Dah sebulan kat Malaysia dan aku dah try perkhidmatan mobile/wireless broadband daripada ketiga-tiga buat syarikat telekomunikasi Malaysia ni. Ni review aku.
Maxis Broadband
Setakat yang aku guna, Maxis lah yang paling laju – kat Lumut hari tu. Balik Subang Jaya walaupun pakej broadband seminggu tu ada 2 hari lagi tinggal dan banyak lagi trafik (ada 1GB lebih lagi kalau tak silap) LANGSUNG tak boleh guna. So trafik terbazir begitu sahaja, rugi duit kat situ dan aku malas call nak complain. Bazir kredit dan masa menunggu customer care angkat phone. Kalau buka page Maxis kat Facebook masa tu, terlalu banyak komplen, cacian dan makian daripada pengguna yang tak berpuas hati.
Ramai yang aku dengar dah beralih daripada Maxis Broadband ke perkhidmatan lain. Mungkin kat KL ni teruk. Yang peliknya, bila switch ke line Hotlink, internet 3G dia laju sangat, sekelip mata kredit aku habis – sebab aku guna Samsung Galaxy S memang phone tu sentiasa connected kalau tak disable internet. Broadband internet langsung tak boleh guna, tapi line 3G laju.
Dari segi kos, aku rasa Maxis punya harga yang paling mahal sekarang.
DiGi Broadband
DiGi ni antara yang terlaju kat area Subang Jaya. Sebelum ni kalau Celcom sku buat hal aku terus guna broadband DiGi cuma yang bermasalahnya signal dia tak berapa kuat. Kalau Celcom, aku duduk kat dalam bilik still boleh dapat line 3G, tapi kalau DiGi, haram. Awek call pun memang tak clear langsung dan selalu putus.
DiGi broadband ni kalau nak laju sama ada aku duduk luar rumah main internet atau pun duduk kat bilik atas. Kos RM5 sehari, trafik tak tau berapa banyak. 5 GB kot. Mahal dan dalam sedar tak sedar, banyak gak aku dah top up DiGi prepaid aku. Minggu lepas aku baru beli simcard DiGi internet, itupun sebab ada competition kasi Netbook. Boleh la kot guna as back up. RM2 sehari kalau tak silap, tapi trafik 3 GB sebulan.
Untuk pengetahuan semua, masa presentation untuk gathering Geng Blogger hari tu, aku guna DiGi broadband. Oklah kan. Hujung-hujung Putrajaya, kena lalu kawasan kubur Putrajaya dulu baru sampai tempat tu tapi still ada DiGi internet. Kat Lumut pun ada Edge ngan GPRS, memadai untuk aku jadi Mayor dalam Foursquare kat beberapa lokasi Lumut. ekeke..
Celcom Broadband
Masa entri ni ditulis, aku gunakan Celcom Broadband tapi setelah berpuluh kali fail upload gambar, aku terpaksa guna DiGi broadband untuk siapkan entri ni. Celcom Broadband ni ada, tapi tak memuaskan. Itu yang menyakitkan hati, ada tapi kadang-kadang boleh guna dan kadang-kadang tak. Memang potong stim.
Dari segi kos, aku rasa Celcom Broadband adalah yang paling murah. Hari tu planning nak amik yang laju sikit lagi, RM98 sebulan tapi bila tengok ada provider yang boleh kasi speed yang lebih laju dengan volume trafik yang lebih banyak, aku rasa elok je aku guna yang lain.
Macam aku cakap sebelum ni, line Celcom memang kuat. Kat mana-mana dalam rumah aku pun boleh dapat 3G, tapi bila connect dan aku nak buat kerja, memang berjam-jam amik masa. Dalam dunia internet dan blogging ni, time is money.
***
Jadi itulah review aku setakat ni. Lepas ni aku akan guna P1. Katanya kat USJ ni dah ok, kita tengok macam mana. Entri ini akan diteweet kepada akaun twitter syarikat-syarikat telekomunikasi ni. Tengoklah kalau diorang berani nak retweet balik review pengguna. Bukan senang nak dapat review serentak macam ni.
