Memperkenalkan Apple iPad

Pertama sekali, apa gunanya Apple iPad ni? Apple iPad ni dicipta untuk bersaing dalam pasaran netbook. Fungsi dia lebih kurang sama je dengan fungsi netbook, cuma Apple iPad adalah daripada Apple dan korang mesti sedia maklum betapa bagusnya barangan Apple ni kan. Sudah tentu Apple Ipad adalah lebih bagus berbanding netbook biasa.

Fungsi sama macam netbook, tapi barangan Apple mana pernah sama kualiti dengan barangan jenama lain

Kalau buka Berita Harian, Utusan, NST mahupun myMetro boleh tengok full page

Macam biasa Apple iPad ni ada Wifi dan kalau nak model yang ada built in 3G, kena bayar lebih sikit. Aku anggarkan harga dia dalam lingkungan RM2500-3000 untuk model yang paling murah (kapasiti 16 GB) dengan built in 3G. Jadi senang la beli sim Celcom 3G atau Digi ke, sumbat dalam tu then boleh guna internet macam kat netbook biasa.

Kecik je, lebih kurang macam buku teks sekolah menengah, cuma buku teks lagi tebal

Nipis, senipis-nipisnya. Ooh~ Seronok betul kalau ada satu.

Setengah inci je tebal dia beb~ Pergi amik pembaris ukur sendiri setengah inci tu macam mana. Berat dia pulak
700 gram je. Sesuai untuk dihadiahkan kepada awek anda yang hot :D

Untuk brader-brader kat luar sana, Apple iPad ni boleh buat
main game gak beb~ Lagi puas hati macam ni.
Touch keyboard. Aku sebagai pengguna iPhone memang mengimpikan touch screen yang besar
macam ni. Memang seronok!

Jadi apa lagi, kumpul la duit earning Nuffnang korang. Tak kisah la duit Nuffnang ke, Adsense ke, Sponsored Tweets ke. haha~ Barang baik ni. Kalau siapa-siapa yang tengah usha-usha netbook tu, baik tungguk Apple iPad ni je. Dijangkakan bulan 8 nanti sampai Malaysia kot.

Kepada blogger otai Kak Jie, siapla.. Silap hari nanti confirm anak-anak kak Jie mintak Apple iPad ni, tapi untuk kak Jie no problem kan, sentiasa masyuk je dengan lebatnya.

Aku tak tau la. Laptop rosak, ada alasan nak beli ni (ada alasan nak buang duit lagi..). Entahla, kalau boleh nak simpan je duit dalam bank tu kasi juta-juta banyak. Tengoklah nanti, ikut keperluan.

Pautan lain:

Ariff Shah: Maklumat pasal barangan Apple yang lain boleh klik link kat banner paling kanan paling atas. Macam-macam ada ;)


Posted

in

by

Comments

47 responses to “Memperkenalkan Apple iPad”

  1. Kujie Avatar

    skrg ni anak2 dok mengendeng tgh bodek..hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      hoho.. iPad tu kalau rumah ada wireless memang sedap guna =)

  2. Hadi Avatar
    Hadi

    Boleh download semua bagai kan ? eheheh . kalau camtu nak kena ada sebijik syok mendesign-design macam filem starwars . ahaha

  3. Isma Avatar
    Isma

    Salam

    saya ada 1 stok iPad wifi 16gb… kawan dr us balik bercuti dan beli 1 utk dijual di blog/facebook ShopFrom-USA kami.

    kalau berminat boleh hubungi saya.

    http://www.shopfrom-usa.blogspot.com

    1. semut merah Avatar
      semut merah

      brape harga….

  4. hanis Avatar

    Ada alasan nak buang duit ek? Hmmm… Pelik la. Dah 4 entri nis tulis lepas entri bawah tu.. [tengok link bawah ni..] tapi dia jugak yang keluar. Ariff boleh tolong tak??

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oh. Pasal tu, dia memang lambat sket kadang-kadang. Ni server kat comluv punya kerja.

