Kat Malaysia Je Ada Hantu

Aku yakin korang semua yang kat Malaysia mesti percaya dan takut dengan hantu ni semua sebab aku banyak terbaca kisah rakan di Twitter tentang ‘ternampak’ itu ini dan ada juga terdengar kisah hantu di UTP.

Terus terang aku cakap, sejak 5 tahun aku berada di luar negara, tak pernah sekali pun merasa takut terhadap perkara-perkara ghaib ni. Bukan nak bongkak atau apa, cuma benda ni adalah fakta yang aku baru sedar.

Sekadar gambar yang berlegar di internet

Mungkin benda ni berlaku disebabkan aku tinggal di dalam dunia baru yang serba-serbi tak faham. Bak kata orang putih, what you don’t know, can’t hurt you. Jadi disebabkan aku tak tahu langsung tentang cerita hantu ni, maka ketakutan tersebut tidak wujud sebab pengetahuan tentangnya tidak ada.

Kalau keluar berjalan di Moscow malam-malam seorang diri, aku lebih gentar tentang keselamatan diri aku daripada takut terserempak dengan hantu. Kat Malaysia terbalik, kalau lalu tepi pokok besar malam-malam mulalah terbayang benda yang melayang-layang, sampaikan terlupa kalau-kalau mungkin ada perompak yang menyorok belakang pokok.

Tapi kat Moscow ada tour untuk melawati tempat-tempat berhantu dan keras di bandar metropolitan tersebut. Tour tu bermula dari pukul 12 malam dan tamat pada jam 6 pagi. Hari tu ada perancangan nak pergi, tapi tak jadi sebab masing-masing busy exam. Tak taulah kat Russia hantunya macam mana..

Kawan aku cakap kat oversea ni asyik tengok awek je sampai lupa benda-benda ni semua. Ya, berdasarkan pemerhatian aku terhadap rakan-rakan aku yang lain, aku rasa ada kebenaran di sebalik kata-kata tersebut.

31 Comments