Perkara Yang First Timer Perlu Tahu Sebelum Memohon Loan Rumah

Reading Time: 2 minutes

Kebanyakan pembeli rumah sekarang akan mengalami masalah gagal atau susah nak dapatkan kelulusan loan rumah, tak kiralah untuk yang first time home buyer ataupun buyer yang dah berpengalaman. Jangan terkejut, saya yang dah beberapa kali apply loan dan lulus pun pernah dapat surat rejection daripada bank untuk permohonan loan rumah.

Dalam kebanyakan kes loan rumah kena reject, majoriti disebabkan:

Pertama, pembeli tak berpengalaman dan tak tahu macam mana nak submit loan dengan dokumen yang betul serta tak bersedia nak apply loan rumah. Majoriti ada masalah macam ni. Kebanyakannya mungkin dapat submit dokumen yang betul tapi sangkut kat persediaan sebelum apply loan rumah, mostly sebab CCRIS.

Yang masalah CCRIS ni paling common sekarang sebab PTPTN. Kalau tak bayar, confirm akan ada rekod buruk dalam CCRIS yang seterusnya membuatkan bank tak luluskan permohonan loan rumah. Majoriti local graduate ada PTPTN, pembayaran PTPTN adalah perkara pertama yang perlu dijaga kalau nak dapat loan rumah dengan mudah.

Lagi satu masalah yang berpunca daripada CCRIS adalah rekod lapuk yang buruk.

Contohnya macam ni, beberapa bulan lepas mungkin loan kereta anda pernah tertunggak 2 atau 3 bulan. Walaupun tunggakan tu dah dilangsaikan dan pembayaran semasa on-time, rekod buruk ni masih boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan kelulusan loan rumah. Dalam hal ni, kalau permohonan loan ada tak strong atau sekadar boleh lepas, berkemungkinan besarkan masih akan ditolak oleh bank.

Jadi kalau dah pernah ada rekod buruk macam ni, nak tak nak kenalah tunggu setahun dulu sampai rekod buruk tersebut keluar daripada laporan CCRIS kemudian barulah boleh mohon semula loan rumah.

Untuk first timer dan beginner, mungkin anda tak faham apa yang saya cakapkan di sini. Oleh itu dijemput untuk baca entri lain tentang pembelian rumah seperti ini, ini dan ini. Apa yang saya pernah share rasanya cukup untuk membantu anda dalam proses memohon loan rumah.

Kalau dah baca tapi masih clueless dan mahukan sumber lain atau malas nak selak page blog ni satu-satu, saya recommend baca ebook panduan nak apply loan rumah ni. Panduan ni straight forward tunjukkan anda apa yang perlu ada untuk hasilkan loan submission yang mudah untuk diluluskan oleh bank.

Of course benda ni semua bergantung kepada kelayakan kewangan anda la. Tipulah kalau saya cakap gaji RM3k boleh apply loan rumah RM1 juta kalau follow ebook tu. Apply loan ni bukan rocket science pun, just that dalam keadaan bank susah nak approve loan ni, you need the right knowledge and how-to on submitting your application.

Daripada pembacaan saya juga, ada elemen dan teknik dalam ebook tu saya belum cover dalam blog. So it’s a great addition kepada yang nak jimat masa tak nak kena reject dengan bank dan terpaksa apply loan semula.

So there you go. Dah lama saya tak apply loan rumah, bagi yang ada apply baru-baru ni, kongsi sikit pengalaman.

 


Posted

in

by

Comments

9 responses to “Perkara Yang First Timer Perlu Tahu Sebelum Memohon Loan Rumah”

  1. yatie Avatar
    yatie

    Alhamdulillah, loan utk first home lulus dengan mudah dengan Perbendaharaan. Kalau nak buat second loan rasenye mesti problem pasni…huhuhuhu

  2. wansyahida Avatar

    Info yang menarik.. Saya belum ada rezeki untuk beli rumah, moga lepas ni di permudahkan urusan untuk mendapatkan loan.

  3. siti hazreen Avatar

    alhamdulillah saya dah lepas loan bank tahun lepas ;)

    memang mencabar sebenarnya berurusan dengan bank pasal loan rumah huhu

  4. rahimah majid Avatar

    Mara loan anak saya buat auto debit supaya ccris dia cantik. Setahun dua ni cantikkan akaun dia dengan masukkan ASB , Tabung Haji dan simpan resit-resit beli emas sebagai part of the strategy. Buat satu personal profile yang khas untuk submit loan dengan bank.

  5. cik poket Avatar

    kalau buat loan rumah guna akaun syarikat enterprise takleh lari dari ccris ke?

    1. Ariff Avatar

      Tak pernah dengar lagi apply loan guna syarikat enterprise. Biasanya kalau enterprise pun mesti akan tie kepada nama individu

  6. Che Rohe Avatar
    Che Rohe

    Baru2 ni saya ada apply loan guna My1st Home scheme, insyaAllah loan approved dan tengah tunggu Offer Letter dari bank. Tapi yang tak bestnya officer tu kata, rate will be ‘variable’ bukan ‘fix rate’. Ikut pemahaman saya, variable rate means not compliance to islamic financial. Officer cuma kata, bukan conventional, bukan jugak islamic. Mohon pandangan tuan berkenaan hal ni.

    1. Ariff Avatar

      Kalau dalam kontrak tu patuh syariah, maka betullah patuh. Yang tetapkan patuh syariah ni based on guideline panel syariah BNM. Mereka lebih tahu. Mungkin pemahaman Che Rohe ada silap sikit tentang kadar keuntungan tu

  7. Hanz Avatar

    sekarang makin susah nak wat loan…
    tp ada bagus jugak sbb pasaran hartanah tgh mengiler…
    mcm x logik dlm 2-3 tahun harga hartanah boleh naik lebih 100%…