  5. dee Avatar
    dee

    nak beli juga…… p budget tak cukup……. sayang buang duit ne……. fikir lagi lah…… hehe

  6. izyanty collction Avatar
    izyanty collction

    aku pun ada ipad gak tp bukan apple nye le,memang best kecil n ringan senang nak bawa p mana2. siap cover bunga2 lg,special adision huhuhu…..harga pun xmahal sgat brand lenovo. sesuai untk gna internet je n seronok2…

  7. linahilmin Avatar

    salam ariff,
    boleh tau tak where can i buy this? tanya kat apple store belum ada, same goes to 2/2 shops kat low yatt… klu u tau let me know ye.. tq!
    .-= Cerita terbaru linahilmin.. ‘mie sedaap’ memang sedap lah! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yup, belum sampai Malaysia lagi. Will write about it once dah ada nanti

  8. beliamuda Avatar

    lawa iPad ni, cam banyak kekurangan la plak.
    .-= beliamuda´s last blog ..(The Fray) Heartless – Tiada Hati Perut? =-.

  9. heatzik Avatar

    besor seh apple ipad nieh…aku lg suke iphone dr ipad nie
    .-= heatzik´s last blog ..Hati-Hati Dengan KoobFace =-.

  10. Fadzli Avatar
    Fadzli

    cool giler.. ak jamin sekali jatuh.. rosak terus.. hahaha..
    .-= Fadzli´s last blog ..I Hate Fasha Sandha =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      iPhone aku 2-3 kali jatuh alhamdulillah tak rosak lagi. Teruk la aku ni.

      tapi ada protective case la. hehe~

      1. iamsura Avatar

        wah dah ada iphone..
        mesti bestkan…
        hhuhu :)
        .-= iamsura´s last blog ..Iamsura Portfolio dah dibuka :) =-.

  11. nOj Avatar

    fuyooo fuyooo nmpk hebatnye. tp mesti susah nak taip taip kan. setakat nk bwk jalan2 berlagak leh la kot.

  12. qismina Avatar
    qismina

    bestnyer bnda nih.. tapi tgk jer laa.. nk beli tak mmpu… tunggu jer gadget baru yg muncul setelah aku mmpu.. ahaha

  13. lizz Avatar

    huwaa!!! sape nak blanjer aku mende alah ni wei. kehkehkeh. cool giler ni.

  14. Frantz-Senpai Avatar
    Frantz-Senpai

    wa,… kne beli 3 ni.. satu girlfriend, satu untuk bakal mak mentua.. satu untuk aku.. muahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      Aih. Mak mentua pun nak kasi gak ke? Wa.. bakal menantu bagus ni.

  15. iamsura Avatar

    huhuhu..kenapa ariff tunjuk yang ni…
    dah angau dah ni..
    dulu nak iphone, skrg nak dua2..tak ada duit nak beli plak tu..
    huhuh, angau2… :P
    .-= iamsura´s last blog ..Iamsura Portfolio dah dibuka :) =-.

  16. Nazz Avatar

    Cantik tu.. harga.. mak ai.. tak de ke sesapa yg nak klik Nuff aku setiap masa..? nanti aku bleh beli satu.. har har har
    .-= Nazz´s last blog ..Aduka Taruna, Fasha Sanda dan Memey =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Nanti aku datang blog ko kalau ada aku klik :D

      Tapi itulah, ni mainan anak-anak orang kaya je.

  17. eyriqazz Avatar

    Aku nak satu…nampak cantik siot…tapi,mampukah aku?
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kunci Kejayaan =-.

  18. Helmi Avatar

    Aku bengang tgk Ipad ni….not as what people expecting earlier on.

    Ipad ni aku tgk x lebey mcm ipod touch on steroid. Badan je mengembang tp features x byk beze dgn ipod touch.

    Bagi aku daripade beli Ipad ni, baek beli ipod touch plus imac. Berbaloi sket. Even website mcm Cnet ngan Mashable pon sumue bengang…kutok kaw2 Ipad ni.

    Kalau dlu aku tgk ipod touch…iphone…boleh terkagum la gak. Tapi bile tgk ipad ni, terus kebengangan melanda sebab dahla mahal…xde features yg best2.

    Daripada surf gune ni, baek gune laptop, lagi senang. Klu utk ebook pon, ipod touch pon dh cukup. Evem amazoon kindle ngan mark & noobles nook pon murah gile.

    bengang…bengang….hehehhe

  19. Lord Zara Avatar

    pergh~
    meleleh siot~
    ya, aku stress~
    aku nak~
    hahaha~
    .-= Lord Zara´s last blog ..Aku Mahu Senyap Dan Duduk Diam. =-.

