Apple tak akan tarik balik penjualan iPhone 4 tu, walaupun iPhone 4 tu cacat sikit. Tengok betapa hebatnya diorang ni buat produk dan marketing, walaupun dah terang-terang kelemahan tu ada, orang masih berpusu-pusu nak beli iPhone 4. Dilaporkan 3 juta unit telah dijual dalam minggu ketiga selepas iPhone 4 dilancarkan.
Mana satu pilihan hati?
Kita letak tepi dulu cerita pasal antenna iPhone 4, nak cerita pasal Maxis yang nak bawa masuk iPhone 4. Kali ni diorang tak buat pre-order, sebaliknya cuma buat pendaftaran untuk sesiapa yang berminat sahaja. Maklumat tentang minat pengguna terhadap iPhone 4 akan digunakan untuk menentukan jumlah order yang Maxis akan buat. Nampaknya Maxis pun agak berhati-hati kali ni, yelah takut bila dah bawak iPhone 4 banyak-banyak dan buat promotion gila-gila tapi orang tak nak dan tak sanggup beli sebab kecacatan antenna tu. Rugi besar kalau macam tu. So Maxis buat interest registration dulu, saje nak test the water.
Jadi sesiapa yang berminat, silalah daftar ye > Maxis iPhone 4 ehem.. kalau Maxis kasi iPhone 4 untuk program Maxis10 pun seronok gak. Tapi aku rasa itu tak akan berlaku.
Berbalik kepada cerita antenna iPhone 4. Sebenarnya penyelesaian paling mudah letak selotep tu je – kan aku dah cakap sebelum ni. Kalau guna casing yang Apple nak bagi free tu, macam dah tak nampak la keseksian design iPhone 4. Orang beli sebab phone tu nampak cantik, nampak mahal.
Selotep color-color. Ada je idea orang nak buat duit.
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

Comments
13 responses to “Maxis iPhone 4 – Pendaftaran Dibuka”
kehkehkeh..lawak siak..
mne nk dpt plaster tuh..sgt comel =P
my blog
haha. tu betul2 la orang jual.
huhu.. lawak tgk antenn-aid tu… iOS 4.0.1 khabarnya dah baiki masalah signal.. tp bateri plak cepat turun.. haha…
Nope. iOS 4 tak perbaiki masalah ni dalam iPhone 4 sebab benda ni berpunca daripada hardware, tangan cover weak spot antenna tu, jadi signal jadi lemah
Hardware memang prob jugak, tp dalam iOS 4.0.1 & beta iOS 4.1 diorang kuatkan lagi signal, sy baru je update iOS 4.0.1, signal 1 bar lebih tinggi berbanding iOS 4.0. Tapi ada masalah pada bateri la sebab bateri cepat turun.. huhu…
susah betul.. diorang nak tutup kelemahan hardware iPhone 4, so up pada iOS 4.0.1 & 4.1. Konon dah tutup kelemahan tu, tp sebaliknya benda lain pulak yang bermasalah.
Apple oh apple…
ha ha ha~
dah macam luka dah iPhone tu~
kawan aku dengan gigih pergi beli X6 plak~
ha ha ha~
kreatif & bijak tul org yg buat antenn-aid tu.
Huhu, macam ada luka jer iphone4 tuh =P
itulah. Beli smartfon yang luka berharga dekat2 Rm3 ribu. erk…
LOL! Sticker tu comel gak. Haha..
aku lagi suka guna sticker macam tu daripada bumper getah. Barulah nampak rupa iPhone 4 sikit.
Manusia yg kreatif sentiasa akan ambil kesempatan .. tak gitu. Kabarnya ggogle dah update PR secara besar-besaran.
hehe.. patutlah bro bagitau. Dah naik PR4 rupanya. Tahniah2.