buff. hehe..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak payah. Ada buffer jangan. Aku pelik apesal diorang tak nak pilih blog aku. Siot betul.

  19. sya Avatar

    wah.. duit nuff ada bape sen je ni.. bole jugak cuba kan… tq.. tq…

  20. wawaa Avatar

    keep it up…chaiyok!
    .-= wawaa´s last blog ..Japan Airlines bankrupt…! =-.

  21. Philip Avatar

    Aku setuju, kasi buang nuffnang, bagi masuk Innity, wakaka….. Innity public company listed kat Bursa. Bayaran pun ok, sebulan boleh dapat RM300+ …….

  22. eyriqazz Avatar

    fuhh,mengancam,..nanti jgn lupa update income innity..buat masa ni masih setia dgn nuffnang…

    1. ariff Avatar
      ariff

      hAHA. Kalau ada insya allah update =)

  23. Miss Q Avatar

    nuff ada RM6.50 je.. isk3

  24. Memperkenalkan Innity Ads | blog.ariff…

    Aku merajuk dengan Nuffnang kerana ada blog-blog lain yang lebih under perform (bukan nak cakap blog aku ni bagus sangat or apa) boleh dapat buffered ads tapi aku tak dapat….

  25. Memperkenalkan Innity Ads | blog.ariff…

    Aku merajuk dengan Nuffnang kerana ada blog-blog lain yang lebih under perform (bukan nak cakap blog aku ni bagus sangat or apa) boleh dapat buffered ads tapi aku tak dapat….

  26. Kujie Avatar

    kak jie ada akaun innity…tunggu masa juga – skrg bukan masa yang sesuai…buffered tu ratus2 nak metered dulu

    dah pernah cuba 2 minggu..kencang juga
    .-= Kujie´s last blog ..Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kak jie punya blog tok sah cakap la. Haha. Saya baru nak start benda2 nih.