Makan Tangan Kiri

Reading Time: < 1 minute

Kidal. Gambar masa event baru-baru ni. Ada gaya Tan Sri nak rasmikan bangunan baru sekolah rendah tak? haha

“Macam mana kau nak ajar anak kau makan tangan kanan nanti kalau kau pun makan tangan kiri? Nanti anak cakap, bapak tu makan tangan kiri boleh,” bebel mak waktu makan tadi.

huk aloh.. nikah pun belum dah cerita pasal anak. Dah la tengah pening pasal majlis ni. Banyak benda nak diuruskan. Satu-satu dulu..

Makan tangan kiri ni biasalah, masalah orang kidal. Tapi bukan makan pakai tangan, pakai sudu. Pakai tangan boleh lagi guna tangan kanan, kalau sudu + garfu pun boleh lagi sudu tu kat tangan kanan. Kalau sudu je, memang secara automatik berpindah ke tangan kiri.

Cuma terfikir, kalau saya kidal, anak nanti kidal sekali ke? Siapa ada pengalaman mohon kongsi cerita sikit.

P.s: Entri baru tips blogging dah naik. Pergi baca – Apa Lagi Pengiklan Mahu?


Posted

in

by

Comments

40 responses to “Makan Tangan Kiri”

  1. ariana erisya Avatar
    ariana erisya

    tetibe plak terjumpe entry nih.. hehe.. just to share… ayah I kidal.. and I pun kidal jugak.. tergelak bila baca post entry you.. sebab I pun mengalaminya… hehehe.. tapi rasanya boleh je didik anak dari kecik guna tangan kanan.. my mum pernah cerita. dulu time kecik-kecik, my mum ajar I menulis tangan kanan tapi I ni degil.. asyik tukar and pegang pen dengan tangan kiri.. pastu jadilah kidal sampai sekarang.. huhuhu~

  2. mieyra Avatar

    aku kidal. buat apa pun pakai tangan kiri.

  3. asha Avatar
    asha

    oh Takla. saya kidal, suami saya pun kidal. tapi anak 1st guna tangan kanan. Yang besnye anak no 2 boleh tulis guna tgn kiri atau tangan kanan.

  4. fazrol Avatar

    Orang tak kidal pun ada makan pakai tangan kiri…
    bila pakai sudu…

  5. Anarm Avatar

    Aku tak kidal.. Pernah cuba makan dgn sudu pegang guna tangan kiri.. Tapi nak suap ke mulut pun tak boleh nak bajet nak hala ke mana.. Haha..

    Kadang2 tengok orang kidal menulis guna tangan kiri nampak macam hebat giler..

  6. Ekspresi Ruang Avatar

    saya kidal. tapi maintain makan pakai sudu tgn kanan.
    cuma org kidal ni advantage bila mkn pakai pisau garfu, sng nk potong daging. hehe

  7. KiD Avatar

    saya bukan kidal.. tapi wife saya kidal..

  8. Aku Penghibur Avatar

    hahahaha saya pun makan tangan kiri , hahahaha orang nak cakap apa peduli apa :) .Dulu masa kecil memang agak confius mana kanan dan kiri yelah semua aktiviti mulakan dengan kiri dari menulis, makan dan apa pon :) tapi dah besar nie baru cover pakai tangan kanan org kata lebih sopan

  9. amirnawawi Avatar

    Anak tak semestinya kidal kot. Mak saya tak kidal pun, tapi saya kidal.

    Yang part makan tu betul, kalau guna tangan takde masalah, bila guna sudu, terus otomatik guna tangan kiri. Tapi sedang bertatih guna tangan kanan jugak. Agak segan la bila majlis rasmi makan dengan sudu guna tangan kiri kan. :)

  10. hafizrahim Avatar

    baru gua tahu, ramai blogger kidal rupanya..hehehe

  11. Ladfe Amir Avatar

    gua pun kidal jugak. tapi bila makan guna sudu, gua cuba juga guna sudu di tangan kanan

  12. Ummi Hanie Avatar

    salam,

    rasanya kidal ni genetik kot… adik ipar sy sorang tu je kidal, mak ayah mentua semua x kidal plak… hmmm

    mak mentua ada cerita, mmg teringin nak sorang anaknya kidal.. tup2 Allah bagi sorang yg last tu kidal

  13. matjoe Avatar

    aku n wife kidal but both anak gwa tgn kanan. hmm terindu anak la pulak

  14. sohoque Avatar

    orang kidal ini kreatif. tp kalau boleh makanlah dgn tgn kanan. bukan masalah kidal, tp ianya sunnah nabi

