Nak Makan Nasi Lemak Pun Tak Boleh

Terbaca di muka hadapan laman Berita Hairan. Hairan sebab benda macam ni pun boleh jadi isu negara..

Wajarkah 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu di kantin sekolah mengikut garis panduan baru bagi menangani masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar?

Dulu masa aku kecil, takde pulak nak kena hadkan makanan ni semua. Tiap-tiap hari aku makan apa aku nak makan, termasuklah nasi lemak yang kononnya akan dihadkan penjualannya. Hasilnya, aku masih lagi kurus macam tiang bendera.

Apa beza dulu dengan sekarang?

Dulu tiap-tiap petang lepas balik sekolah, aku tak duduk rumah. Main bola, masuk keluar hutan (sebenarnya bukannya hutan sangat pun tapi kebun getah yang terbiar), pergi sawah dan macam-macam lagilah yang budak kampung buat. Yelah budak-budak tinggal kat kampung, macam-macam boleh dibuat main.

Sekarang, ibu bapa banyak yang manjakan sangat anak-anak sampai naik lemak. Anak kena rotan dengan cikgu sikit, siaplah surat sampai ke sekolah. Balik sekolah, boleh tengok tv sampai malam sebab Astro menyiarkan siaran kartun 24 jam. Maka duduklah anak-anak dirumah, kalau tak tengok tv, main komputer, buka Facebook dan Twitter. Cukup time makanan siap, pergi makan. Kalau hidup macam tu la, aku boleh jamin budak-budak ni semua memang gemuk nanti. Percayalah.

Nak makan tak salah sebenarnya dan budak-budak membesar memang hyperactive kadang-kadang. Yang silap adalah bila kita biasakan mereka duduk rumah tengok tv/main komputer 24 jam. Mana boleh macam tu. Hantarlah anak pergi masuk kelas taekwando ke, kalau tak pun hadkan masa di depan tv. Lama-lama nanti pandailah mereka mencari aktiviti lain untuk meluangkan masa. Cuma pastikanlah aktiviti yang dilakukan tu adalah aktiviti yang sihat.

Tapi kalau tak nak macam tu, tak nak kasi anak-anak keluar, kena pandailah hadkan pemakanan di rumah. Makanan kat Malaysia memang semuanya sedap-sedap belaka dan macam-macam ada. Memang syurga makanan. Aku tahu dan aku juga tahu untuk pergi jogging keliling padang belakang rumah tiap-tiap hari sepanjang cuti musim panas yang lepas semata-mata untuk mengelakkan obesiti ni. Jadi pandai-pandailah kan..

Hadkanlah apa-apa makanan hatta nasi lemak sekalipun kat sekolah, tapi kalau balik rumah makan KFC/McDonalds pun takde guna jugak..

Entri ini diperkuasakan dengan aiskrim Baskin Robbins Cookies & Cream

47 Comments

  • Makanan seimbang

    15 June, 2011 at 11:33 pm

    Budak sekarang banyak lemak sangat sebab sekarang exercise menggunakan tangan dan jari sahaja iaitu main FIFA kat PC or laptop jek.Sbb nasi lemak tak boleh makan selalu sangat

  • isabella

    6 May, 2011 at 4:06 am

    take everythg moderately, lah … nasi lemak klu bleh jgn ler mkn tiap2 hari .. same goes to McD/KFC/PizzaHut, etc .. & i notice ibubapa zmn skng yg bz bee & sgalanya nk mudah tlalu memanjakan anak2 dgn mbiarkn mrk leka playsttn/computer games shingga sehari suntuk, janji anak2 x kacau mrk .. then mlm bw anak2 dinner fast foods .. mgkin mudah, cepat & not tat messy compared to local foods .. blik smbung blik mgadap computer, etc .. apa nk jadi x tau lah!

  • nasslimdiet2

    30 April, 2011 at 8:28 am

    aku setuju sangat dengan pandangan ko tu bro. semua hal nak salahkan sekolah. padahal anak kat umah makan fast food pastu tak bersenam langsung memang la obesiti. anak zaman sekarang terlalu dimanjakan

  • Lord Zara

    29 April, 2011 at 11:30 am

    Aku tengah carbo-diet. LOL!

    Dah lama sebenarnya tak makan nasi lemak dan ya, aku kelakar juga sebab benda2 begini. It’s all depends pada individu tu juga kan? Kalau makan tak ingat dunia, dan naik berat hingga obesiti, janganlah nak blame pengusaha kantin for example.

    Aku baru buat ujian PJ pada budak2 aku. Ada budak Form 2, dengan ketinggian 155 cm, berat dia 105 kg. Seriously waktu PJ langsung tak nak bergerak even buat aerobik. Now, itu kita nak blame pengusaha makanan?

    Pffft~

  • eiela

    29 April, 2011 at 6:03 am

    saya sokong gov buat camnih, dan sokong jugak artikel ariff nih budak2 sekarang kurang latihan fizikal.tapi elok jugak sekat kat sekolah, sbb aura nasi lemak nih lain macam. sebab ade pelajar yang beli makanan especially nasi lemak sampai 2 pinggan time rehat alasan sebab sedikit sangat. tapi kalau menu lain sepinggan je dibelinya. lagi satu reason, sebab nasi lemak nih makanan yang agak berat dan mengantuk, and budak-budak mudah lemau bila belajar lepas time rehat dapat-dapat lak cuaca panas. dapat-dapat lak kerja office, dengan aircondnya huhu lagilah.

    • ariff

      29 April, 2011 at 9:14 am

      ada benarnya, tapi polisi nak hadkan nasi lemak tu nampak macam lekeh je. Banyak benda lain yang boleh buat obes dan sepatutnya dibuat satu polisi yang lebih masuk akal dan menyeluruh.

