Mana Nak Tidur di LCCT?

Reading Time: 2 minutes

Walaupun entri ini tidak akan jadi berguna lagi tahun hadapan sebab KLIA2 akan dibuka, diharapkan pembaca akan dapat general idea macam mana nak survive ketika travel tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

Now, katakan flight anda adalah awal pagi esok, mungkin jam 7.00 pagi dan anda hanya boleh tiba di LCCT pada jam 12.30 malam. Untuk sampai ke LCCT di awal pagi adalah mustahil (jauh, traffic jam, etc. etc.) Mana nak tidur/lepak sebelum menunggu flight pagi esok?

Pilihan pertama adala Tune Hotel yang terletak bersebelahan LCCT. Namun begitu, kalau dah nampak yang jenama merah ni, tau-taulah macam mana business model dia yang mementingkan high profit margin. Tak boleh salahkan mereka pun, it’s just business. Harga semalaman tanpa tuala & toilettries serta aircon boleh mencecah sehingga RM180. Mahal. Malainkan kalau anda berdua, pilihan ini mungkin masih boelh dipertimbangkan. Kalau tak, elakkan.

Now where to go? Biasanya airport hub kapal terbang tambang murah sentiasa sesak dengan orang ramai. Kalau kat KLIA, masih ada tempat yang senyap untuk tidur. Belum cerita nak charge phone/laptop lagi.

Pilihan kedua, lepak di Premium Lounge yang terletak di hujung departure hall. Bayaran untuk 5 jam melepak di situ adalah RM108. SEMUA kemudahan disediakan – bilik mandi berserta tuala & toiletries, hot food, minuman, free flow beer, internet access dan tempat yang senyap. Lounge ni memang senyap sebab tak ramai atau hampir tiada orang yang gunakan. Boleh buat macam rumah sendiri. Kalau rasa nak tidur yang lebih lena (mungkin esok ada banyak urusan lain di destinasi), lounge adalah pilihan tepat.

Tapi bagaimana pula kalau takde bajet? Adakah tempat untuk melepak dan tidur dengan aman di LCCT ni tak wujud langsung? Tak semestinya.

KFC di arrival hall ni adalah sebuah cawangan yang kecil sahaja. Kat tepi restoren ni, ada lorong kecil yang dijadikan ruang makan. Situ ada empat plug point yang boleh digunakan. Kalau tiada orang, ambil terus dua meja bersebelahan antara satu sama lain untuk dijadikan tempat tidur anda.

Tempat ni selamat sebab kat depan ada sekurang-kurangnya seorang pegawai polis bertugas (biasanya dua) yang menjaga pintu keluar arrival hall. Jadi dalam lingkungan kawasan ini biasanya anda dan harta benda anda lebih selamat. Kalau nak tidur tu tak dapatlah baring macam dalam lounge tapi boleh tidur di meja makan, macam masa kat sekolah dulu la.

Kalau letak sekilo silver atas meja ni pun rasanya takde orang berani amik

Rindu merantau masa bercuti. Pada saya, istilah bercuti tu minimum dua minggu, paling ideal, sebulan. Seminggu? Lupakan. Belum sempat hilang penat travel jauh-jauh dah balik.


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Mana Nak Tidur di LCCT?”

  1. Lagubestbest Avatar

    Tido je atas lantai tepi dinding. Omputih selalu buat camtu, rilek je baring sambil baca buku.

  2. akhiyy Avatar

    bagus la ade port yang best kat KLIA….thanks pas neyh dah taw la kat mane nak lepak..huhu..

  3. donnyien Avatar

    fuh kalau Don tahu awal2 kan bagus…

  4. titan Avatar

    aku pun selalu lepak situ dulu. tempat mainan masa kat sabah dulu..hoho..

  5. JundullahOsman Avatar

    bila bro ceritakan pasal ni. baru je bulan lepas. masa nak g Phnom Penh, fligh kol 7, datg awal, risau takut terlambat. last2 tido je kat lantai area kerusi tu. ingatkan kita sorg2 je duk terbaring situ. lepas tu, berderet duk follow. nasib badan la. hehe

  6. Fuza Marquis Avatar

    Good tips for me sebab nak gi Bandung insyaAllah bulan 6. Thanks!