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betullah tu. hehe.. Akan cuba dipraktikkan

  15. Mohd Isa Avatar

    wah macam menarik je makan tangan kiri, aku walaupun tak kidal. kadang2 makan tangan kiri gak. terutama kalau makan makanan western cam lamb chop ferevet aku. dah tentu pisau duk kanan, garfu duk kiri. hehe

    tapi bab kidal ni tak pasti plak anak ikut bapak plak, dah kira masuk bab genetik la. tapi rasanya, jarang-jarang berlaku bab ni. apa yang aku lihat la. mak bapak kidal pun, belum tentu anak pun kidal.

  16. Hazmin Hamudin Avatar

    Bab makan guna tangan apa ni memang sensitif sikitkan. bagi aku kalau guna sudu apa salahnya guna kiri atau kanankan. Melainkan guna tangan baru kena tangan kanan.

  17. Eridy San Avatar

    Tidak diwarisi…ianya berlaku mengikut ketentuan Pencipta :)

  18. diarisakura Avatar

    righ-handed @ left-handed x diwarisi..btul tu..hehehe..

    sbb my mom right-handed, my dad both .. sy ad 7 beradik, abg ats sy sorg je left-handed .. 6 lg right-handed .. mcm sy right-handed tp certain task x blh buat pkai tgn knan, rsa kekok. cth, sy pegang/guna pisau dan bmain bdminton akn guna tgn kiri .. msa kecik2 dlu, ble lwn bdminton dgn my dad, slalu kna mrh sbb pgang raket tgn kiri .. ha ha ha .. tgn kanan x mampu nk buat srvis, tp blh smash je .. awl2 dlu rasa biasa je, smpai la ramai kwn2 tgur ..1st soalan kwn2 akn tnya, sy tulis gne tgn kanan or kiri .. sbb kwn2 nmpk setiap kali asah pensil (dlu2 zmn skolah asah pnsil gne pisau..ngeh3), sy akan pegang pisau tgn kiri ..

    so tu je la, in conclusion .. ia nya tdk diwarisi .. hehehehe
    sori, tpnjang lak cerita .. tp org kta left-handed ni mostly a creative person right? as an example, an engineer like u .. mostly kwn sy yg jd jurutera adlh left-handed (^_____^)

  19. i'zak Avatar
    i’zak

    saya dan suami bukan kidal. 6 anak, 3 darinya kidal. agaknya ikut gen nenek dan atuk yang kidal. bab makan bila guna tangan memang auto depa guna tangan kiri. tapi saya selalu tegur sedari kecil. so sekarang guna tangan kanan. yang darjah 1 je masih guna tangan kiri, bila ingatkan baru tukar. bab makan guna sudu garfu memang la depa guna kiri. bab menulis dan lain-lain memanglah kiri aje.
    saya selalu ingatkan diaorang supaya gunakan tangan kanan dalam bab makan, minum, memberi dan mengambil sesuatu barang dari/kepada orang. pendekata sesapa yang kidal kena biasakan guna tangan/kaki kanan bila melakukan sesuatu yang lebih afdal dengan tangan/kaki kanan.

  20. Abang Ensem Berketak Avatar

    Orang kidal ni biasanya ensem. Macam gua.

    1. Ladfe Amir Avatar

      samalah. patutlah gua rasa gua hensem aje. sebab gua pun kidal

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        itulah. orang kidal ni memang hensem2 belaka

  21. azizie Avatar

    kemungkinan anak ko pun akan kidal. untuk pengetahuan, tok aku kidal, ayah aku kidal, aku pun sekali kidal. haha

  22. namia Avatar

    kihkihkih sama masalah kita nie kalau guna sudu mesti terbalik makanan guna tangan ok je tak ada masalah pun …

    rasanya kalau ada anak tak akan kidal kot sbb mak dengan ayah saya tak kidal pun cuma saya sorang je yang kidal …
    kadang-kadang bila terlalu banyak sgt cakap-cakap orang ttg kidal if keluar sendiri akan terasa sedikit rimas jd tak perlu paksa diri untuk terlalu fikirkan nya …

    dah nak kawen rupanya … tahniah semoga bahagia hingga akhir hayat :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Namia pun kidal?