  20. Wan perlis Avatar

    klo aku kaya kompem beli satu.

  21. fana164 Avatar

    Wohooo…
    mmng cantik..
    tapi kena gigih kumpul dwet la mcm nih…

  22. luth textile Avatar

    aku lebih tergoda dgn iphone

  23. shandye Avatar

    harga pasaran saja sudah cecah 2k lebih untuk modal 16gb. mmg nampak cool tapi rasanya pasarannya tidak cukup kuat untuk saingi pengguna laptop sedia ada untuk bertukar ke netbook.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau nak bertukar tu, rasanya tak lah tapi pasaran netbook tu memang dah ada. So Apple just ambil peluang untuk menembusi pasaran yang sedia ada je.

      1. jay Avatar
        jay

        setakat boleh berinternet,main game dgn ipad ni baik toksah bazir duit beli mende alah ni.rege pun nak hampir rege laptop.ipad bkn ada msoffice bagai mcm laptop.

  24. Afif Avatar

    Agak-agak lagi mahal dari Kotex tak?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Lol~ Confirm la. haha

  25. wawaa Avatar

    waaa…bagus utk men nfs lagi tu…suke2!!
    .-= wawaa´s last blog ..Bangkok RM709 All inclusive =-.

  26. aman Avatar

    Hehe. Jom kumpul duit tuk beli nie. Yayy~
    .-= aman´s last blog ..Apple Memperkenalkan Tablet Mereka – iPad =-.

  27. chah Avatar

    waa… teruja… mmg barang baik punya.. haha

  28. getting the motivation to lose weight Avatar

    Fantastic post, I really like your style.

  29. joegrimjow Avatar

    harga pon best jugak ni
    erkkk
    ngah pk nak tuka ke x iphone skrg pada lg bl tu
    nuffnangnye pengaruh kuat sangat ni
    hehe

  30. Amir Avatar
    Amir

    Menarik. Sebenrnya berdasarkan gmbar2 kat atas aku rasa iPad ni mcm iPhone versi skrin besar je. Mcm mana pun aku rasa produk ni kalau datang dengan saiz simpanan 16gb tu aku rasa memang x cukup. Dengan saiz skrin yg lebih besar msti lagi banyak aplikasi yg boleh digunapakai dan tentu perlu saiz stor yg besar. Haih, dunia makin canggih.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada size lagi besar, 64GB kalau tak silap. Aku cuma mention 16GB nak make it look affordable. Of course yang besar2 tu lagi mahal.

      Tapi, ni bukan phone. haha. Kena ingat fungsi dia nak lawan dengan netbook.

      Btw, iPhone aku yang 8Gb ni pun tak luak-luak guna. haha~

      1. Amir Avatar
        Amir

        Bergantung pada penggunaan aku rasa. Aku punya iphone 16gb tapi rasa tak cukup nak letak semua benda sebab aku subscribe banyak podcasts dn simpan segala jenis apps.

        Sebab dia bukan phone tu aku bayangkan dengan skrin besar tu digunakan untuk mcm mcm kegunaan lain. Simpan movies, muzik, games, dan nanti mungkin akan kluar apps yg manipulasikan saiz skrin dia yg besar mcm untuk buat sketch/lukisan, semua tu perlukan storan yg besar. 16gb just doesnt make sense.

  31. Aelfi Avatar

    steve job dah buat launching ke?aduh..kopak duit lagi..
    .-= Aelfi´s last blog ..Tips untuk fotografi hari ini. =-.

  32. Memperkenalkan Apple iPad | blog.ariff…

    Pertama sekali, apa gunanya Apple iPad ni? Apple iPad ni dicipta untuk bersaing dalam pasaran netbook. Fungsi dia lebih kurang sama je dengan fungsi netbook, cuma Apple iPad adalah daripada Apple dan korang mesti sedia maklum betapa bagusnya barangan A…

  33. Dr House Avatar

    Ni la rupanya gadget Apple yang digembar-gemburkan tu ye.
    .-= Dr House´s last blog ..Radeon E4690 Mobile PCI Express module for the embedded market =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Aku pun baru tau hari ni. Dah malas sangat nak ambil tahu, takut terbeli pulak nanti.