  7. liza Avatar

    salam kenal bro, izin menyimak saja ya. saya dari Aceh, belum bernah ke KL jadi tak paham dengan postingannya :)

  8. Ahmad Fauzi Aryaan Avatar

    Ni mmg dh selalu mai LCCT ni..siap segala ceruk sume tau ni..hebat2 !!!

  9. akubiomed Avatar

    Pernah sekali jejak LCCT itu pun hantar orang. Semasa pergi tempoh hari boleh tahan sesak dan tidak ada tempat untuk duduk kerana kerusi pun terhad.

  10. muazfaris Avatar

    idea yg bijak bleh diamalkan, lepas ni kalo pegi situ je.. mesti senang nak jumpa blogger lepak or tidur.. haha…

  11. boni Avatar

    hahaha..mahalnya kalau nak lepak kat sana..hehehe

  12. Hafizul Avatar

    Ntah bila nak jejak kaki di LCCT.Haha…

  13. hazman aka species1980 Avatar

    Cadangan yang baik tu kalau pegi LCCT…. tapi sesapa nak lepak kat umah saya area SALAK TINGGI pun okey gak…. opss siap buat offer la pulakkk

  14. Man Avatar

    kat situ memang selalu orang tidur.. kfc kiosk.. dulu ada gak couple yang tidur kat situ..siap berpeluk lagi tu..saya nak kemas pun jadi malu dibuatnya..

  15. Nurul Avatar

    Hairan betull.. camne komen nurul x keluar..

  16. Nurul Avatar

    Kalau nurul lepak2 kat sana jer.. tapi penat lah jugak badan..

    baru tahu tune hotel tu mahal jugak yer..

  17. ProfHariz Avatar

    Aku takde nak travel2 ni. Selalunya dalam malaysia. Flight pun tak pernah naik. Kesian kan :(

  18. Ekspresi Ruang Avatar

    lps ni KFC LCCT tu pelik malam2 je penuh kt port yg bro suggest ni.
    kena minta komisen kt KFC kalau lps ni ramai org pergi. hehe

  19. tarmizishukri Avatar

    biasa aku lepak kat coffee bean, ada sofa kat situ.. lampu romantik, memang best tdo..

  20. nurmisnan Avatar

    Teringat transit di Dubai jam 10pm. Next flight esok pagi jam 9am. Wish ada fly jam 3 pagi.. tak penat tunggu.. Tau2 jerlah airport Dubai penuh mcm tin sardin. Memenatkan..

  21. Faiz Avatar

    lepak kat court luar pun boleh. apa nama dia entah. garden ke apa… situ pun power gak. kakakaka

  22. Noriz Avatar

    pemandangan travellers lepak tido di airport2 mmg senario biasa kan…

    berkorban lah sket few hours tido atas meja / lantai keras dr kena kaur bajet lagi utk amik bilik…

  23. Terbelog Avatar

    er..KFC di arrival hall
    berpontensi utk aku tu hehe

    1. beckhr00y Avatar

      KFC mmg tmpt faveret aku tunggu masa check in

  24. matjoe Avatar

    tips bagus. tapi kalau nak travel biar berduit. tu lagi best

  25. KiD Avatar

    tiba-tiba aku terfikir.. yang aku dah lama tak bercuti2 family naik flight.. hehehehee

    1. hazman aka species1980 Avatar

      Syam : Okey gak tue…. nanti dah dapat cek …. kita plan FAMILY TRIP yea….

  26. azriMy Avatar

    baru tau tune hotel tu mahal dan tak berbaloi

  27. faizfakhirin Avatar

    Port yg bagus…tenkiyu bro…hahaha

  28. JAI Avatar

    Ewah..ewah..ewah..letak atas meja takde orang ambik yerrr..Selamat Bercoti-coti..gua rasa satu pengalaman yang cukup manis

    1. KiD Avatar

      haaaaa… peti ais ok lagi ke? karang cair lak silver bar tuh.. hehehee

  29. KenapaBegituSerius Avatar

    aku kalau g lcct lepak kat rumah abang aku kat sepang.. foc la beb

  30. arrizz Avatar

    biasa stay up jer bro..aritu lepak kat food court tue..ingat nak layan free wifi sampai pagi..alih2 malam tue ada pest control lak..terpaksa cari tempat lepak lain,haha..kat lcct nak lepak surau takleh, dorang tutup..last option, duduk jer kat tempat duduk yang dah disediakan..tapi barang kena pandai2 la jaga