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

Comments
68 responses to “Maxis, DiGi atau Celcom Broadband?”
aku gune digi prepaid maseni….tapi aku ingat betol2 unlimited…rupe2 nye…dia bagi quota…1day/100mb je…..lepas habis gune 100mb…mulai la slow connection aku…..aku ingat boleh menten 384kbps everytime…..huuuuuuuuuuuuu…..ade la juge rase tertipu…..aku nak cadang gune u mobile….agak2 ok ke tak yer……bgi coment broooo…..plz….
klo begabung depa nih habis la kita…..harga pelik2 depa cas nanti…huhuuu
AJ xpaham sngtla teknikal2 nih..tapi rase2nye macam highway 4 lanes la..mula2 bukak, kereta yg guna xbnyk, blh pelesit aje la, sayur sumenye…tapi bila satu ari, tambah 1000 bijik kereta, highway tu pon mule congested.. Kalau lagutu, kena subscribe yg 10G la kot, baghu laju, betoi tak, otherwise mana2 operator pon samala kot (Digike, Maxiske, Celcomke, P1 Wimaxke…)? Kecuali yg fixed line/fibre-optic la kot yy TM dok tengah pasng la ni…(10G??)..hak yg wireless ni, memang semua tak boleh pi la kot no ? ?
macam tu lah lebih kurang ideanya. Kena sentiasa tambah line baru boleh laju. Kalau tak bergabung kompeni je senang, baru betul2 mantap. Masalahnya diorang tak nak gabung. Masing-masing nak kejar kekayaan sendiri, jadi macam ni la
betul la bro..dh stahun saya guna celcom bb
coverage ade tp slow gile kalau nk download movie
memang fail hehe..
baru bertukar dr Celcom BB kepada Streamyx pasal coverage makin teruk..msa mula2 pakai coverage ok, tp dah lama2 coverage makin kurang..cek dgn Celcom & diaorg kata ramai org dkt area rumah aq yg dah pakai CBB..
klu nak playsafe, pasang Streamyx..pakej student dpt HP mini notebook + yuran bulanan rendah..
Teringin gak nak amik streamyx tu, tapi itulah. Aku kat Malaysia kejap sangat. Bulan September dah blah
celcom bb kt area bangi K.O…mase nk terminate baru depa ckp ‘kt area sini mmg slow’….@_@ -_-“.sekian!
dah tau slow, senang je, jangan advertise atau jual kat kawasan tu. Memang saje nak kaut untung la kalau buat camtu
aku guna broadband dlu…tapi skang da gune wireless streamyx…
ssh r broadband, lembap…x sesuai org cm aku…yg mls m’nunggu…ahaha
tp adv die sbb portable r kn..pkir2x la mne yg elok…hehe
aku guna Celcom Broadband
dan sgt2 berpuas hati
download speed pun
boleh lebih 200kb/s
buat masa ini
hnya streamyx & celcom broadband yang aku percaya :)
wow. laju tu. Ko kat mana eh?
memang nak pilih bb ni kena tengok tempat dulu. hehe :)
Dulu aku pakai celcom tak sampai 2 bulan jer aku tukar p1. Line tak seberapa ok kat kampus UUM. Dan ramai yang pakai celcom broadband kat sini.
Sekarang pun tengah guna P1. memang puas hati
Masing2 ada kelemahan tersendiri..
Tak ada ke yang betul2 bagus…adoi
Susahlah sekarang nak tahu yang betul2 terbaik. Kakak aku ada angkat celcom berukband. Boleh lah untuk dia guna. Dia takdalah guna untuk download sangat. Surfing je.
antara entri terbaik.. P1 area Sunway Ok ajer. Cuma kena tala receiver tu ke arah pemancar dia la kalau nak conncection tip top.
