Masa Paling Sesuai Nak Recalibrate Investment

Reading Time: 2 minutes

Awal tahun adalah masa paling sesuai nak recalibrate investment.

Bagi yang melabur dalam ASB, dividen pun baru masuk awal tahun ni. Kalau tak puas hati dengan pulangan ASB, inilah masanya untuk keluarkan capital dan dividen untuk start pelaburan di tempat lain sebab ASB punya objective adalah untuk capital preservation + some earnings, bukan untuk maximize gain. Itu yang ramai orang tak faham lagi lepas tu expect gain banyak-banyak.

Kepada yang tak tahu, ASB belum lagi 100% patuh syariah berdasarkan guideline Suruhanjaya Sekuriti. Baru setakat 75% je ikut laporan 2020 mereka. Bagi mereka yang teliti tentang perkara ni, kena fikir baliklah samada nak teruskan atau tidak.

Unit trust yang patuh syariah semuanya 100% patuh syariah. Tiada kompromi. Kalau tiba-tiba ada komponen pelaburan yang asalnya syariah kemudian bertukar kepada tidak syariah, pulangan pelaburan akan disucikan mengikut kaedah yang disarankan oleh penasihat syariah.

Untuk yang ada lebihan dalam akaun 1 simpanan persaraan, bulan Januari ni dah boleh start buat pengeluaran. Apa-apa dividen yang diumumkan nanti pun akan dikira amaun yang dikeluarkan tu sebab tutup akaun 31 Disember.

Tentang Covid dan Omicron, saya tak risau sangat. Keadaan dulu masa kita awal-awal Covid lebih genting berbanding sekarang sebab dulu semua orang baru belajar mengenal Covid. Sekarang banyak jenis vaksin Covid dalam pasaran dan vaksin ni semua akan dibuat baru untuk melawan varian baru yang muncul. Insentif berupa wang berbillion dollar menunggu syarikat yang mampu menghasilkan vaksin terbaik.

Top pick: Asean Fund

Ramai tak nampak Asean ni sebagai growth market. Semua nampak Asia (China) dan US sebagai super growth market. Last three years, betul, these two were darlings. Jangan macam tu. Semua market ada kitarannya sendiri. Not necessarily sesuatu pasaran yang dah lama suam atau tak nampak attractive sebab pasaran lain hebat akan selama-lamanya macam tu.

Pergerakan duit keluar masuk pasaran pada skala global ada kitarannya. Ekonomi ada kitarannya. Sekarang cycle untuk Asean capai new all time high.

Kebetulan ada fund yang memang tap all the top pick market for this investment theme. For more details with all the boring charts, boleh refer blogpost Asean fund 2022.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.