Pembelian smartphone adalah trend zaman sekarang. Semakin canggih dan terbaru smartphone yang dimiliki, semakin puas hati yang memiliki. Namun, selain menangkap gambar, merakam video, membaca email, bersosial di Twitter & Facebook dan bermain game, apakah lagi yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan pembelian gajet yang berharga ribuan ringgit ini?
Di Moscow, saya menghabiskan masa hampir 3 jam untuk berulang alik dari hostel ke universiti, itupun kalau tak singgah ke mana-mana. Menempuh perjalanan yang memakan masa berjam-jam adalah perkara biasa dalam kehidupan di kota besar ini. Pada kebiasaannya, orang di sini membawa buku atau surat khabar untuk dibaca ketika dalam bas atau tren.
Tapi masalah utama saya ialah, akhbar Russia bukanlah sumber bacaan saya. Biasanya saya menghabiskan banyak masa di internet dengan membaca blog dan laman web akhbar tempatan. Untuk memudahkan urusan pembacaan, saya mengumpulkan RSS feed daripada laman-laman web ini menggunakan Google Reader dan membaca terus melalui Google Reader.

Terra Nusa – satu lagi blog kewangan kegemaran selain blog ini
Dengan penggunaan aplikasi Google Reader untuk Android (tak tahu samada wujud ke tak aplikasi ini untuk iOS dan Blackberry), blog dan laman web berita kegemaran saya kini di tangan saya. Bolehlah mengisi masa ketika dalam perjalanan pergi dan pulang ke kelas dengan membaca.
Kepada adik-adik yang ingin meminta smartphone daripada ibu bapa anda, bolehlah menggunakan teknik yang sama sebagai alasan kukuh untuk memiliki smartphone. Mana tahu, silap-silap boleh dapat pelan pascabayar yang ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa anda. Untunglah macam tu..

Comments
52 responses to “Memanfaatkan Penggunaan Smartphone”
tu la..dunia pantas berubah…rasanya 2-3 tahun lagi dah xde dah phone yang bukan smart phone….hoho..
belum lagi masa untuk bertukar. tunggu masa yang sesuai. hehe..
Kalau tak perlu, tak payah kot. Nanti tak guna, membazir dah
Bro sorry lah aku memang tak baca entri ni tapi aku dah buat draft entri panjang lebar penggunaan smartphone dalam kehidupan seharian… sumpah aku tak tiru entri ni… heeee
haha. no problem je.. Kebetulan semua tu.
Tunggu dapat bursary dari school dulu la nampaknya :|
Memang teringin nak pakai smartphone ne,apakan daya belum mampu lagi
Saya pun tukar ke smartphone masa umur 20 tahun. Ikut kemampuan, jangan paksa diri
rupa2na aku masih lagi buta dengan function Google Reader…baru ku ketahuan rupanya…..haha, lepas ni boleh la nak godek2 google reader…
Aku pun baru tau sebenarnya. Agak rugi kalau tak digunakan sebab ianya memang bermanfaat.
terbaiklah google reader.. tp sayang, BB punya app utk google reader kena beli…. mahal pulak 2…. RM39! haha… terpaksa guna yg trial dulu….
ya memang untung.
kalau kat kanada pun sama, lagi2 google maps.
dari situ pun boleh tgk bus schedule, route etc. Memang memudahkan.
Ps: eh ni sapa tulis? apasal guna “saya” instead of “aku”?
haha. saje nak ubah style. “Aku” ni pada pendapat sesengah orang agak kasar walaupun ianya hanyalah bahasa Melayu biasa. Tukar angin dalam melakukan sesuatu yang rutin supaya dapat menimba pengalaman baru
YES! akhirnya aku dah ade alasan yg kukuh utk mintak smartphone dr parents aku! LOL :D
Semoga berjaya
aku pon selalu gak bukak google reader kat galaxy aku.. biasanya time tgh jalan nak ke kedai makan ke, time tgh tunggu burger siap masak ke.. senang nak baca blog kawan2.. feed berita2 pon semua aku sumbat dalam google reader je.. dan tak lupa juga apps Kitco’s Kcast Gold Live.. penting! kena pasang kt phone jugak.. :p
haha. yeah. untuk gold trader, widget gold price adalah satu kewajipan.
Saya mengunakan Feedly dan Google Reader untuk iPhone. Memang mudah untuk membaca sahabat blogger
Versi iPhone free ke?
the worst part is, smartphone are too small for me
aku pakai desire s, tak puas la nak membaca through phone.. kalau desperate bosan baru aku bukak reader kat phone..
plus, kalau nak productivity such as blogging etc, payah jugak..type slow..keyboard shortcut tarak..highlight text pon susah..kerja jadi lambat..