Alahai… Seb bek ko guna per day ea? kalau per month tu kopak gak duit. Ahaa.
Aku setia dengan celcom broadband. Pernah jugak guna Digi 3G masa kat Muar. Laju jugak. Maxis je tak penah guna.
Oleh kerana aku pengguna Celcom Broadband 3G, maka aku isytiharkan Celcom Broadband terbaik. Ahaa..~
Pssst: Sekarang pun aku guna Celcom Broadband. Tapi, kalau nak harap yang excellent tu. Erm. Kena duduk USA lah. ahaha..
ada yang per day, ada yang per week. senang nak stop guna mana2 yang tak best.
Camner nak disable internet kat samsung galaxy s?
Salam..aku pakai maxis broadband alhamdulillah memang laju kt tmpat aku,tapi x larat dia punya volume quota,ciput sngat dia bagi..
i see. tempat ko mana eh? Mungkin boleh kongsikan dengan pembaca lain
dulu pakai maxis area masjid klia ni je, teruk pastu tukar maxis mula2 laju bila dah pakai sebulan, mula slow dan buat hal
pastu nak try digi tapi digi hanya dkt dalam aripot je
then skrg internet rumah ku dikuasakan oleh streamyx, laju dan best, tgk youtube memang smooth je takder sangkut langsung
Putrajaya eh. Rasanya streamyx memang ok sangatlah sebab tempat pentandbiran. Kerajaan semua nak guna internet, tempat pun baru, infrastruktur baru, memang kurang bermasalah la macam tu.
clcm :)) murah n boleh thn la laju.[kt subng]
lau kt phg.kt kg sy.hehe..xd line lgsg.!
ase2 3 3 xd line kt kg sy..
celcom is da best!!!~
yup. Celcom memang reliable kat seluruh negara cuma itulah, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak
kesimpulannya setiap syarikat mempunyai pengguna dan peminatnya yang tersendiri. ada banyak faktor juga yang mempengaruhi kepuasan hati pelanggan ni. faktor coverage tu rasanya ikut tempat juga lah, kan. Sebab ada orang kata kat tempat dia OK je, ada orang pula kata, tak ok. Sya pun memang nak tukar dari Maxis ke mana, tak tahu.. sebab tengah buat survey juga ni. Bulan ni last guna Maxis. Lepas ni, tak tahulah..yang mana satu yg akan dipilih…huhu..thanks for the review. suka baca komen reader kat sini. boleh dapat extra info, gitu.. ^_^.
Yeap, review ni memang tujuan dia untuk bagi gambaran yang ada tempat line company ni bagus dan ada yang tak. So kalau masih sedang membuat pilihan, just survey majoriti jelah.
Semoga berjaya membuat pilihan yang tepat =)
Kalau aku pengguna broadband pun mesti aku mengamuk sakan kalau line tak laju.
tapi semenjak aku keje line telco ni, aku phm perasaan maxis, digi, u mobile, p1. actually everyday, mereka ni berhempas pulas mengupgrade kan system dorang. klau ada pertambahan populasi penduduk, mereka akan mula propose tambah system baru. boleh dikatakan setiap hari ada new site yang dorang propose utk letak antenna. setiap permasalahan yang timbul, automatik je engineer akan pegi check dan mencari punca. dan salah satu permasalahannya ialah vandalisme. haihh… itu menyebabkan kerugian..
dengan itu, aku pun mls nak guna broadband. aku guna streamyx jer.. seb baik aku tak buat project tm. leh marah2 org tm. skrg ni pulak line macam taik.. ishhh..
p/s: kepada pengguna, harap bersabar… ehehehe
wah. tak pernah tau pulak vandalisme ni satu punca kepada permasalahan internet broadband di Malaysia. Bukan ke tiang-tiang internet ni semuanya tinggi2, tak tercapai oleh perosak-perosak ni? Selain tu apa lagi yang boleh di vandalismekan?
vandalisme tu utk term org dlm line telecommunication,
maknanya org2 yg mencuri kabel dan yg seangkatannya.
