MAS

malaysia-airlines-logo

Semalam sempat solat Jumaat di Masjid MAS. Saya tak tau nama sebenar masjid ni, ia terletak dalam kawasan MAS di Southern Support Zone, KLIA. Jadi panggil masjid MAS jelah.

Suka solat Jumaat kat sini sebab boleh jumpa ramai yang berada dalam bidang sama macam saya (aviation). Cuma minggu ni istimewa sikit, minggu ni baru lepas seminggu 20,000 warga MAS dipecat dan 14,000 anggota dilantik semula.

Daripada apa yang saya nampak, memang crowd Jumaat ni berkurangan. Tak taulah mungkin sebab ramai ambil cuti sebab cuti sekolah, atau sebab sebahagian pejabat AirAsia dah pindah ke KLIA2 atau memang lebih daripada 6,000 sebenarnya yang berhenti (atau diberhentikan) daripada MAS. Memang 6,000 kakitangan diberhentikan, tapi ramai lagi yang mengambil keputusan untuk berhenti terus daripada MAS.

Ada kakitangan yang dah lama berkhidmat memang menunggu penstrukturan semula ini kerana mereka dapat sedikit imbuhan atas tempoh perkidmatan yang lama tu. Walaupun ada yang mendapat surat lantikan semula, tapi kalau gaji diturunkan sehingga lebih 30% gaji lama, siapa pun boleh tahan kan?

Yang tahap manager mengalami potongan gaji yang besar berbanding orang di bawahnya. Ada yang dinaikkan pangkat, tapi masih diturunkan gaji. Memang brutal.

Sebelum khutbah, AJK masjid buat pengumuman bahawa mereka sedang mencari ahli AJK baru kerana hanya seorang dua sahaja AJK dilantik semula oleh MAS. Kebanyakan AJK semuanya yang memang terdiri daripada kalangan staf tidak dilantik semula. Menyedihkan.

Terima kasih kepada management MAS atas mismanagement, lop-sided contract, gaji tak masuk akal dan plundering yang berlaku di MAS selama lebih 10 tahun ni sehingga syarikat ini hancur. Sudah tentu yang sebelum-sebelum ni dah kenyang dan masih tak habis makan lagi..

Kepada semua warga MAS yang masih ikhlas bekerja atau dah takde pilihan lain tempat kerja, bertabahlah.

14 Comments