Memang cun. Nak tido pun best nih.
Hari ini Malaysia Airlines mula menerima kapal terbang Boeing 737-800 yang dilengkapi dengan rekabentuk hiasan dalaman terbaru, Sky Interior. Sky Interior adalah rekabentuk dalaman yang bertemakan langit biru sama seperti yang digunakan dalam kapal terbang Boeing 787 Dreamliner. Rekabentuk dalaman ni memang cool dan menenangkan.
MAS adalah syarikat penerbangan pertama yang beroperasi menggunakan Boeing 737-800 ni. Sebanyak 55 buah telah ditempah dan 3 buah Boeing 737-800 lagi akan diterima menjelang penghujung tahun ini. Kapal terbang ini mempunyai kapasiti sebanyak 160 penumpang, jadi aku tak rasa B737-800 ni akan digunakan untuk penerbangan jarak jauh.
Memang bagus sangatlah kapal terbang baru ni semua sampai sebab dengarnya kapal terbang yang beroperasi kat MAS ni memang kebanyakannya kapal terbang lama. Yelah, kalau nak banding dengan AirAsia, memang AirAsia ada banyak kapal terbang baru sebab AirAsia tu syarikat baru. MAS dah berapa puluh tahun beroperasi. Apa-apa pun aku tak sabar untuk menanti kedatangan Airbus A380 Malaysia Airlines.
+ Kepada Piratz yang kerja/study kat Skypark Subang, kalau boleh nanti post la gambar eksklusif B737-800 ni.
Design yang lebih moden
Passenger control unit yang lebih kemas
Video rakaman pendaratan Boeing 737-800 Malaysia Airlines di Skypark Subang
2010/2011 Premium Sponsor
Vote For Me

Comments
42 responses to “Malaysia Airlines (MAS) Boeing 737-800”
abg ley guide saya x university aper yang tawarkan design kapal terbang
design kapal terbang? rasanya kat Malaysia mana buat benda tu. Kita tak buat kapal terbang, tapi boleh try UTM punya course aeronautik. Aku tak tau sangat pasal course kat sana.
design nampak moden dan mendamaikan. tahniah MAS. tak pernah naik MAS, biasa naik Air Asia je. tak banyak budget,hehehe
Secara tak langsung flight nie pun membantu dari segi kapasiti muatan kargo untuk import eksport…..
suka painting yang baru nih..smart n simple
WOW, AWESOME!!!!!!!!!!!!!!!!
cantik design dalaman dia….
sejuk mate memandang….
n memang rasa macam berada diawangan….
hoho..makin hari makin cun..
harga tu sama ke lagi..
tak pun naik jugak..
memang cantik. bila nak merasa naik belon lagi. :|
cool!!! I’ve never been in an airplane. someday maybe..hihi. …
yes.. like me.. hehe.. maybe..
interior design dia memang nampak macam best…nampak modern
dlm memang superb! very high-tech. tapi painting luar die kenape x kekalkan yg lame? Erm am quite disappointed kalo mas memang dah decide nak tukar painting luar die….
aku suka lagi painting luar yang baru ni. Simple yet smart!
i loike simple!
i like the new painting design.. kena ada perubahan la jugak. benda baru.
kenapa tak kekalkan… nie adalah satu strategi baru mas..
kalau ko perasan, tulisan malaysia airlines pun dah diubah…
giler superb.. :P
sepatutnya memang dah lama dah kene tukar kapal baru mas nie..asyik rosak jea the flight delay sebab masalah teknikal.
yg baru nie konfem utk terbang dekat2 jea. tp ok la, at least ada upgrade kapal baru.
kapal mas selalu rosak? hm.. aku keje ngan mas.. taktau plak.. kalau delay tue sebab staff tak cukup masa transit check..
better delay dari tak selamat.. :P
Setuju ngan bro….. kalau mayb ade tapi ianya lebih kepada masalah terpencil……
mengikut firasat aku yang dangkal ni, 737-800 ni tak la dekat sangat range beliau. dengan ETOPS (sekadar requirement) boleh pergi jauh dengan passenger sikit. memang tak dapat nak pergi jauh macam 747 or a380. but flight MAS kan dah reduce. =P
yeah. Idris Jala banyak buang route. Ada ke pergi US boleh satu flight ke LA je. Tu memang aku tak puas hati. Padahal NY tu semua rasanya lucrative route lagi, lebih-lebih lagi boleh bersaing dengan Singapore Airlines dari segi price.
ehem.. kapal nie boleh g longhaul la bro… canggih punye.. bukan macam fooker 27.. haha
fooker 27 tu tempat ko buat task gak piratz oi. haha. sembang dari france ke subang one flight. gilo sembang. hahaha.
cam seronok je…
:)
mmg smart dan cantik design dalam dia…nampak besar tp kecik je rupanya..boleh muat 160 je
Yea.. esok nak bermain2 dengan kapal nie… Sok turun kat hangar aku…
agak2 time aku nanti dah ade type course ni lom? oh no! biar jadi 2nd license je la gini
bermain tu yang terbaik dengar setakat ini. mcam toy jek.
2 thumbs up.
sebab kiteorang kerja dengan aircraft.. aku staff mas..
last2 sampai hangar 4. haha.
wah cntek2…
Salam .
Hi Ariff . Jumpe blog kau dari Fida . Heh heh heh .
Hmmm … memang cantik design plane baru MAS ni .
Aritu aku balik kampung , plane MAS buruk giler ok !
Nampak sangat dah lama .
Memang patut lah MAS upgrade plane dorang .
Lagipun , even AirAsia murah , MAS tetap di hati . :))
Lepas ni , setiap kali balik Malaysia dari Jeddah …
Aku naik flight je lah balik kampung kalau plane dah cantik & selesa camtu .
Takyah susah-susah nak kene redah jammed kat highway . :))
wahhh cun cun! smart gila dalam dia, lg smart dari KLM. tapi ni mesti jarak dekat jee kan, sebab kecik~
F.Y.I kapal nie boleh terbang longhaul….
first flight die, dari klia – kota kinabalu – japan… tak sure japan tue kat mane.. :P
balun! haha. sharing is caring=) rugi kalau boeing buat next gen kalau tak improve range. haw haw haw
Wah, lau macam ni aku nak plan naik mas balik kampung.
dekat ke jauh kampung tu bro? hehe…
saya penah naik flight 2 kali je dan dua2 air asia.
so tak tahu nak compare mana best.tapi tgk pada interior boeing 787-800 ni memang buat rasa macam nak terbang bersama MAS pula.
ehhh.
bagus gak!!!
kalo camni, teus bersama MAS airlines la….
stylo!!
wow.. cun2.. design dalam memang moden + kaler yang menawan.. bila nak merasa naik kapal terbang ni… huh
waa balik cuti sem nanti nak try la naik satu..hehe..anyway, its a good thing that MAS has already planning to replace their planes..at least orang rasa selamatlah gak naik kapal diorang ne..