Melangkah Ke Alam Realiti Maya Dengan Samsung Gear VR

Reading Time: 2 minutes

vr3

Kita sering dengar tentang teknologi realiti maya atau virtual reality (VR) atau melihatnya dalam filem-filem Hollywood. Teknologi ni memang nampak canggih dan menarik. Namun apa yang menariknya sekarang anda boleh merasai sendiri teknologi virtual realiti ini dengan Samsung Gear VR Innovator Edition.

Samsung Gear VR ini hanya boleh dipadankan dengan Samsung Galaxy S6 atau S6 Edge. Peluang keemasan kepada semua pemilik Galaxy S6 dan S6 Edge untuk menjadi early adopter gajet canggih ini. Confirm ramai orang jeles nanti!

vr1

Dengan Samsung Gear VR anda boleh muat turun pelbagai aplikasi dan permainan berlandaskan VR yang telah disediakan khas untuk gajet ini melalui Oculus store. Kini virtual realiti bukan sekadar teknologi dalam filem Hollywood sahaja kerana anda sendiri boleh mencuba sendiri teknologi ini melalui permainan dan aplikasi yang disediakan.

Tonton filem kegemaran anda dengan pemandangan luas 96º beresolusi tinggi pada skrin 5.1 inci super AMOLED. Tengok movie pun dah rasa macam dalam movie. Jangan layan movie seram sudah.

vr2

Paling penting, Samsung Gear VR ni selesa dipakai disebabkan reka bentuk yang ergonomik. Sekeliling headset ini diliputi dengan lapik tebal yang lembut untuk memberikan keselesaan maksima kepada pemakainya.

Samsung ingin mengajak anda mencuba sendiri Samsung Gear VR ini pada 25 – 26 Julai ini jam12 tengah hari sehingga 9 malam di Sunway Pyramid. Cuba sendiri gajet canggih ni.

Memang best! Peminat VR, peminat teknologi baru, app developer dan sesiapa sahaja digalakkan untuk datang dan try sendiri Samsung Gear VR. Lepas ni tak tau lagi dah kat mana dan bila mereka nak buat roadshow.

Selain itu, Samsung Gear VR ini juga boleh dicuba di cawangan Samsung Experience Store di seluruh negara. Cawangan yang ada ialah:

  • Low Yat
  • Setia City Mall
  • The Gardens
  • 1Utama
  • Pavilion
  • Suria KLCC
  • Mid Valley
  • Sunway Pyramid
  • Gurney Paragon
  • Gurney Plaza
  • Sutera Mall
  • City Square

Check it out! You will be amazed!


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Melangkah Ke Alam Realiti Maya Dengan Samsung Gear VR”

  1. Sue Avatar

    Mak aii.. canggihnya!
    Bleh la nak try nanti kat Samsung Store.

  2. siti hazreen Avatar

    futuristik sangat! harga pun mesti boleh membuatkan dompet melayang-layang gitu

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    memang futuristik betul, bestla kalau dapat guna betul2

  4. KiD Avatar

    nampak memang sangat awesome… futuristik.. hehee

  5. permatamama Avatar

    memang menarik..saya pun rasa ingin memilikinya..

  6. Syahril Hafiz Avatar

    Guna smartphone 2k keatas Samsung ni, setakat Gear VR dalam Rm800 tak kan tak mau cuba kan. huhu. Nak murah cari Google Cardboard

  7. rahimah Avatar

    Aps ni macam spek 3D ye ? Kalau betul, tengok cerita seram la best. Pasang pulak tengah-tengah malam Jumaat . Mesti tak lama tengok cerita tu kalau guna aps ni he he.

  8. akubiomed Avatar

    Untung pemilik Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge boleh merasai pengalaman realiti maya dengan Samsung Gear VR Innovator.