Ada je blogger yang sanggup update blog kat phone walapun skrin kecil. Biasanya kalau update thru phone ni elok dilakukan sebagai live blog je, nak tulis panjang-panjang memang tak lepas.
Blackberry boleh guna social feed then add RSS feed yang digemari.
Assalam…
Memang akan guna dengan sebaiknya la…
Rugi ja kalau sekadar nak sms atau call…
betul. memang rugi..
Reader tuk ios berbayar. Aku guna web je baca. Banyak juga subscribe. Aku subscrbe yang berkaitan dengan hal aku ja.
Dulu ingat nak beli iPad untuk membaca, bila tau boleh ada google reader dalam phone, aku rasa iPad tak payah dah.
kalau mcm tu aku nk pakai la google reader android ni, aku memang suka akan RSS ni sejak dari dulu, cuma x pernah terfikir nk pakai kat phone
smartphone ada cuma orgnye yg tak brp smart…hihi
tak reti lagi nak guna sebaik mungkin….huhu
tapi android mmg best compare to lain kan…
Antara Android dengan iOS, rasanya lebih kurang je. Hampir semua fungsi ada. Pada saya, rekabentuk phone lebih penting.
sumber2 berita atau ilmu cmni hanya org matang dah lepas sekolah je yg slalu guna dlm smartphone diorang. budak2? tak digalakkan..
Budak-budak habiskan bateri phone pada Angry Birds je.
aku guna nak buat travel plan, flight details etc. nak booking hotel sekali. googlemaps pun guna gak. hehe :) selain baca email keje semua
Kalau orang bekerja, memang email keluar masuk macam air. Buat masa sekarang ni, inbox aku takdelah busy sangat lagi. In the near future, mungkin akan berubah
blackberry pun bleh…. saya pun guna google reader. mmg syiokkkkk. blog. ariff pun tersenarai hokeh haha
wah. Terima kasih. Saya banyak membaca blog finance sekarang. Memerlukan ilmu yang banyak tentang pengurusan kewangan.
“belajaq pun x abih lg nk pkai smartphone . keja dulu lpstu beli la apa hg nak …”
wuwwuuwwu antara dialog yg slalu dgq . ahaks . ada henpon putih hitam pun cukup syukur dah ….
Beli henpon ikut keperluan. Dulu dah sampai Moscow baru tukar phone mahal (iPhone 3G), kalau tak sebelum tu guna Nokia 3315 je..
Beli macam mana smart pun, alik2 dalam tu penuh ngan gambar & lagu je. :(
teringin jugak nak memiliki…pengalaman smartphone yang ada (htc) menyekat kehendak… nak buat call pun susah sebab habis ‘battery’ main game ngn internet….
Aku dari zaman guna smartphone Nokia, sampailah guna Android ni – aku memang guna phone aku sampai tahap maksima.
Blogging, Twitter, FB, Tumblr, what else?
Membaca email, news, dan Google maklumat semua terus dari tangan. Reason aku senang sahaja – kenapa melabur beli smartphone kalau setakat nak sms atau call sahaja? Ada contoh terdekat dengan aku guna S2 tapi setakat call & sms je. Habis function yang menimbun buat apa?
=.=”
Itu namanya bodoh sombong. Beli smartphone mahal2 tapi tak reti guna.
sama kes dengan Pacifista… :p
aku ada jugak mohon dana dengan wife aku untuk mohon smartphone.mungkin alasan aku tak cukup smart kot.wakaka :D
heh. Kalau ngan wife cuba kasi alasan boleh buat videocall percuma melalui wifi. Mesti dia nak XD
untung la kalau bapak saya bagi! hehehe selalunya memang takkan bagi kot!
byknya artikel tak baca. mesti byk yg ko subscribe ni. dulu pernah subscribe rss mashable dengan techcrunch. sehari mau berpuluh2 post terbaru jugak la. itu baru dua rss je, baca mana best je. kdg2 terlepas pandang jugak post yang best2 sbb byk sgt
Selective reading. Ada yang dah baca thru site, ada yang memang tak minat nak baca.
Tapi google reader memang memudahkan
kalau teknologi digunakan sebaik mungkin.. memang banyak membantu kita.
jika kita tak tahu nak guna semaksima yang mungkin, rugilah beli smartphone yang mahal tu..
Ramai orang yang beli sekadar ingin memiliki tapi tak tau guna. Kesian.
Aku nak smartphone tapi tak pernah dapat.. Aku dah guna alasan ni.. Tapi still the same.. Sob3..
cuba tunjuk sikit bukti melalui google reader. Ada bukti baru kukuh sikit alasan. hehe..
Usaha sendiri, beli sendiri. Jangan harapkan pemberian orang.