      Nampaknya, kekidalan ni ada kaitan dengan sifat nak menulis sebab nampaknya ramai je blogger yang kidal

  23. Yuyu Avatar

    Ada kawan aku ms plkn, chinese..dia selalu either mkn pakai sudu or chopsticks..tp bila msk plkn kena mkn pakai tgn..dia mkn pakai tgn kiri..jurulatih nampak, dia disekolahkan utk mkn pakai tgn kanan..aku yg penat tgk dia practice mkn pakai tgn kanan..but religion wise, mmg kena mkn pakai tgn kanan..sbb mkn dgn tgn kiri menyerupai syaitan..

    Handedness is train-able..preferences depend on which side of the brain is more dominant..kalau the child prones to using the right side of the brain, dia jadi lefthanded..factors influencing which side of the brain to become dominant: what kind of stimulus given and which area of the brain it’s stimulating..

    I trained myself to write with both hands in my teenage years..the result was impressive..even if you pass your preference to your child, it’s still possible to train them to use the other hand..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      I’ve never seen you write with the other hand :p

  24. azman Avatar

    Saya ada anak 3,anak sulung tangan kanan,anak ke 2 kidal,anak ke3 kanan. :)

  25. Fakarepain Avatar

    den kalau tangan kanan sakit je baru handover kat tangan kiri tugas menyuap makanan ni..hehe

  26. akubiomed Avatar

    Saya pun kidal. Apabila makan dengan tangan biasanya akan tangan kanan. Cma ada masalah sedikit kalau guna sudu dan garfu. Kelebihan bersukan contoh bermain badminton dan ping pong. :-)

  27. auntie ida Avatar

    salam,
    kidal atau tak kidal, berdosa makan dan minum dengan tangan kiri…Hukum Allah…tidak boleh kita ubah ikut suka….

  28. haiqal Avatar
    haiqal

    Lahh,Ariff kidal rupanya.

    Biasanya,orang Kidal ini kerjanya kemas.

    +Sebab tengok ayah and abang saya.So potensi untuk anak Ariff kidal ada lah juga.:)

  29. titan Avatar

    ikut pengalaman dan cerita kawan-kawan..

    kalau keluarga diorang ada yang kidal..biasanya ada kebarangkalian anak diorang pun ada yang kidal. Kalau dua-dua kidal..potensi besar anak yang dapat nanti pun kidal.

    Bab makan, memang diorang leh makan guna dua-dua tangan. kanan atau kidal. Tapi tangan kiri tetap akan jadi dominan dalam kehidupan seharian.

    kawan aku cakap..mak bapak diorang training makan guna tangan kanan dari kecil.Haha Hasil training..diorang leh guna dua-dua tangan. Kekadang, susah nak teka mana satu yang lebih dominan..

    Macam aku..kanan. Tapi leh guna gak kiri sebab berlatih masa kecik. Tapi kanan tetap dominan.

    Sama macam sepak bola. Dua-dua kaki leh sepak bola. Tapi kanan tetap dominan dan mempunyai kuasa sepakan yang lebih padu dan kawalan yang lebih baik. Haha..

  30. hayat haniza malek Avatar

    my dad kidal , tapi saya tak kidal pon , tapi banyak buat kerja guna tangan kiri , kecuali menulis and makan kalau guna sudu pon tangan kiri , dah terbiasaa ,

    siblings 6 orang , tiga kidal , tiga tak :)

    so maybe anak kamu pon akan ada kidal juga !

  31. Pjah Avatar

    Sy Ambidextrous..makan ngan sudu tgn tgn kiri.. Mkn pakai tangan.. Still kanan..cuba gak try mkn gn sudu ngan tgan kanan tp hasilnya nasi dlm pgan bersepah .. Perut lapar..woha..

  32. Azri Johan Avatar

    Laaa kidal rupanya, patutnya break ice tu guna tangan kiri.. ingatkan sebab ramai orang kat sebelah-sebelah tu

  33. ejam Avatar

    kekidalan tidak diwarisi kot, abah dan arwah mak aku bukan kidal, dalam adik beradik pun hanya aku sorg saja kidal.
    anak aku tak nampak lagi ke arah mana tp mcm kuat sebelah kanan kot..

  34. Khairul Zamri Avatar

    dah nak kawin rupanya haha, sy lagi laa xde pengalamn tentang ini, tp rasanya tak semestinya anak kidal jugak

  35. Asyrof - Blogger Tanah Arab Avatar

    Asyrof bila makan guna tangan, alhamdulillah tangan kanan.

    Tapi kalau pakai sudu, konfem automatik tangan kiri.

    hahah! Kita sama .. :)