1H22 – Time to Attack Asean Fund

Reading Time: 2 minutes

Doing this blogpost for the public & potential clients alike.

Market focus: Thailand, Indonesia & Malaysia

Investment Theme 1: Recovery from Covid-Omicron. Pintu peluang untuk beli disebabkan ketakutan pasaran akibat Covid-Omicron ni sementara sahaja. Paling lama pun sehingga Jun 2022. Lepas tu pasaran akan lali.

Investment Theme 2: Recovery MY. Malaysian market dah lama jatuh disebabkan (i) kerajaan yang lemah, (ii) Covid, (iii) hutang kerajaan yang tinggi dan terbaru, (iv) polisi MOF berkaitan cukai Makmur & duti setem untuk pembelian saham (recently fixed on 31 Dec 2021).

MY dah hadapi semua bad news dan kalau ada news lebih buruk lagi adalah Malaysia kena bom dengan China je. Foreign fund yang boleh keluar tu semua dah keluar.

GE-15 due sebelum Julai 2023 tapi nampaknya macam ada pergerakan untuk mempercepatkannya ke tahun ini. What happens after election? Government (doesn’t matter who wins) akan mulakan rancangan untuk perkenalkan cukai baru (GST 2.0) dan berita ini akan fix masalah (iii), sekaligus memberikan nafas baru kepada pasaran MY.

Cukai Makmur hanya 2022 sahaja. 2023 takde dah dan kerajaan takkan berani ulang cukai sebegini disebabkan pelabur luar keluar dari pasaran. Menjelang 2H2022, pasaran akan mula lupa masalah ini.

Investment Theme 3: Indonesia Golden Age. Dengan kemasukan berbillion US$ pelaburan sejak beberapa tahun lepas dan terlahirnya enam buah startup bertaraf unicorn, tak boleh disangkal lagi yang Indonesia kini berada dalam Golden Age.

Simple calculation je. Investment -> Job creation -> GDP growth + consumption growth = Market up.

Harga komoditi yang melambung tinggi memberikan pendapatan tambahan.

Tourism recovery selepas Covid, dijangka pada 2022 – 2023.

Investment Theme 4: Thailand – Pasaran eksport yang mampan dijangka mampu memacu pertumbuhan ekonomi Thailand pada kadar yang sederhana.

Thailand juga akan menerima pertumbuhan pesat akibat daripada tourism recovery yang dijangka berlaku pada 2022 – 2023.

Analisis Teknikal

Malaysia – FBMKLCI

  • Sangkut dalam box sejak June 2020
  • Berada pada paras bawah channel carta bulanan, downside terhad

Indonesia – Jakarta Composite Index

  • Pasaran dalam fasa uptrend
  • Sedang menguji paras tertinggi 6600. Sekiranya berjaya akan membuat paras tertinggi yang baru

Thailand – SET

  • Pasaran dalam fasa uptrend
  • Akan menguji high 1800

Tempoh Masa

Setakat ini, saya hadkan fasa pengumpulan sehingga 1H2022 sahaja. Tempoh pelaburan adalah di antara 2 – 4 tahun. Walau bagaimanapun ini bergantung kepada keadaan semasa dan prestasi dana.

Risiko

  1. Varian covid baru yang melambatkan proses pemulihan, lockdown baru. Kebarangkalian: Rendah – sederhana.
  2. Risiko lain yang tidak diketahui (unforeseen risk)

Clients only:

  • Scale in strategy
  • Fund suggestion
  • Concurrent updates

Disclaimer: For informational purposes only. Data presented with reference from other investment bank reports. Use at your own risk.


Posted

in

by