sarah ada kawan kerjanya sentiasa kena standby,
jika ada kes2 vandalisme macam ni,
mmg merugikan…
pilih yg terbaik… :)
I see. Baru faham. Thanks sarah =)
33 pernah cuba.. yg boleh di puji sikit celcom la..
kat sini the best celcom broadband. digi line xde. maxis pun subspesis line takde gak.
dulu pakai broadband celcom postpaid, pastu line teruk sangat…last2 tukar digi prepaid…line ok sangat2…blk kg pon dapat online….
aku penah try maxis n celcom broadband.
bab laju tu, err, macam lebih kurang je kowt. ape2pun, streamix paling puas ati. cuma tak seswai lak ngan ko sebab ko kat m’sia dah tak lama. hikhik
Itulah. Leceh betul kontrak2 bodo ni. Benci! Benci!
aku dah lame pakai maxis broadband package unlimited yang dah takde skg…lucky me…memang sayang nak terminate…so aku go on..love maxis very much…huhu
wah. memang untung kalau ada plan tu, cuma tengok area la. Area aku memang teruk kot broadband maxis ni. Kawan aku yang guna pun dah discontinue. Plan sama.
pergh~
bleh guna review ni suruh adik aku baca~
cousin aku baru angkut celcom broadband.
aku pesan dengan dia, kalau lembap, campak dalam sungai~
hahaha~
member aku cakap u mobile pun okey gak..laju glerrr
P1 la mantop.. hhaha…
Aku so far happy dengan CELCOM broadband
Stremix terbaik ariff..
Streamyx out of question
uihh!!!
gue dah cuba maxis dgn celcom…
dua2 kurang memuaskan…
agak2 ada x, yg lebih berbaloi??
aku pengguna tegar maxis bb.
amik yg 3GB sebulan tu. cepat je habis.
connection dia pun superb kat area Melaka ni. tapi agak mahal lah.
3GB = RM68 with free modem.
btw, customer care line maxis ok kot. aku dah byk kali call dorang pasal byk masalah dgn maxis Prepaid bb ni. laju je dorang angkat. and kdg2 kalau tak setel, dorang 4ward masalah aku ni kat bahagian technician. lepas dua hari dah setel. :DD
Digi plak mmg tak ada coverage kat sini. so reject.
celcom? aku tak pasti cam ne speed dia. ok kot. 5GB sebulan kan? murah plak tu.
so no comment on that.
disebabkan aku pengguna maxis bb, marilahhh kita menggunakan maxis bb.kah3.
yup. Maxis agak mahal berbanding yang lain. But at some places memang bagus. So tahan jelah wallet tu. ekeke..
DiGi turbo network memang limited. Tapi tak tau pulak kat bandar melaka still takde. Slow pulak digi ni.
Before this tinggal kat melaka pun guna gak celcom. Rasanya ada je. OK kot..
Apa2 Pun… Streamyx Terbaiklah Ariff~
orait, Celcom BB aku guna sekarang memandangkan aku kolej dekat Batu Pahat.
Pada pendapat aku, kat batu pahat ni line celcom BB paling oke daripada Maxis.
Sebab apa, aku guna hp untuk surf facebook guna Maxis BB dengan Celcom BB, ternyata Celcom BB paling laju. Maxis menyakitkan hati aku..
Manakala Digi BB aku pernah guna masa dekat Kota Bharu, dungun. Setakat ni walaupun digi BB xdapat 3G, tapi masih laju dan OK..
kalau ikut rating yg aku rasa….