  • Miss Meen

    28 April, 2011 at 12:22 pm

    Yup !! Berbeza budak2 dulu dgn budak2 sekarang..
    Haha..teringatlaa pulak..masa kecik ada org gelarkan saya Budak Somalia huhuhu ^_~

    *Kredit !!! Aiskrim Baskin Robbin tue nampak menyelerakan…Yummy !!!

  • lila

    29 April, 2011 at 2:33 am

    e2 la pelik btul nasi lemak pun nak disekat sekat.. kesian makcik2 kantin yg mnyara idup ngan jual nsi lemak.. npe tk sekat fast food tu skli.. bala2..~

  • pondokburok

    29 April, 2011 at 1:10 am

    saya ni sebulan sekali mkn nasi lemak, kurangkan nasi hanya sesenduk sehari, semua2 la sekat tu, sekat ni….takde maknanya, gedempol jugak…
    kalau makan nasi atau benda2 yg menggemukkan, kenalah exercise lebih skit, barulah seimbang, kan? jd moral of the story, hidup ni kena bnyk bergerak, bukan duduk dpn komputer…exercise jari je!

  • zul

    28 April, 2011 at 10:42 pm

    klu catu McD o KFC o pizza kang jd benda laen pulak..ikut jela..kt umah mak boleh masak..klu pandai wt la..hehehe..

  • SHIMI

    28 April, 2011 at 4:25 pm

    Biasa la kat Malaysia ni. Tak de isu nak cari isu,. Pantang salah cakap mesti kena hantam…
    Takkan pasal nasi lemak pun sampai PM, TPM nak masuk campur…

  • ekspresiruang

    28 April, 2011 at 4:24 pm

    mmg bukan salah nasi lemak pon. nasi lemak ni kambing hitam je (tapi kalau nasi lemak lauk kambing mmg sedap). yg salah gaya hidup anak2 tu. aku lebih bangga anak aku dapat last dalam lumba lari peringkat daerah daripada jadi juara berpantun dan main sahiba. bangga sbb ada anak yg sihat dan fit.

  • azura

    28 April, 2011 at 3:08 pm

    kita tengok stratgi tu jalan ker tidak…nasi lemak ni mengantukkan sebab terlebih kenyang sebelum masanya bukanlah mengemukkan seperti sangkaan…

    • munna

      29 April, 2011 at 6:35 am

      yeah…sgt setuju. Nasi lemak mmg bleh sebabkan mengantuk..dulu kat asrama tiap hari kamis je mesti lemau sebab turn bfast nasi lemak. sampai tertido-tido, cikgu pun pelik.
      (tp kalau nak kata nasi lemak punca obes,mmg ke laut la..byk lg lgkah yg boleh diambil)

  • Adilla Harun

    28 April, 2011 at 12:58 pm

    Mmmm…saya juga rasa tak berapa relevan nak sekat makan nasi lemak ni. Makanan tu tak salah, dan makan pun tak salah. Saya juga sama di sekolah rendah, kerap menapau nasi emak dari kedai. Tapi melidi juga.

    Benar! Banyak faktor lain sebabkan obesiti@kegemukan ni. Palingnya, kurang senamanlah. Lemak dan kolesterol jahat tak dicairkan. Itulah obes jadinya. Gaya hidup yang kerap menghadap ‘skrin'(TV dan komputer) juga faktor kegemukan. Zaman saya dulu masih ada main teng-teng, galah panjang, police entry. Berkejar-kejar sampai naka gugur jantung dan berlenjun peluh. Tu yang susah gemuk tu. Makan ayam dan daging, sebulan 2-3 kali sahaja. La ni bebudak hari-hari ayam. Kita fikirlah sendiri….

  • sha myheart

    28 April, 2011 at 11:40 am

    Aku rasa lawak la dengan keputusan kerajaan ni. Makanan macam tu pun nak kena sekat ke? Obesiti bukan disebabkan makan nasi lemak. Banyak lagi makanan yang kolestrol tinggi..
    Dan obesiti tu bukan terjadi semata-mata dari faktor makanan. Ada jugak dari genetik dan gaya hidup tak sihat (tak bersenam).

  • eiyda

    28 April, 2011 at 10:51 am

    budak2 skang kuramg beriadah..balik sekolah terbongkang depan lappy..tak pon..sebok pg tuisyen sana sini..nak pandai punya pasal.sampai kesihatan terabai..mak bapak pon bz..balik keje..tapaukan fast food untuk anak2…tu sebabnya terjadinya obesiti dikalangan kanak-kanak.kenapa kantin sekolah jugak nak di persalahkan kan? nasi lemak tak salah la…dah bertahun kot penjualan nasi lemak kat kantin..kenpa sekarang baru nak timbul isu ni? kenapa tak dulu lagi kan?? huhuhu…

  • landax

    28 April, 2011 at 10:00 am

    jangan nak jadi bodoh dengan menghadkan makanan tradisi kesukaan rakyat malaysia..Fast Food lagi gila dia punya bahaya..tak nak pulak dihad kan..ape bende la yang ada dalam pale hotak diorang ni.. T_T

  • Fitrihadi

    28 April, 2011 at 9:20 am

    kanak-kanak obesiti ni bukan sebab nasi lemak atau pemakanan dari. tapi gaya hidup diorang.. kalau bro dulu lepas sekolah kuar main kat luar umah kan. tapi bebudak sekarang lepas sekolah main x-box, main ps3..takpun terbungkang depan tv tengok astro ceria (untuk kita aje).. manalah tak obesiti..

    dan aku pelik.. napa kementerian nak salahkan sekolah sebab budak-budak ni lebih banyak makan di rumah berbanding di sekolah.. adeh…
    .