MAS

Reading Time: 2 minutes

malaysia-airlines-logo

Semalam sempat solat Jumaat di Masjid MAS. Saya tak tau nama sebenar masjid ni, ia terletak dalam kawasan MAS di Southern Support Zone, KLIA. Jadi panggil masjid MAS jelah.

Suka solat Jumaat kat sini sebab boleh jumpa ramai yang berada dalam bidang sama macam saya (aviation). Cuma minggu ni istimewa sikit, minggu ni baru lepas seminggu 20,000 warga MAS dipecat dan 14,000 anggota dilantik semula.

Daripada apa yang saya nampak, memang crowd Jumaat ni berkurangan. Tak taulah mungkin sebab ramai ambil cuti sebab cuti sekolah, atau sebab sebahagian pejabat AirAsia dah pindah ke KLIA2 atau memang lebih daripada 6,000 sebenarnya yang berhenti (atau diberhentikan) daripada MAS. Memang 6,000 kakitangan diberhentikan, tapi ramai lagi yang mengambil keputusan untuk berhenti terus daripada MAS.

Ada kakitangan yang dah lama berkhidmat memang menunggu penstrukturan semula ini kerana mereka dapat sedikit imbuhan atas tempoh perkidmatan yang lama tu. Walaupun ada yang mendapat surat lantikan semula, tapi kalau gaji diturunkan sehingga lebih 30% gaji lama, siapa pun boleh tahan kan?

Yang tahap manager mengalami potongan gaji yang besar berbanding orang di bawahnya. Ada yang dinaikkan pangkat, tapi masih diturunkan gaji. Memang brutal.

Sebelum khutbah, AJK masjid buat pengumuman bahawa mereka sedang mencari ahli AJK baru kerana hanya seorang dua sahaja AJK dilantik semula oleh MAS. Kebanyakan AJK semuanya yang memang terdiri daripada kalangan staf tidak dilantik semula. Menyedihkan.

Terima kasih kepada management MAS atas mismanagement, lop-sided contract, gaji tak masuk akal dan plundering yang berlaku di MAS selama lebih 10 tahun ni sehingga syarikat ini hancur. Sudah tentu yang sebelum-sebelum ni dah kenyang dan masih tak habis makan lagi..

Kepada semua warga MAS yang masih ikhlas bekerja atau dah takde pilihan lain tempat kerja, bertabahlah.


Posted

in

by

Comments

14 responses to “MAS”

  1. Noriza Rahman Avatar

    Semoga semua anak-anak MAS akan bertabah akibat ujian yang melanda mereka sekarang ini..

  2. Dr Fattah Avatar

    sekarang isu MAS dah reda, sambung isu 1MDB pulak.

  3. Sue Avatar

    Kesiannya diorang..
    Semiga urusan diorang dipermudahkan
    :(

  4. Permatamama Avatar

    Begitulah nasib rakyat marhain.. Orang di Atas hidup senang tetapi yang di bawah tertindas

  5. Emy Avatar

    Masih terbayang akan kesusahan mereka yg terpaksa bermula semula

  6. ibae Avatar

    Memang sedih namun inilah hakikat yang harus diterima..huhu

  7. Noriza Rahman Avatar

    Semoga staff MAS yang dipecat akan tabah dan mencari peluang pekerjaan lain

  8. Suriya Avatar

    jerung punya pasal, bilis yang kena tempias perit. moga mereka tabah.

  9. Raihanah Ahmad Avatar

    pengorbanan staff yang disebabkan oleh missmanagement. kesian staff yg tak bersalah.

  10. hannan rifqi Avatar

    memang sedih.

    tapi ini lah yang agaknya terpaksa mereka lakukan untuk survive.

  11. akubiomed Avatar

    Dahulu rajin solat di sana sebabnya khutbah disampaikan tidak mengunakan teks.

  12. Dr Fattah Avatar

    kerja di syarikat yang besar pun tak menjamin masa depan, bila bila masa boleh diberhentikan.

  13. siti hazreen Avatar

    Moga-moga plan baru MAS ini dapat membuahkan hasil…kalau MAS makin jatuh hurmmmm tak tahulah…

  14. rahimah Avatar

    Pentingnya bersedia dengan back up plan sebelum di berhentikan. Sementara masih ada kerja tetap eloklah lihat di sekeliling mencari peluang. Tiada yang kekal walau dah bekerja berpuluh tahun sekali pun.