Melawat Tapak Projek

Reading Time: 3 minutes
IMG_0185
Rumah teres

Hari ni merasa jadi arkitek sekejap walaupun pada hakikatnya hanyalah mengekor arkitek buat kerja. Second time masuk ke kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan.

First time adalah masa saya kecil dulu, ada taman perumahan baru yang masih dalam pembinaan sebelah taman perumahan tempat saya tinggal. Tak nak cerita apa yang saya buat kat situ. Memang nakal..

Melawat site di Putrajaya (dah lupa apa nama projek) yang terdiri daripada beberapa buah unit rumah semi-D dan teres dua tingkat. Harga semi-D adalah RM1.2 juta manakala teres adalah RM700,000. Location cantik. Sebelah tu ada surau baru siap bina, sekolah pun tak jauh. Sold out.

IMG_0189
Tiles

Walaupun harga 1.2 juta, tapi ada yang masih saya tak puas hati tentang this so-called semi-D. Dapur dia kecik! Orang Malaysia jenis yang rajin masak dan kalau boleh nak ada wet & dry kitchen. Tak sesuai langsung kalau dapur kecil. Kadang-kadang harga mahal ni tak semestinya perfect.

Bagi saya yang minat hartanah ni, site viewing tadi memang interesting. Satu yang saya nak share dengan pembaca semua adalah harga rumah. Satu perkara yang saya belajar tadi ialah harga rumah yang melambung tinggi sekarang ni bukan sebab kos tapi sebab developer nak kaut untung semaksimum yang mungkin daripada trend kenaikan harga hartanah sekarang.

IMG_0192
Semi-D. Bilalah nak merasa beli rumah besar macam ni..

Lebih kurang macam ni la. Harga tanah semi-D tadi murah sebab status tanah tu sebagai tanah kurnia. Boleh anggap tanah tu free. Kos pembinaan untuk sebuah rumah paling-paling pun RM200,000. Itu je. Tambah kos sana sini, paling tinggi pun boleh pergi sampai RM400,000. Bila dapat kat developer, dia mark up harga jualan sampai RM1.2 juta sebuah. Just imagine margin keuntungan mereka.

Jadi sebenarnya masalah harga rumah ni bukan sebab kos meningkat, tapi sebab takde kawalan harga rumah di sesuatu kawasan. Tak boleh dielakkan sebab ekonomi sedang berkembang, orang bertambah kaya.

IMG_0191
Ikut bakal arkitek saya

Yang jadi mangsa adalah fresh graduate dan golongan yang baru mula bekerja dan mereka yang mula mengumpul aset.

Itulah sedikit sebanyak kisahnya. Kadang-kadang saya rasa lebih sesuai kalau jadi arkitek atau civil engineer. Tapi dulu sekolah kampung, takde exposure pasal dunia arkitek ni semua. Yang tau, science stream adalah pilihan terbaik dan doktor atau engineer adalah jawatan yang menjanjikan kehidupan yang stabil.

IMG_0187
Terlebih excited..

P.s Minta tolong Like entri ni boleh? Nak peti sejuk baru la..


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Melawat Tapak Projek”

  1. Connie Singleton Avatar

    “Secara keseluruhannya, rumah teres di KL mencatatkan kenaikan sebanyak 8% -13%. Peningkatan harga rumah bertanah di Pulau Pinang adalah jelas. Harga paling tinggi pada rumah dua dan tiga tingkat berkembar diurusniagakan pada nilai RM2.05mil dan RM5.15mil masing-masing, “kata laporan itu.

  2. Luthfi Avatar

    wauwww,,,mantab nih bro,,,,

  3. AlamS LegacY Avatar

    memang mahal harga rumah nowadays…
    tapi alhamdulillah aku masih sempat beli semi-D last year (area seremban) and finally end of this month dapat kunci, combined loan dgn wife, luckily both keja gov. harga rumah 400k (35 X 80).
    gov kena buat sesuatu untuk kawal harga rumah drpd terus naik….

  4. fadzly Avatar

    harga rumah melambung…something yang kena ambil perhatian sbb kemungkinan negara kita sedang dalam “bubble property”

  5. anip Avatar

    mau lebih 500 k dia markup utk satu rumah kalau camtu…kaya2

  6. Asyrof Asri Avatar

    Teringin jugak nak beli rumah sebuah, 2 buah dan 3 buah dalam setahun. huhu …

    InsyaAllah, sedikit masa lagi, saya akan … jadi …

    Tunggu-tunggu ..

  7. azrijohan Avatar

    haishhh mangsa nya adalah anak muda.. sedih :'(

  8. Mollie A. Battle Avatar

    Menilai harga rumah antara skill yang you need to master kalau nak terlibat dalam pelaburan hartanah. Harga rumah RM1 juta memang nampak mahal. Tapi dari perspektif nilai belian, ianya sangat murah jika ia adalah banglo yang terletak di sebelah KLCC. Dalam hal berkaitan pelaburan hartanah, membeli dengan nilaian yang sangat tinggi adalah salah satu kesilapan terbesar.

  9. rich Avatar

    harapan sekarang adalah rumah prima.,aku harap aku dapat sebijik rumah prima t.q.v.m.p.m

  10. halif Avatar

    Putrajaya memang mahal. Ramai sgt tergila-gilakannya. hehe

  11. BeritaKaki Avatar

    muka excited ariff shah di tempat projek ..hehehe

  12. Nur Avatar

    Perumahan di zaman sekarang harganya sangat mahal,,hanya orang berduit yang mampu beli

  13. Lizz Avatar

    gambar last tu memang jelas terpancar muka excited wei!! hahahaha.

  14. titan Avatar

    hang leh jadi duta colgate lepas nih..

  15. Amirul Aslam Avatar

    Makoi, harganya memang kaw-kaw…

  16. che sakinah Avatar

    mahalnya… ada tak rumah2 yang boleh fresh grad macam saya beli? saya baru bekerja dalam 5 bulan. gaji saya dalam 3k lebih sahaja.. teringin nak buat investment dgn membeli rumah. tapi cetek sangat ilmu. boleh En ariff bantu? tips untuk orang macam saya membeli rumah? harga,kawasan, bila dan pemaju etc. terima kasih :)

  17. afif Avatar

    mahalnya hargga ruumah sekarang..tapi macam seronok je duduk putrajaya..

  18. Aya Avatar

    Betul lah.. harga rumah skang mahal-mahal.. kadang2 tak berbaloi dengan keadaannya..huhu

  19. kartikel.com Avatar

    tanah putrajaya sangat mahal.
    sungai merab pun jadi mahal.

  20. Hazmin Hamudin Avatar

    Pergh.. gila banyak untung developer umah ni….

  21. akubiomed Avatar

    Sudah tukar bidang ker bro? :-)

  22. hayat haniza malek Avatar

    jadi architect ? penat woooo :(

  23. hayat haniza malek Avatar

    penat la jadi architect ! hihihihi , tak cukup tidur tauuu !

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      That part I know. Tapi kalau minat rumah and everything about it, I think kepuasan outweighs kepenatan.

      1. ika Avatar
        ika

        Really? Ok, take my job dear.. :) *switch bodies*

  24. JomStadi Avatar

    Sangat2 setuju dengan pernyataan ‘Kadang-kadang harga mahal ni tak semestinya perfect.’ Biar menang membeli, menang juga memakai..hahahaa :P

  25. Katak Comel Avatar

    pergh..
    gila btoi developer tag hrge..
    sabo jela