blog.ariff vs Oh! Tidak
Agak ambitious kan statement atas ni? Tapi itu yang bermain di fikiran aku sekarang. Mampu ke tidak? Sekarang ni blog.ariff berada dalam ranking top 250 laman web berpotensi untuk mendapat trafik yang tinggi di Malaysia (ranking sebenar semasa entri ni ditulis adalah #238) manakala Oh! Tidak pula berada di tempat #197.
Antara sebab-sebab aku percaya blog.ariff mampu memotong Oh! Tidak dari segi ranking ini adalah:
- Seperti biasa aku mengamalkan best SEO practices, bukan sahaja dari segi teknikal blog, malah dari segi entri yang aku tulis.
- Walaupun trafik aku taklah sebanyak Oh! Tidak, tapi aku percaya potensi blog.ariff di mata search engine adalah lebih baik.
- Setakat ni semua target aku untuk memperbaiki Alexa ranking telah tercapai, jadi tak salah untuk aku meletakkan satu target yang lebih susah.
Jadi inilah target aku sekarang. Mungkin ada yang percaya blog.ariff tak mampu untuk capai target ni sebab trafik Oh! Tidak memang beribu kali ganda lagi banyak, tapi kalau orang yang faham macam mana Alexa rank ditentukan akan tahu yang target ni tidak mustahil untuk dicapai. Perlu berusaha lebih untuk mencapai target ini. Kalau ikutkan rentak di mana aku berada sekarang, paling cepat aku boleh kejar adalah menjelang April 2011, itupun kalau Oh! Tidak masih berada di tangga yang sama (rasanya memang tak logik macam tu).
Apa-apa pun entri ni bukanlah nak memperkecilkan sahabat aku Khai Hassan, pemilik Oh! Media Network. Kami berkawan seperti biasa dan dah bertemu beberapa kali sepanjang cuti musim panas tahun ni. Khai ni orangnya relax je. Persaingan sihat macam ni memang elok untuk aku dan blogger lain. Sekurang-kurangnya kerjaya dalam bidang menulis blog ni menjadi lebih mencabar.
Dalam masa terdekat ni blog.ariff akan dapat facelift baru. Insya allah.
2010/2011 Premium Sponsor
Vote For Me

Comments
46 responses to “Mampukah blog.ariff Memotong Alexa Rank Oh! Tidak?”
wow..hebat..traffic tinggi der..
cayuk-cayuk.aku yakin ko boleh bro.teruskan usaha anda
boleh bah kalau kau..haha
Hoho.. good luck kawan :)
saya percaya blog.ariff boleh dan memang boleh pun.
salam ariff,
kalau sye switch ke custom domain..brbaloi tak atau traffic leh meningkat ke?
atau kene mantapkan traffic dulu baru switch ke custom domain,sye blogger baru,start 2 bulan lepas…sekian
pada pendapat aku ini…dalam masa 2 minggu lagi..blog ini akan memintas oh! itu…tapi dengan syarat..teman2 blogger kena bantu ariffshah yer…hohoho
InsyaAllah… ariffshah.com mampu untuk itu :)
good luck!!
tak salah letak cita2 tinggi..
nothing impossible..
gempak gyla ;DD
esok aku kasi up lagi. hehe
=)
wow…
boleh2..
optimis!
wah.. sama-sama hebat :) tahniah :)
teruskan usaha , pasti berjaya.
blog.ariff boleh. amin.
haha! gud luck :P
ariff mesti boleh punya..aku memang yakin…
Good luck! Tak salah bercita2 tinggi asal jangan jadi angan2 Mat Jenin :D
huhu pesaingan yang sihat ariff. all the best! orang kata letakkan matlamat setinggi nun di awan.. sebab kalau tergelincir sikit pon mungkin terjatuh di atas pokok kelapa..
boleh2…..xde menda yang mustahil….insya ALLAH walaupun masih lagi hijau tapi nak jugak merasa persaingan sebegini dalam dunia maya….
semoga berjaya
kalau target yg diletakkan tak mustahil,
ape salahnya mencuba…
go ariff!
tapi frankly speaking, aku sebagai newbie lebih selesa menggodek godek blog.ariff ni haa instead of justkhai sebab macam lebih bermaklumat. lagi pun owner dia mesra visitors! bhahahahahahaha….
yeeehaaaa!!! sejak dilamun cinta ni kena usaha lebih lah sikit en.ariff oiii~~
Insya Allah blog ni boleh potong ranking alexa tu
good luck bro
Semoga berjaya, bro.
untuk jawab soalan, YA. ;)
Salam perkenalan,
baru join dan kenal blog ini. InsyaALLAH, kalau ada rezeki, boleh potong rank mana-mana blog yang dikehendaki….yang penting jujur dalam berblog .
hehe, bleh share tak SEO practice yang diamalkan tue? hohohohoho
semoga berjaya bro!
insya-Allah….boleh punyer dapat memotong blog ohtidak! hehehehhe..erm..bila la blog aku nak potong eh? ofcoz susah kot….pengguna blogspot katakan…heheheheheh (pst…nape comment luv nie cm xberfungsi je ek?)
http://nash121.blogspot.com/2010/10/dara-gersang.html
masih bermasalah. dah contact developer, diorang masih senyap. Tak dapat settlekan kot. Tunggu theme baru keluar nanti.
Tentang facelift baru tu, aku tak sabar nak tunggu~
Dan ya Ariff, aku tahu kau boleh sebab kau macam mentor aku dalam hal2 teknikal ni.
:)
hehe mestila boleh
Boleh bro…kalau persaingan itu sihat, takde masalah pun..ranking just ranking je pada aku..yang penting originaliti tu yang orang tertarik..
gua tahu lu bole buat
senang je. buat campaign setiap pembaca blog.ariff wajib memasang alexa toolbar…dengan cara ini alexa cepat naek.
tak jugak. data from search engine masih diambil kira
insha Allah boleh…lagipun blog.ariff masih muda…ganteng gitu…hehe
tak ada yg mustahi kt dunia ni…usaha tangga menuju kejayaan.
Di mana ada kemahuan,di situ PASTI ada jalan
fuhh..power2
lepas tu target ko bro kasi potong aku punya alexa pulak erk..haha
sikit je tuh..=)
target aku adalah potong alexa ben ashaari. Then baru potong alexa ko. hehehehe
InsyaAllah boleh. good luck !
rasanya mampu!
Kasi Pecah! : http://goo.gl/TOwP
yakin boleh!
mesti mampu punya bro…tunggu je 2,3 hari lagi…huhu