Digi 1, Celcom 2 dan Maxis 3.
tak sangka plak service ”berukband” seteruk tu kat malaysia ni..
tapi maxis memang bnyk problem
aku pernah guna servis maxis untuk satu tahun,masa tu aku tinggal kat ara damansara,pj
bila hujan lebat sket je,line terus jadi slow..macam siput
aku suggest guna P1,sebab baru2 ni ada sebuah syarikat dr korea yg invest dalam P1..
aku rasa servis P1 akan jadi lebih baik dari masa ke semasa berikutan pelaburan dr syarikat korea tersebut yg berjumlah 100million us dollar;)
kesimpulannya apa bro?mana paling best dan berbaloi2?
i vote for celcom. dah dekat dua tahun pakai celcom :) jarang buat hal. hehe. pergi mana-mana mesti ada coverage.
umah aku susah nak dapat line broadband ni.. adik aku bawak balik celcom broadband ari tu langsung tak boleh guna..
. tu yg masih setia ngan streamyx yg berkelip-kelip.. nak kata kampung tak gak.. 3 km je dari bandar Jasin.. Ntahlah..
camne nak maju org kampung cam aku ni ek..
tapi streamyx tu oklah kan. Wired broadband biasanya lagi stabil.
Tapi kalau boleh pasang jaring, sangat recommended.
tak penah lagi gune ke3-ke3 tu.. :D
kat umh gune Streamyx.. :D
bgs gak entry ni leh wat panduan.. hehehe…
kalau base on 3 tiga itu, i choose Digi kot…
Aku dah try celcom, maxis n P1… Digi aku lom try lg..
pendapat aku, celcom la yang terbaik, walaupun kadang2 slow… tapi service boleh dapat di mane2 je… walaupun kadang2 dapat edge tpi still bleh pakai…
macam maxis plak, aku rase ok gak, tp dieorg kene kuatkan coverage dieorg la kalau nak lwn celcom…
P1 plak paling suck la… aku benci gila… mula2 je laju, bile dh bulan2 pakai, nak connect pun sikit punye susah…
tapi bagi aku Streamyx gak la yg terbaik…hahhahaha
serius… dni paling suka celcom sebab banyak line… kat mana2 pun leh online. kalau maxis, laju tapi kena duk kat ruang tamu. tah kenapa… area kolej dni, paling laju celcom. berdesuppp.. jarang nak jadi 3G. asik HSDPA. kat rumah, EDGE selalu je tapi besenya awal bulan. tengah2 bulan memang laju kaw kaw… akhir bulan kena tengok kalo overlimit slow sket… digi, lom penah try tapi kawan dni cakap okay cuma kena duk luar rumah sket tak leh dalam bilik. tahla… ada lebih ada kurang. tapi kalo wimax area rumah dni memang hancusss.. huhu
aku dah guna ketiga2 bb..paling sempoi maxis la walaupun mahal..baru2 ni ada kuar news.. plg laju jaring, tm, maxis dan p1..apa cer p1 kalah dgn maxis..celcom of course la paling last.
biasenye digi, celcom n maxis ni ikut line mane yg tinggi kat area tu kan?…
tapi wat mase skang ni atie rase maxis la terbaik walaupun mahal. setia pkai dh 2 thun ngn maxis broadband nie :D
ery pengguna wifi jaring ukm
ahahahaha
tp kat umah gune p1
much more better de celcom n maxis kot
bermacam-macam yg sedara ariff telah try kn…so aku xpyh try lg….biaq ariff try dulu…yg mna ok aku bedal je
celcom dh 2 kali aku guna, dan dh 2 kali gak aku terminate…
maxis wife aku pakai, kat mentakab line nazak giler…
i’m celcom b.band user :)
ya ker…cam ne ngan u mobile ye????rase nak cube gak…..org kate laju juge…klu gne 68/bln….unlimited..blh speed 2.6mbps….laju tu….bgi comen plzzzzzz….
Setakat ni aku still guna yang Maxis punya. Sejak pindah kat area Cheras ni memang laju gak kalau nak akses internet tapi hari tu masa hujan turun memang macam slow skit speed dia.
Berbanding masa aku stay kat Pantai Dalam dulu, Maxis braodband punya speed macam haram. Lembap macam siput babi.
Yang Digi atau Celcom belum try lagi..